Anda di halaman 1dari 10

Tajuk 1

Bahasa dan Komunikasi

3 JAM

SINOPSIS Tajuk ini menghuraikan tentang pengenalan kepada bahasa (definisi dan konsep bahasa, komponen bahasa dan penguasaan tatabahasa), jenis bahasa (penerimaan/reseptif dan penglahiran/ekspresif), serta masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan muridmurid bermasalah pembelajaran (masalah bahasa dan linguistik, masalah artikulasi dan masalah kefasihan dan rentak). Hayati sub-sub tajuk berikut agar anda lebih faham tentang skop pengajian anda.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan hubungkait antara bahasa dan komunikasi. 2. Menjelaskan definisi dan konsep bahasa. 3. Menghuraikan komponen-komponen penting dalam bahasa dan penguasaan tatabahasa. 4. Membezakan antara jenis-jenis bahasa penerimaan/reseptif dan bahasa penglahiran/ekspresif. 5. Mengenal pasti masalah komunikasi dan masalah bahasa dalam kalangan kanakkanak bermasalah pembelajaran.

KERANGKA TAJUK

BAHASA DAN KOMUNIKASI

Pengenalan Kepada Bahasa

Jenis Bahasa

- Definisi dan Konsep Bahasa - Komponen Bahasa - Penguasaan Tatabahasa

- Penerimaan / Reseptif - Penglahiran / Ekspresif

Masalah Bahasa Dan Komunikasi Dalam Kalangan Murid-murid Bermasalah Pembelajaran

- Masalah Bahasa dan Linguistik - Masalah Artikulasi - Masalah Kefasihan dan Rentak

KANDUNGAN

1.0

Pengenalan Kepada Bahasa

Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang sangat penting dalam konteks perhubungan sesama manusia. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara satu sama lain. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi. Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam bahasa kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Guru perlu memahami masalah yang dihadapi pelajarnya supaya ia dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 1.1 Definisi dan Konsep Bahasa Bahasa merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. Tedapat berbagai-bagai definisi bahasa yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga linguistik. Di antaranya adalah seperti berikut: Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili sesuatu. (Reed, C.A., 1994) Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung. (Simanjuntak, 1978) Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi. (Bloom, 1988)

Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitrari). Menurut Hayakawa (1964), arbitrari bermaksud sebagai no necessary connection between the symbol and that

which is symbolized 1.2 Komponen Bahasa Bahasa terdiri daripada 3 komponen iaitu bentuk, kandungan dan penggunaan. Komponen bentuk terdiri daripada fonologi, morfologi dan sintaksis. Komponen kandungan terdiri daripada semantik, manakala pragmatik termasuk dalam komponen penggunaan. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mewujudkan bahasa interaksi. 1.2.1 Bentuk bahasa a. Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi bunyi. b. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem). c. Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam lingkungan ayat tersebut. 1.2.2 Kandungan Bahasa a. Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan, kehendak, dan makna perkataan dan ayat. 1.2.3 Fungsi Bahasa a. Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau percakapan.

1.3 Penguasaan Tatabahasa Perkataan nahu atau tatabahasa adalah terjemahan daripada perkataan grammar. Perkataan grammar ini sebenarnya berasal daripada perkataan Greek yang memberi gambaran makna suatu seni bacaan dan penulisan. Perkataan ini kemudiannya digunakan sebagai istilah umum untuk kajian dan pemerian (penghuraian) bahasa. Sebenarnya pengertian nahu atau tatabahasa ini sangat luas. Namun secara mudahnya dapatlah ditakrifkan nahu atau tatabahasa ini sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji dan memerikan bahasa secara saintifik dan kajiannya adalah ditumpukan kepada perkataan, proses pembentukannya dan proses penyusunannya dalam bentuk ayat (Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham, 1987).

Dalam konteks penguasaan tatabahasa murid-murid bermasalah pembelajaran, ternyata ianya merupakan suatu masalah yang sangat rumit dan membelenggu kehidupan mereka. Ciri-ciri kemahiran bahasa dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran meliputi ketidakupayaan memperolehi bahasa reseptif yang tepat, ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat dan ketidakupayaan menguasai serta melahirkan bahasa ekspresif. Secara khusus masalah bahasa yang dihadapi oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran termasuklah ; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Mengingat kembali perkataan Memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna Menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak Menggunakan ayat yang betul dan lengkap (struktur tatabahasa) Meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami Mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang berbeza Menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis Memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain.

AKTIVITI

Dalam usaha menjalankan intervensi terhadap permasalahan bahasa dan komunikasi murid-murid bermasalah pembelajaran, cadangkan beberapa prinsip asas ke arah tujuan tersebut.

1.4 Jenis Bahasa

Bahasa dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu bahasa penerimaan / reseptif dan bahasa penglahiran / ekspresif. Kedua-dua jenis bahasa ini penting dalam melengkapkan proses berbahasa seseorang. Bagi individu normal, mereka mungkin tidak mempunyai masalah dari segi penguasaan kedua-dua jenis bahasa ini, akan tetapi bagi individu bermasalah pembelajaran ianya merupakan suatu masalah yang amat merumitkan. 1.4.1 Penerimaan / Reseptif Proses memahami lambang-lambang bahasa pertuturan dinamakan Bahasa Penerimaan (Reseptive Language). Gangguan dalam proses ini disebut sebagai Reseptive Aphasia. Gangguan ini berlaku kerana masalah diskriminasi pendengaran, lemah daya ingatan

pendengaran dan sukar mengaitkan makna perkataan. Kerencatan otak yang biasa dialami oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga menyebabkan mereka mempunyai masalah dalam bahasa reseptif ini. Permasalahan yang timbul dalam konteks bahasa reseptif ini ialah kesukaran menurut arahan, bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan, memaham perkataan, membentuk konsep, memahami jenaka atau gestures dan mengikuti pelajaran lisan dan bacaan. 1.4.2 Penglahiran / Ekspresif Proses menghasilkan pertuturan (sebutan) dan penulisan (tulisan) dinamakan Bahasa Penglahiran (Expressive Language). Gangguan di dalam proses ini disebut sebagai Expressive Aphasia. Lain-lain istilah yang berkaitan ialah Dysnomia atau Anomia iaitu kesukaran mengingat dan menyebut perkataan atau nama-nama objek; dan Apraxia iaitu kesukaran menghasilkan (membunyikan) perkataan kerana gangguan saraf untuk motor alat artikulasi. Kanak-kanak yang mengalami bahasa penglahiran ini boleh mengumpul perbendaharaan kata, memaham makna perkataan dan mengikut arahan, tetapi tidak boleh mencari perkataan untuk digunakan dalam pertuturan, melahirkan (menyebut) perkataan dan menyusun perkataan-perkataan menjadikan ayat dalam sama ada dalam pertuturan dan penulisan

1.5 Masalah Bahasa Dan Komunikasi Dalam Kalangan Murid-murid Bermasalah Pembelajaran Seperti mana kanak-kanak normal yang lain, murid-murid bermasalah pembelajaran memerlukan bahasa untuk mereka dapat berkomunikasi dalam ruang lingkup hidup bermasyarakat. Malangnya mereka mengalami ketidakupayaan dalam aspek berbahasa menjadikan kehidupan mereka agak janggal pada pandangan masyarat sekeliling. Masalah mereka tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Mereka perlu diberikan intervensi bahasa agar mereka dapat hidup secara lebih bermakna dalam kehidupan bermasyarakat.

1.5.1 Masalah Bahasa dan Linguistik Dalam membicarakan masalah bahasa dan linguistik kanak-kanak bermasalah pembelajaran, masalah utama yang timbul ialah kesukaran dalam memahami arahan, masalah dalam komunikasi yang melibatkan kemahiran penguasaan bahasa reseptif dan bahasa penglahiran, masalah dalam amalan bersosial dan juga melibatkan masalah dalam bacaan, ejaan dan tulisan. Masalah bahasa dan linguistik bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga dapat diperjelaskan dalam kelompok atau komponen berikut; i. Fonologi Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan

menggantikan bunyi dalam perkataan seperti nama untuk mama, blink untuk drink. ii. Morfologi Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan tenses yang salah (bahasa Inggeris). Sintaksis Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks. iv. Semantik Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak berupaya memahami makna perkataan. v. Pragmatik Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.

iii.

1.5.2 Masalah Artikulasi Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat, tidak jelas, sukar difahami atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkaraperkara berikut: i. ii. iii. iv. penggantian pengguguran pengubahan, dan penambahan

Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya malan untuk makan, dan wabbit untuk rabbit. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang. Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya idung untuk hidung, besa untuk besar, dan lain-lain.

Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan sip disebut shlip. Sekiranya untuk perkataan susah, konsonan s disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya sssyusyah Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti bawa disebut bawah atau bawuah, animal disebut ammanimal atau ammaminal. 1.5.3 Masalah Kefasihan dan Rentak Gangguan kelancaran (masalah kefasihan dan rentak) melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.

AKTIVITI Anda pasti biasa berhadapan dengan individu yang mempunyai masalah gagap. Pada pandangan anda apakah punca masalah gagap yang dihadapi oleh individu tersebut? Anda diminta berbincang dalam kumpulan anda untuk mengesan masalah tersebut. Anda juga dikehendaki menyenaraikan langkah-langkah atau panduan untuk membantu individu gagap ini.

Rumusan Setelah mengikuti dengan teliti bahan pelajaran dalam tajuk ini, anda sepatutnya telah dapat menguasai kesemua hasil pembelajaran yang telah digarapkan. Ini bermakna anda telah sepatutnya menguasai tajuk ini dan dapat menterjemahkannya dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Segala input dalam tajuk ini adalah sebagai asas pengetahuan untuk anda menangani masalah pemerolehan dan langkah melaksanakan intervensi bahasa ke atas kanak-kanak khas ini seterusnya.

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

diserahkan kepada

RUJUKAN

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian sukatan pelajaran pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah & menengah: Bidang akademik berfungsi. Kuala Lumpur. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. 1993. Perkaedahan pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Kamarudin Hj. Husin. 1990. Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman. Kuder, S. J. 2003. Teaching students with language and communication disabilities. Boston: Allyn & Bacon. Lerner, J. 1993. Learning disabilities: Theories, diagnosis and teaching strategies. (6th ed.). Boston: Houghton Mifflin Company. Martin, D. 2000. Teaching children with speech and language difficulties. London: David Fulton Pub. Mercer, C.D. & Mercer, A.R. 1985. Teaching student with learning problems. Columbus: Chales & Merrill. Owens, R. 2001. Language development : An introduction. (5th ed.). Boston : Allyn & Bacon. Polloway, E.A., Patton, J.R. 1993. Strategy for teaching learners with special needs. New York: Maxwell Macmillan International. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. 1987. Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab

Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Reed, V. A. 2005. An introduction to children with language disorders (3rd ed.) Boston: Allyn & Bacon. Syed Abu Bakar Syed Akil. 1997. Bimbingan khas perkhidmatan pendidikan pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Universiti Terbuka Malaysia. 2007. Kaedah pembelajaran khas Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai