Anda di halaman 1dari 7

TRADISI KEINTELEKTUALAN DAN KESUSASTERAAN DI ALAM MELAYU.

Secara umumnya, keintelektualan pula membawa makna keadaan atau sifat penggunaan fikiran yang mendalam dalam mencari sesuatu jawapan atau penyelesaian yang menuju ke arah kesempurnaan, melalui proses berfikir yang bertahap-tahap, teratur, dan tersusun. Ciri-ciri keintelektualan itu dapat dilihat pada proses berfikir secara kreatifan juga pada kerasionalan idea dan hujah yang dapat pula dipertanggungjawabkan alasannya, dalam mencari sesuatu jawapan atau

menyelesaikan sesuatu masalah. Keintelektualan dibezakan daripada proses merasa to feel dengan pancaindera, dan proses berkehendak to will melalui keinginan nafsu.

Tradisi bahasa ilmu dan keintelektualan bahasa Melayu boleh dilihat pada hasil-hasil kesusasteraan yang terdiri daripada bentuk lisan dan tulisan. Bentuk lisan dan tulisan berkembang secara terus-menerus selaras dengan perkembangan tamadun Melayu. Sastera lisan misalnya yang diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi melalui proses sosialisasi anggota masyarakat merupakan satu unsur lokal genius kebijaksanaan tempatan, yang memperlihatkan kekreatifan dan kebijaksanaan berfikir anggota masyarakatnya yang bermula pada zaman praliterasi. Bentuk-bentuk sastera lisan itu misalnya cerita penglipur lara, cerita jenaka, cerita nasihat, cerita binatang, mitos, legenda, cerita asal-usul dan lain- lain. Bentuk-bentuk ucapan lisan yang lain seperti pantun, peribahasa, simpulan bahasa, pepatah-petitith, seloka dan

seumpamanya (yang kemudiannya dirakam dalam bentuk tulisan), menampakkan ciriciri akal budi dan kebijaksanaan orang Melayu menangam segala gelagat penghidupan yang terhasil daripada proses pengintelektualan orang Melayu sepanjang zaman.

Sejarah keagungan perkembangan pusat-pusat keintelektualan dan kesusasteraan Melayu yang bertulis bermula dengan kemunculan empayar Srivijaya sekitar tahun 6501200; Pasai sekitar tahun 1250-1524; Melaka sekitar tahun 1400-1511; diikuti kesusasteraan zaman Johor 1528-1779; kesusasteraan zaman Palembang sekitar tahun 1650-1824; kesusasteraan di Patani sekitar tahun 1500-1900; di Brunei bermula dengan pemerintahan sultan ketiganya iaitu Sultan Sharif All (1425-1432); dan di Riau sekitar tahun 1673 sehingga tahun 1911. Keagungan kerajaan-kerajaan Melayu tradisional tersebut, secara langsung telah mencetuskan perkembangan hasil-hasil kesusasteraan Melayu mengikut tahap perkembangan kerajaan dan kemampuan pengarang-pengarangnya di istana-istana raja Melayu. Istana-istana raja Melayu merupakan pusat kegiatan keintelektualan dalam tamadun Melayu Islam.

Srivijaya merupakan pusat kebudayaan Melayu tertua yang memainkan peranan penting dalam perkembangan keintelektualan dan kesusasteraan Melayu tradisional. Walaupun karya-karya kesusasteraan zaman ini umumnya ditulis dalam bahasa Sanskrit, namun terdapat juga bentuk penulisan dalam bahasa Melayu kuno seperti yang tercatat di atas batu-batu bersurat. Walau bagaimanapun, hasil kesusasteraan yang bertulis di atas bahan-bahan yang lain tidak kedapatan atau ditemui.

Pada zaman Pasai kegiatan kesusasteraan pula lebih banyak dikaitkan dengan kegiatan kerajaan ini sebagai kerajaan Melayu yang pertama menerima dan memeluk agama Islam di Alam Melayu. Di sini muncul bahasa Melayu persuratan yang bertindak sebagai wahana atau alat untuk penyebaran agama dan kesusasteraan Islam; dan tulisan Jawi merupakan tulisan yang digunakan dalam kesusasteraan Melayu. Hasilhasil kesusasteraan dipenuhi dengan ciri kesusasteraan agama khususnya sastera kitab, riwayat hidup Nabi Muhammad, cerita nabi-nabi, para sahabat, pahlawan dan sejarah seperti Hikayat Raja-Raja Pasai. Namun sastera lisan dan hasil karya pada zaman pengaruh Hindu masih dikekalkan.

Antara karya yang terhasil pada zaman ialah Hikayat Nur Muhamammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Mi'raj, Hikayat Nabi Wafat, dan juga cerita rekaan berkenaan Nabi-nabi seperti Hikayat Nabi Yusuf dan lain-lain. Manakala cerita-cerita berkenaan ketokohan pahlawan Islam turut tersebar di Pasai contohnya Hikayat Muhammad Hanafiyah, Hikayat Amir Hamzah, dan Hikayat Muhammad Hanafiyah.

Kegiatan keintelektualan dan kesusasteraan Melayu kemudiannya berpindah ke Melaka. Perkembangannya merupakan lanjutan dari kesusasteraan Melayu Pasai. Kegiatan penyebaran agama Islam diteruskan di Melaka dan pada zaman inilah, kisah mengenai nabi-nabi dan pahlawan Islam telah 'dimelayukan'. Pada zaman Melaka ini, sastera undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Melaka) dan Undang-undang Laut Melaka menjadi panduan kepada peraturan mentadbir negeri dan dalam menegakkan keadilan masyarakat umum.

Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 di tangan kuasa Portugis menyebabkan pusat keintelektualan dan kesusasteraan Melayu telah berpindah ke kerajaan Johor yang telah diasaskan sebagai kesinambungan tradisi Melaka, dan juga kerajaan Islam Aceh. Walau bagaimanapun, ketika ini Johor masih lagi tidak dapat bersaing dengan Aceh yang merupakan kuasa politik dan ketenteraan dan pusat perdagangan dan kebudayaan Melayu terpenting di persisiran Selat Melaka. Alim ulama lebih menumpukan kegiatan perkembangan agama Islam di Aceh berbanding di Johor. Namun begitu, kesusasteraan zaman ini paling dominan ditandai dengan penulisan hikayat klasik Melayu seperti Hikayat Hang Tuah, Adat Raja-raja Melayu dan Sejarah Melayu atau Sulalat al-Salatin. Manakala kesusasteraan undang-undang seperti Umlang-undangJohor diadaptasi dari Hukum Kanun Melaka.

Mengenai kerajaan Islam Aceh (1500-1900), ia merupakan salah satu pusat keagungan tamadun Melayu tradisional untuk selama empat kurun lamanya. Aceh berkembang pesat dengan penulisan kesusasteraan agama dan penulisan sejarah. Dikatakan Aceh mengambil alih peranan yang sebelum ini dikembangkan oleh Pasai dan Melaka. Kesusasteraan zaman Aceh mencapai zaman kemuncaknya pada kurun ke-17 dengan kemunculan nama-nama seperti Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatra'l yang membawa fahaman wahdatui al-wujud. Fahaman ini ditentang oleh Syeikh Nuruddin alRaniri yang berasal dari Gujerat tetapi telah menyerap dalam kebudayaan Melayu. Selain Syeikh Nuruddin, ada juga tokoh yang mengambil jalan tengah dalam perselisihan ini iaitu Abdul Rauf al-Singkeli. Keempat-empat orang tokoh ini banyak menghasilkan karya agama iaitu Hamzah Fansuri dengan karya seperti Sya'ir Perahu, Sya'ir Burung Pinggai dan Syarab al-Asyikin, Syamsuddin al-Sumatra'l dengan karyanya berjudul Mir'atal-Mu'min; Syeikh Nuruddin al-Raniri dengan karyanya berjudul Hujjah al-Siddiq li dafa 'al-'Zindiq dan Tihyanfi Ma 'rifat al-Adyan; dan Abdul Rauf alSingkeli dengan karyanya berjudul Mir'at al- Tullab.

Di Palembang, Sumatera dalam bidang karya agama muncullah Syeikh Abdul Samad al-Palembani dengan karyanya berjudul Hidayat al-Salikin, Sair al-Salikin dan lain-lain. Di samping itu muncul tokoh-tokoh seperti Syihabuddin bin Abdullah Muhammad, Kemas Fakhruddin, Muhammad Muhyidin bin Syihabuddin dan Kemas Muhammad bin Ahmad.

Di Patani, Islam menjadi agama rasmi sesudah rajanya memeluk Islam pada awal kurun ke-16 dan dengan itu bermulalah kegiatan keislaman yang kuat melalui sistem pendidikan Islam secara sistem pondok yang telah melahirkan masyarakat Islam dan para ulama Islam yang kukuh dan berpengaruh. Pondok- pondok di Patani pada kurun ke-18 dan ke-19 mempunyai status yang tinggi kerana sumbangannya melahirkan barisan ulama yang diiktirafdi seluruh Alam Melayu. Antara ulama Patani yang paling terkenal ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (1740-1847) yang mula-mula belajar di Patani kemudian ke Aceh dan seterusnya ke Haramain (Makkah dan Madinah).

Karyanya yang berjumlah tidak kurang daripada 57 buah yang mencakupi hampir semua bidang pengajian Islam, antaranya ialah Furu 'al-Masa 'il. Ulama lain yang termasyhur ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani (1856-1906) yang telah belajar di Patani kemudian ke Haramain dan juga pernah ke Baitui Muqaddis (untuk belajar ilmu perubatan), kemudian ke Universiti al-Azhar di Kaherah sebagai anak Melayu yang pertama belajar di universiti itu. Beliau juga telah menjadi penyelia bahagian penerbitan Melayu bagi Percetakan Kerajaan Turki di Makkah pada tahun 1884.

Seterusnya, Riau, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan Johor- Riau-Lingga, mulai meningkat sebagai pusat kebudayaan, keintelektualan dan kesusasteraan Melayu pada masa pemerintahan Yang dipertuan Muda Ke-4 iaitu Raja Haji Syahid fi Sabilillah (1778-1784). Pada masa Raja All bin RajaJaafar (1845-1857) menjadi Yang Dipertuan Muda Ke-8, kebangkitan Riau sebagai pusat keintelektualan dan keilmuan Melayu telah bertambah kukuh apabila golongan pembesarnya sendiri termasuklah Yang Dipertuan Mudanya menjadi pendukung dan penggerak utama kegiatan itu. Satu pusat keilmuan dan pengajian iaitu Bait al-Talahah di dalam kawasan istana dan masjid di Pulau Penyengat telah menjadi pusat kegiatan itu, dan pengajian tentang nahu dan morfologi bahasa Arab, usuluddin, fikah dan tasawuf diajar. Tokoh karyawan yang paling menonjol di Riau pada kurun ke-19 ini ialah Raja All Haji (1808/9-1872) melalui karyakaryanya yang pelbagai jenis berjumlah tidak kurang daripada 12 buah antaranya ialah Tuhfat al-Nafis. Selain daripada Raja All Haji, para bangsawan Riau yang lain juga telah menghasilkan karya-karya mereka melalui satu pertubuhan persuratan yang dinamakan 'Persekutuan Rusydiah (Rusydiah Kelab/ yang ditubuhkan sekitar tahun 1892.

Ciri-ciri bahasa ilmu, keintelektualan dan kesusasteraan Melayu kurun awal ke-19 dilihat dari satu sudut pandangan, dicetuskan oleh dua elemen yang utama iaitu pertama, kedatangan Barat yang membawa pengaruh sekularisme, nasionalisme, realisme dan humanisme dalam kaedah berfikir dan pengungkapan orang-orang Melayu, dan kedua, pengaruh kebangkitan semula Islam yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh (1849-1905), Mufti Mesir (1888- 1889) yang bersama-sama dengan Jamaluddin al-Afghani (1838-1897) telah mempelopori gerakan Islam yang terkenal dengan nama Gerakan Salafiah dan menerbitkan majalah-majalah yang menganjurkan fahaman itu. Pada tahun 1885, Syeikh Muhammad Abduh telah berpecah dengan Jamaluddin al-Afghani. Gerakan kebangkitan semula Islam tiba ke rantau Alam Melayu melalui tokoh- tokoh yang pernah belajar di Universiti Al-Azhar seperti Syeikh TahirJalaludin (Minangkabau), Syeikh Abdul Ghani dan Syeikh Ismail Abdul Mutalib (Aceh) dan Syed Syeikh al-Hadi yang pernah mengunjungi Mesir dan tersepuh dengan gerakan pembaharuan ini. Cetusan daripada pemikiran demikian telah melahirkan sebarisan orang-orang Melayu Islam yang dikenali sebagai 'kaum muda' dengan idea pembaharuan menentang amalan dan pemikiran Islam yang didukung oleh ulamaulama tradisional Islam dan badan-badan Islam kerajaan yang dinamakan sebagai 'kaum tua'. Berikutan daripada perkembangan tersebut, Syed Syeikh al-Hadi yang banyak dipengaruhi keintelektualan Mesir, telah menghasilkan novel

perta.miinya.ber'judul Hikayat Fariclah Hanum (1925-1926). Melalui karya ini, la terpengaruh dengan sifat-sifat romantis yang terdapat dalam novel-novel Mesir, malah menggunakan watak dan latar Mesir. Ini diikuti oleh tokoh yang dianggap penting dalam genre ini, iaitu Ahmad Rashid Talu dengan novel-novelnya berjudul Kawan Benar (1927), lakah Salmah? ^1928), 12 Kali Sengsara (1929) dan Siapa Jahat (1929-1930) yang membawa watak dan latar Tanah Melayu sendiri dan tidak lagi berlatarkan Timur Tengah.

Perkembangan ini seterusnya disambung oleh penulis-penulis dalam Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) seperti Keris Mas, Usman Awang, Awam il-Sarkam, Asraf, Masuri S.N dan Hamzah. Mereka bergiat bukan sahaja dalam bidang penulisan novel tetapi juga dalam bidang penulisan cerpen, sajak dan drama. Sekitar tahun-tahun 1960-an hingga 1990-an pula menyaksikan penghasilan novelnovel yang lebih mengarah kepada pengutaraan nilai-nilai falsafah atau pandangan hidup tertentu, misalnya Senja Belum Berakhir (1971) oleh Azizi Haji Abdullah,/Maw oleh S. Othman Kelantan dunHari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979) oleh Anwar Ridzuan. Manakala bagi tahun-tahun 1980- an diwakili oleh novel Saudagar BesarDari Kuala Lumpur oleh Keris Mas. Novel- novel tahun 1990-an pula diwakili oleh Sidang Serangga (1980) oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Iman (1995) oleh Abdullah Hussein dan sebagainya. Antara sasterawan yang terkenal ialah Shahnon Ahmad. Tema-tema novel beliau ialah pendedahan kepincangan ekonomi, sosial dan politik. Ini terlihat dalam karyanya berjudul Rentong (1965), Terdedah (1965), Ranjau

SepanjangJalan (1966), Srengenge (1974), Shit (1999) dan sebagainya. Beliau juga mengkritik tokoh- tokoh agama seperti terlihat dalam no\e\ny3iAl-SyaqaqI(\WS) dan Tok Guru (1988).

Dalam meningkatkan kegiatan kesusasteraan, pelbagai persatuan penults muncul di seluruh tanah air. Antaranya ialah PELITA (Terengganu); Persatuan Penults Kelantan (PKK) dt Kelantan; Persatuan Penults Johor (PPJ^diJohor; ASASI di Kedah dan sebagainya. Di peringkat nasional pula muncul persatuan- persatuan penulis seperti Gabungan Penulisan Nasional (GAPENA/ Kesemuanya memainkan peranan penting kepada pembentukan aliran kesusasteraan dan keintelektualan itu sendiri. GAPENA sendiri, sebagai sebuah pertubuhan di peringkat nasional sentiasa mengadakan sayembara dan seminar sastera untuk menggalakkan pertumbuhan sastera tanah air.

Anda mungkin juga menyukai