Anda di halaman 1dari 8

Anggaran

Anggaran adalah satu perkiraan yang hasilnya boleh digunakan walaupun input data mungkin tidak lengkap atau tidak pasti.

Objektif
Dapat membuat anggaran tentang panjang sesuatu objek apabila diberi klu Dapat membuat anggaran dengan betul

Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran ini,murid-murid dapat: Membuat anggaran tentang panjang sesuatu objek dengan betul Memupuk sifat kreativiti dalam membuat tugasan

Bahan
Pensil Pensil warna Pembaris Kertas A3 Benang Model ular

Nilai-nilai murni
Memupuk nilai kreativiti dalam murid Berkerjasama dalam aktiviti berkumpulan Memupuk sifat disiplin dalam diri ketika melakukan aktiviti

Prosedur
Guru akan menerangkan kepada murid-murid tentang aktiviti yang dijalankan. Guru meminta murid-murid untuk membuat 7 buah kumpulan (setiap kumpulan mempunyai 5 ahli). Guru meminta setiap kumpulan melantik ketua unntuk setiap kumpulan. Ketua kumpulan diminta ke hadapan untuk mengambil bahan-bahan. Guru meminta pelajar untuk menutup mata masing-masing. Guru akan menceritakan tentang seekor ular. Guru menyuruh murid untuk membayangkan bahawa ular itu ada di hadapan mereka. Guru memberikan deskripsi tentang ular tersebut, contoh : Panjang : 2 hasta lelaki dewasa (29 centimeter) Warna : Biru (asas) Merah (tompok) Hitam (tompok)

Setelah menceritakan tentang ular tersebut, murid diminta untuk melukis kembali ular tersebut dalam kertas A3 yang telah diberikan dengan kreatif dan menggunakan alatan yang telah diberikan. Guru meminta kumpulan yang mempunyai ahli yang mempunyai huruf S dan W untuk tampil ke hadapan untuk membentangkan hasil lukisan mereka. Sambil itu guru menunjukkan model ular yang dibuat mengikut diskripsi tadi. Seorang wakil daripada dua kumpulan yang dipilih diminta untuk mengukur panjang ular tersebut. Manakala seorang ahli dari dua kumpulan yang dipilih tadi diminta untuk megukur ular yang telah dilukis dengan menggunakan benang. Guru meminta murid untuk membezakan ukuran antara model ular dengan ular yang dilukis oleh murid tadi. Kumpulan yang ukurannya hampir sama dengan model ular tersebut akan mendapat hadiah.

Anda mungkin juga menyukai