Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA 2

KERTAS KERJA CADANGAN


PROGRAM TEROKAI MALAYSIA SEMPENA MINGGU PUSAT SUMBER (2012)

Disediakan oleh: En. Muhammad Syafiq Md Zulkiflee

1.0 1.1

TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan daripada Guru Besar, untuk mengadakan program Terokai Malaysia, sempena Minggu Pusat Sumber 2012. Memohon sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran sekolah untuk menampung kos bagi mengadakan program ini.

1.2

2.0

LATAR BELAKANG Dalam melahirkan generasi berilmu, masyarakat masa kini perlu sentiasa didedahkan dengan penggunaan Pusat Sumber secara optimum. Pusat Sumber tidak harus dilihat sebagai tempat membaca buku sahaja, tetapi peranannya perlu dikembangkan kepada pusat akses maklumat yang mana maklumat tersebut diperolehi melalui, bahan bacaan, carta, gambar bersiri, pameran, permainan dalaman, peta dan sebagainya. Oleh itu, bersempena Minggu Pusat Sumber yang dijalankan pada 2012, Panitia Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (PSK) ingin mengambil kesempatan untuk mengadakan Program Terokai Malaysia yang membabitkan beberapa aktiviti. Aktiviti yang dirangka adalah rangkuman daripada mata pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Antara aktiviti tersebut ialah, Kuiz Sejarah Awal Malaysia untuk Tahun 4, Pertandingan Melabel peta untuk Tahun 5, dan Kuiz Ekonomi Malaysia untuk Tahun 6. Kesemua aktiviti yang dirancang ini adalah berkaitan dengan sukatan mata pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik Tahun 4, 5 dan 6. Dengan aktiviti yang dirancang ini diharap murid-murid akan mendapat ilmu yang berguna.

3.0 3.1

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN Butiran mengenai program adalah seperti berikut: Tajuk Program Tarikh Cadangan Hari Masa Tempat Cadangan : Program Terokai Malaysia : 16 20 April 2012 : Isnin- Jumaat : Waktu Kajian Tempatan & Pendidikan Sivik mengikut kelas. : Bilik Darjah

3.2

Program ini akan melibatkan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 serta guru-guru mata pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik & Kewarganeraraan (PSK). OBJEKTIF Meningkatkan minat murid untuk lebih kerap datang ke pusat sumber sekolah. Menambahkan pengetahuan murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dan PSK. Merangsang murid untuk lebih tekun belajar dan melibatkan diri dalam semua aktiviti sekolah serta meningkatkan tahap keterampilan murid Menggalakkan persaingan yang positif dalam kalangan murid.

4.0 4.1 4.2 4.3 4.4

5.0 CADANGAN Antara aktiviti yang dicadangkan untuk program ini ialah: 5.1 Kuiz Sejarah Malaysia 5.2 Pertandingan Melabel Peta 5.3 Kuiz Ekonomi Malaysia.

6.0 IMPLIKASI 6.1 Meningkatkan pencapaian akademik murid. 6.2 Membuka minda murid untuk lebih terdedah dengan ilmu-ilmu kenegaraan 6.3 Menjadikan murid lebih berani untuk tampil ke hadapan dan menunjukkan bakat dan kebolehan mereka.

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN Bil. 1. AKTIVITI Kuiz Sejarah Malaysia PELAKSANAAN Awal a) Pameran ini adalah berdasarkan tajuk-tajuk awal yang dipelajari dalam mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4. b) Guru akan menyediakan satu set soalan kuiz yang merangkumi ujian objektif, ujian subjektif dan soalan interaktif seperti mencari perkataan tersembunyi berkaitan dengan topik. c) Penyertaan adalah secara berkumpulan seramai 5 orang untuk satu kumpulan. Pembahagian kumpulan diuruskan oleh guru mata pelajaran. Pertandingan Melabel a) Guru akan menyediakan peta-peta kosong Asia Tenggara peta. dan Malaysia untuk dilabel. b) Peserta diberi masa menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Kumpulan yang paling cepat dengan jawapan yang tepat akan dikira pemenang. c) Penyertaan adalah secara berkumpulan seramai 5 orang untuk satu kumpulan. Pembahagian kumpulan diuruskan oleh guru mata pelajaran. Kuiz Ekonomi Malaysia a) Pameran ini adalah berdasarkan tajuk-tajuk awal yang dipelajari dalam mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 6. b) Soalan merangkumi tajuk-tajuk awal KT Tahun 6 yang melibatkan sektor dan sumber ekonomi negara. c) Penyertaan adalah secara berkumpulan seramai 5 orang untuk satu kumpulan. Pembahagian kumpulan diuruskan oleh guru mata pelajaran.

2.

3.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Senarai bagi anggaran perbelanjaan adalah seperti dalam Lampiran 1.

9.0 KESIMPULAN Aktiviti yang dirancang adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan murid yang cemerlang, berdisiplin, tabah menghadapi cabaran dan beriltizam dalam apa jua bidang. Diharap agar permohonan ini diluluskan dengan segera supaya aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan jayanya.

Disediakan oleh, .. (En. Muhammad Syafiq Zulkiflee) Ketua Panitia, Kajian Tempatan / PSK

Disemak oleh, .. (En. Balpanaban Nair) GPK, SK Damansara Jaya 2

Diluluskan oleh , . (Pn. Khadijah bt Udin) Guru Besar, SK Damansara Jaya 2

LAMPIRAN 1

Anggaran perbelanjaan untuk Program Cintai Malaysia


Perkara Anggaran perbelanjaan Hadiah

TAHUN 4 - Kuiz Sejarah Awal Malaysia

Tempat Pertama = RM 25.00 Tempat Kedua = RM 20.00 Tempat Ketiga = RM 15.00 Saguhati = RM 12.50

TAHUN 5 - Pertandingan Kenegaraan-Melabel Peta Malaysia / Asia Tenggara

Tempat Pertama = RM 25.00 Tempat Kedua = RM 20.00 Tempat Ketiga = RM 15.00 Saguhati = RM 12.50

TAHUN 6 - Kuiz Kenegaraan Malaysia dan Ekonomi

Tempat Pertama = RM 25.00 Tempat Kedua = RM 20.00 Tempat Ketiga = RM 15.00 Saguhati = RM 12.50

JUMLAH KESELURUHAN

RM217.50

Anda mungkin juga menyukai