Anda di halaman 1dari 4

MATLAMAT 1 MURID 1 SUKAN (1M1S) Dasar 1M1S berhasrat untuk ; 1.

Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. 2. Memupuk gaya hidup sihat dan cergas. KONSEP 1M1S Konsep Dasar 1M1S adalah untuk menyokong FPK agar dapat ; 1. Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif atau tidak aktif. 2. Membangunkan sukan sekolah kearah meningkatkan kadar penyertaan murid sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. 3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. OBJEKTIF 1M1S Dasar 1M1S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut ; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Meningkatkan kecergasan jasmani. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. Memupuk perpaduan antara kaum. Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

PRINSIP PELAKSANAAN 1M1S Pelaksanaan Dasar 1M1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut ; 1. Diwajibkan untuk tahun 4 hingga tahun 6 (sek. Rendah), peralihan, tingkatan 1 hingga 6 (sek. Men). Walau bagaimanapun, murid Prasekolah hingga tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan KEMAMPUAN sekolah. 2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang di tawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. 3. Asas kepada 1M1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M1S. 4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan. 5. Penyertaan dalam sukan adalah akses kepada perkembangan Intelek, Jasmani, Rohani dan emosi murid. 6. Ibubapa dan egensi luar/rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. 7. Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.

RUJUKAN BIDANG TUGAS

A. TUGAS-TUGAS PENYELIAAN PASUKAN RUMAH SUKAN 1. Bertanggungjawab membuat perancangan dan penyeliaan mengikut kesesuaian gerak kerja sukan yana melibatkan ahli-ahli rumah. 2. Mengadakan latihan, membentuk rumah pasukan, menentukan kehadiran dan penyertaan serta mencatatnya, memastikan keselamatan keselamatan murid, disiplin dan bertindak sebagai penasihat serta membimbing pelajar untuk memperkembangkan bakat dan minat murid. 3. Mempengurusikan mesyuarat rumah sukan masing-masing jika ahli agak ramai dengan membahagikan mengikut tahun atau aliran. 4. Menyediakan senarai nama ahli-ahli rumah masing-masing yang lengkap mengikut tahun dan aliran. 5. Mengambil kedatangan ahli-ahli setiap kali minggu kokurikulum dijalankan dan menandatangani buku rekod aktiviti yang dibawa setiap kali perjumpaan badan beruniform, sukan / permainan dan kelab / persatuan (Wajib). 6. Menyusun strategi / program latihan bagi semua pelajar dalam semua acara sukan yang disertai oleh ahli / murid dan mengadakan siri latihan untuk mereka. 7. Menyediakan alat-alat sukan dan permainan untuk murid-murid yang mengambil bahagian dab memulangkan semula di stor sukan / tempat asal. 8. Menyimpan data-data rumah sukan masing-masing dalam fail untuk dibuat laporan dan diserahkan kepada setiausaha sukan pada akhir tahun. B. TUGAS-TUGAS PENYELIAAN UNIT BERUNIFORM 1. Mengurus dan mentadbir pasukan badan beruniform di bawah kelolaannya. 2. Mengambil kedatangan ahli-ahli setiap kali perjumpaan badan beruniform, sukan / permainan dan kelab / persatuan serta menandatangani buku rekod aktiviti kokurikulum yang dibawa murid (Wajib). 3. Menentukan bahawa peraturan-peraturan, undang-undang, latihan, perkembangan dan kemajuan pasukan berjalan lancer. 4. Mengadakan dan menyusun program latihan tahunan yang melibatkan kegiatan pasukan dan ujian untuk mendapatkan sijil yang dianugerahkan kepada ahli-ahli pasukan. 5. Berperanan sebagai jurulatih / pembimbing pasukan dan sebaiknya jika boleh mendapat jurulatih luar dengan terlebih dahulu memohon kebenaran daripada guru besar. 6. Menentukan keperluan dan peralatan yang dikehendaki oleh pasukan supaya lengkap seperti khemah dan lain-lain. Menyediakan dan mengadakan buku rekod stok barang-barang keperluan untuk rujukan dan pemeriksaan serta penyelenggaraan simpanannya. 7. Menyediakan laporan kemajuan / prestasi aktiviti pasukan dan menyerahkan kepada GPK kokurikulum pada setiap akhir semester. 8. Bertangguungjawab memilih , melatih dan menjaga ahli-ahli yang mewakili sekolah dalam program aktiviti dan pertandingan ke peringkat zon daerah dan negeri. 9. Bertanggugngjawab mencatat kehadiran pelajar dan memastikan keselamatan semasa sebarang aktiviti / kegiatan yang dijalankan.

C. TUGAS-TUGAS PENYELIAAN SUKAN DAN PERMAINAN 1. Mengadakan aktiviti-aktiviti yang memajukan pengetahuan dan kemajuan ahli dalam sukan dan permainan dengan mengadakan latihan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Sekolah. 2. Mengambil kedatang murid setiap kali perjumpaan aktiviti kokurikulum dan menandatangani buku rekod aktiviti yang dibawa oleh murid. 3. Memilih, membimbing mengurus dan mengawas permainan diperingkat sekolah untuk memantapkan prestasi sesuatu pasukan dalam pertandingan. 4. Mendapatkan surat kebenaran ibu bapa / penjaga pelajar yang mewakili pasukan sekolah. 5. Mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan sekolah-sekolah lain setelah pertandingan antara rumah-rumah diadakan untuk memilih wakil pasukan sekolah lain. 6. Mengatur pengangkutan, mengiriringi dan menjaga disiplinh serta kebajikan pelajar semasa latihan dan pertaandingan. 7. Memberi perangsang untuk membangkitkan semangat mereka. 8. Bertanggungjawab membahagikan alatan dan pakaian sukan kepada pemain-pemain serta mengumpulkan semula setelah selesai pertandingan / permainan. 9. Menyediakan alatan kecemasan seperti plaster, ubat luka dan sebagainya serta menghubungi keluarga dan menghantarnke hospital atau ke rumah murid sekiranya berlaku kecederaan yang serius. 10. Mencatat dan mengesahkan penglibatan murid dalam permainan berkenaan untuk dijadikan asas dalam menyediakan laporan tahunan. 11. Menyediakan rekod kegiatan sukan / permainan dan menyerahkan kepada GPK kokurikulum pada akhir tahun. D. TUGAS-TUGAS PENYELIAAN KELAB DAN PERSTUAN 1. Merancang program aktiviti kelab dan persatuan bagi sepanjang tahun dengan kerjasama guruguru pembimbing / penasihat yang lain. 2. Menubuhkan jawatankuasa pelajar bagi persatuan yang ia menjadi penasihat dan menentukan ahli-ahli jawatankuasa yang telah dipilih untuk melaksanakan tanggungjawab mereka mengikut perlembagaan. 3. Menentukan tiap-tiap aktiviti yang telah dirancang dijalankan mengikut jadual yang teratur dan lancar. 4. Menghadiri mesyuarat dan kegiatan berkaitan persatuannya. 5. Membuat laporan bagi setiap kegiatan persatuannya dengan menyatakan tarikh, masa, jenis kegiatan. Kehadiran ahli dan guru dalam program aktiviti yang diadakan dari mula hingga akhir. 6. Menyediakan dan menyerahkan laporan kejayaan dan pencapaian aktiviti ahli-ahli yang mewakili sekolah peringkat Zon, Negeri dan Kebangsaan. 7. Menyerahkan buku rekod pengurusan aktiviti kokurikulum kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum. 8. Merancang program aktiviti persatuan untuk sepanjang tahun dengan kerjasama guru-guru pembimbing / penasihat yang lain. 9. Bertanggungjawab memilih wakil, melatih, menghantar dan menjaga ahli-ahli yang mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan ke peringkat Zon, Daerah atau Negeri.

E. AHLI JAWATANKUASA BILIK SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI 1. Mengadakan mesyuarat untuk perancangan tugas sepanjang tahun 2014. 2. Menyediakan jadual giliran tugas mingguan untuk menyelia, memantau dan mengemas bilik sukan supaya sentiasa kemaskini. 3. Mengadakan stok / inventori barang-barang sukan dan mencatat setiap barangan yang ada di dalamnnya. 4. Bertanggungjawab membuka dan menutup bilik ketika, Pendidikan Jasmani dijalankan dan juga semasa aktiviti kokurikulum dijalankan pada hari Rabu minggu 2, 4 dan 5. 5. mencatat kod inventori setiap barangan sukan dan permainan yang ada di dalam bilik sukan. 6. Menceriakan bilik sukan dan melengkapkan kenyataan sebagai panduan dan peraturan penggunaan bilik sukan.. 7. Menguar-uarkan mengenai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh guru-guru dan murid untuk mengambil dan menggunakan peralatan sukan . permainan sebelum dan selepas digunakan. 8. Menyemak penggunaan buku rekod penggunaan bilik sukan dan membuat pengesahan setiap bulan. Buat penyemakan peralatan sukan supaya tidak berlaku kekurangan / kehilangan. 9. Membuat persetujuan bersama menentukan jenis-jenis barangan sukan yang hendak dibuat pesanan / pembelian oleh pihak sekolah.

Anda mungkin juga menyukai