Anda di halaman 1dari 4

Tekanan atau stres yang berterusan juga boleh menggugat emosi seseorang guru sehingga kadangkala bertindak di luar

jangkaan. Misalnya seperti berita yang diulaskan oleh Dr. Sapora Sapian dalam rencana beliau, di mana seorang warden asrama mengarahkan ramai pelajar perempuan SMK Bawang Assan berendam di dalam kolam ikan kerana kesalahan seorang daripada mereka yang membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan. Ini jelas menyatakan bahawa tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya. Perkara ini telah turut dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat oleh akhbar (Berita Harian, 2011) iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja, di mana ada sesetengahnya tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan. Tambahan pula, menurut laporan akhbar (Berita Harian, 2012) terdapat seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran telah mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap guru terbabit termasuk memecatnya. Perkara ini dikhuatiri ada kaitannya dengan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru seperti yang dinyatakan oleh Dr. Sapora Sapian dalam rencana beliau. Guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran dan pentadbiran di sekolah terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan sukatan pengajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan yang baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar kelas terbabit juga akan menerima padah apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya peperiksaan besar seperti UPSR, kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar. Oleh hal yang demikian, kebijaksanaanlah yang menentukan dan membezakan seseorang individu itu dengan individu yang lain. Seorang guru yang bijak pastinya akan sentiasa berfikiran positif dan mempunyai strategi dan kaedahnya yang tersendiri untuk mengatasi dan menangani masalah tekanan yang dihadapi oleh mereka. Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan, berikut dapatlah dikemukan beberapa cadangan yang berkaitan dengan

pengurusan tekanan guru di sekolah. Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini difikirkan sesuai untuk mengurangkan tekanan kerja warga pendidik secara amnya. Salah satu langkahnya ialah berasaskan usaha seseorang guru itu sendiri, iaitu dengan melaksanakan dan menguruskan segala kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih sistematik dan tersusun. Guru yang bijak pastinya mampu merangka strategi yang tersusun agar segala tanggungjawab atau kerja yang diamanahkan dapat dilakukan atau disiapkan dengan sempurna mengikut tarikh yang ditetapkan selaras dengan etika pengurusan masa yang patut dimiliki oleh setiap guru. Budaya menangguhkan kerja dan bersikap sambil lewa ketika menjalankan tugas haruslah dielakkan bagi mengelakkan bebanan kerja yang berlambak pada satu-satu masa. Guru-guru juga boleh menolak tugas yang diberikan oleh pihak pentadbir mahupun rakan sejawat dengan cara yang baik dan berhemah sekiranya merasakan beban tugas yang ditanggung adalah amat berat dan membebankan. Selain itu, para guru juga boleh menggunakan teknologi internet yang berkembang pesat pada masa kini untuk meluahkan perasaan dan menyatakan masalah yang dihadapi di dalam blogblog atau forum-forum berkaitan guru bagi mendapatkan nasihat daripada guru-guru yang lebih berpengalaman berkaitan masalah yang dihadapi. Pastinya perbincangan yang bermutu di antara guru-guru baru dengan guru-guru berpengalaman akan menghasilkan impak atau keputusan yang positif bagi menangani masalah stres yang berlaku di kalangan guru-guru di sekolah. Seterusnya, seseorang guru yang mengalami tekanan juga bolehlah mengambil pendekatan mengelakkan diri daripada individu-individu yang mengundang stres kepada mereka contohnya seperti mengelakkan diri daripada bercampur dengan rakan-rakan sejawat yang tidak sistematik dalam menjalankan tugas. Namun begitu, haruslah diingatkan bahawa guruguru perlulah bertindak dengan bijak dalam apa jua tindakan yang dilakukan bagi mengelakkan diri daripada dituduh atau dianggap lari daripada menjalankan tugas. Di samping itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman yang berterusan dan melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu melupakan tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas.. Aktiviti bersukan selain membantu mengeluarkan peluh serta menjadikan badan kita sihat dan cergas juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan para guru dengan masyarakat. Aktiviti-aktiviti seperti berkelah atau bermain bola pada waktu petang atau hujung minggu bersama rakan sejawat lain sekolah pastinya akan menghasilkan perbincangan-perbincangan serta pertukaran idea

yang sihat di antara guru-guru dan masyarakat di mana perkara ini pastinya akan membantu para guru untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik seterusnya mengurangkan tekanan yang dialami. Ini adalah selaras dengan amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut. Memang tidak dapat dinafikan bahawa profesion keguruan juga terdiri daripada komuniti berbeza kaum di mana setiap individu menganuti agama serta kepercayaan mengikut kaum masing-masing. Maka, seseorang guru juga bolehlah berusaha mendekatkan diri dengan penciptaNya bagi mengurangkan masalah tekanan yang dihadapi. Sebagai contoh para guru yang beragama Islam bolehlah memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Quran serta memperbanyakkan amalan zikir kerana kajian menunjukkan bahawa individu yang sentiasa mendekatkan diri dengan penciptaNya dapat menguruskan kehidupannya dengan lebih baik seterusnya mencapai kejayaan dalam setiap aspek kehidupan. Bagi guru-guru yang beragama lain pula, mereka juga boleh berdoa mengikut kepercayaan kaum masing-masing untuk mendapatkan ketenangan diri yang secara secara langsung dapat mengelakkan tekanan dalam diri seseorang guru. Langkah seterusnya bagi menangani masalah tekanan di kalangan guru melibatkan peranan pihak pentadbir. Misalnya, pihak pentadbir menganjurkan program berkaitan pengurusan tekanan, sama ada dalam bentuk bengkel, kursus ataupun seminar perlu memasukkan strategi berlandaskan agama dalam kandungan atau agenda program. Seterusnya, mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu perhubungan yang baik antara staf, keputusan yang diambil perlulah berdasarkan perbincangan, polisi sekolah yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindak balas yang positif dan dihargai, pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas tambahan adalah berdasarkan kepada kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang ceria dan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan pemilihan dan penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong sepenuhnya supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua juga mestilah ubah suai tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang mendalam terutama sekali sasaran matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan sekolah mestilah dilibatkan kerjasama semua guru di sekolah.

Proses menerima dan menapis pendapat dan pandangan guru mungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk diterima. Sehubungan itu juga, pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat autokratik kepada gaya pentadbiran yang lebih mengutamakan pendekatan humanistik atau demokratik. Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa kerjaya dan tugas seorang guru itu adalah amat berat. Tugas dan tanggungjawab guru pada masa yang serba canggih dan mencabar ini bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan malah gurulah yang menjadi penjana dan nadi kepada kecemerlangan generasi yang akan datang. Secara mudahnya, tekanan-tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang remeh kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya. Oleh yang demikian, setiap individu yang bergelar guru juga perlulah sentiasa mempersiapkan diri dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada mengikut perubahan semasa. Selain itu, seorang guru juga perlulah bijak menangani dan menguruskan setiap bebanan dan masalah yang dihadapi di alam pekerjaan dengan bijaksana agar setiap permasalahan dan bebanan tersebut tidak mengundang kepada masalah tekanan atau stres. Akhir kata, ingatlah bahawa setiap permasalahan itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah tekanan atau stres yang dialami oleh guru-guru pada masa kini, walaupun kadangkala penyelesaian itu memerlukan pengorbanan. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi

Anda mungkin juga menyukai