Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN MEMERIKSA KARANGAN BAHAGIAN C

BAHAGIAN C ( 20 MARKAH )
Aspek yang dinilai 1. Menjawab tugasan 2. Ayat 3. Kata ( imbuhan/ kata ganda/ kata majmuk ) 4. Kosa kata 5. Ejaan dan tanda baca Nota : Nilaian utama dalam bahagian ini ialah kebolehan calon menjelmakan nilai atau pengajaran yang tersirat dalam petikan . Bahagian C ( 20 markah ) ( Masa : 20 minit ) Tulis lima ayat yang kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Sabtu , 23 Mac 2013 Aku bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk menyertai perkhemahan di hutan Lipur Gunung Ledang. Aku bertolak dari sekolah bersama-sama 40 orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan lima orang guru penasihat. Pada pukul 12.30 tengah hari, kami tiba di sana. Cikgu Roslan memberi taklimat perkhemahan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Semua ahli bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan khemah. Beberapa orang ahli menawarkan diri untuk mencari kayu api. Ahad, 24 Mac 2013 Kami bersarapan pada pukul 7.00 pagi. Selepas itu, kami memulakan aktiviti meredah hutan mengikut ketetapan dalam jadual. Kami mematahkan beberapa batang ranting kayu untuk dijadikan penunjuk arah ketika aktiviti meredah sungai. Kami diingatkan supaya memegang tali rentang dengan kuat. Kami berasa takut kerana arus sungai agak deras. Selepas itu, kami mendaki bukit pula. Kami diajar tentang cara-cara mendaki bukit dengan betul. Kakiku luka akibat terkena kayu yang tajam. Mujurlah kami membawa peti kecemasan. Isnin, 25 Mac 2013 Selepas bersarapan dan beriadah, kami mengutip sampah sarap di tapak perkhemahan. Kemudian, kami beratur untuk menerima sijil penyertaan daripada guru besar. Kami pulang pada pukul 2.00 petang. Kami berasa beruntung kerana dapat menimba pengalaman yang banyak.

PANDUAN MEMERIKSA KARANGAN BAHAGIAN C

NILAI Menghargai masa/ mementingkan masa/ menepati masa/ berdisiplin Berdikari Prihatin/ bertanggungjawab/ mementingkan keselamatan/ menjaga keselamatan/ peka Bekerjasama/ mufakat/ bersatu hati/ sepakat/ tolong-menolong Baik hati/rajin/ ikhlas/ suka hati/ ringan tulang/ rela hati Menjaga kesihatan Menepati masa/ berdisiplin/ patuh/ akur Bertindak bijak/ rasional/ menjaga keselamatan/ mementingkan keselamatan Berhati-hati/ berwaspada/ ambil berat/ prihatin/ cakna/ menjaga keselamatan/ mementingkan keselamatan Mementingkan keselamatan Beringat-ingat / berwaspada/ ambil berat/ mementingkan keselamatan Menjaga kesihatan Bertanggungjawab/ cintai alam sekitar/ menjaga kebersihan/ prihatin/ambil berat Berdisiplin Bersyukur

HURAIAN Bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk menyertai perkhemahan Bersiap-siap untuk menyertai perkhemahan Cikgu Roslan memberi taklimat perkhemahan Bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan khemah Menawarkan diri untuk mencari kayu api Bersarapan pada pukul 7.00 pagi Memulakan aktiviti meredah hutan mengikut ketetapan dalam jadual Mematahkan ranting kayu untuk dijadikan penunjuk arah Kami diingatkan supaya memegang tali rentang dengan kuat Kami diajar cara-cara mendaki bukit dengan betul Kami membawa peti kecemasan Bersarapan dan beriadah Mengutip sampah sarap selepas bersarapan dan beridah Kami beratur untuk menerima sijil penyertaan Berasa beruntung kerana dapat menimba pengalaman yang banyak semasa perkhemahan Kaki luka akibat terkena kayu yang tajam

Berhati-hati/ berwaspada/ keselamatan diri

menjaga

Sabtu , 23 Mac 2013 Aku bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk menyertai perkhemahan di hutan Lipur Gunung Ledang. NILAI HURAIAN Menghargai masa/ mementingkan masa/ Bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk menepati masa/ berdisiplin menyertai perkhemahan Antara nilai yang terdapat dalam petikan ialah menghargai masa seperti aku bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk menyertai perkhemahan. 2

PANDUAN MEMERIKSA KARANGAN BAHAGIAN C

Aku bertolak dari sekolah bersama-sama 40 orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan lima orang guru penasihat. Pada pukul 12.30 tengah hari, kami tiba di sana. Cikgu Roslan memberi taklimat perkhemahan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. NILAI HURAIAN Prihatin/ bertanggungjawab/ mementingkan Cikgu Roslan memberi taklimat keselamatan/ menjaga keselamatan/ peka perkhemahan Seterusnya, sikap bertanggungjawab merupakan nilai yang terdapat dalam petikan ini seperti Cikgu Roslan memberi taklimat perkhemahan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Semua ahli bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan khemah. NILAI HURAIAN Bekerjasama/ mufakat/ bersatu hati/ Bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan sepakat/ tolong-menolong khemah Di samping itu, tolong-menolong merupakan nilai yang terdapat dalam petikan ini, Contohnya bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan khemah. Beberapa orang ahli menawarkan diri untuk mencari kayu api. NILAI HURAIAN Baik hati/rajin/ ikhlas/ suka hati/ ringan Menawarkan diri untuk mencari kayu api tulang/ rela hati Selain itu, kita juga perlu mengamalkan sikap baik hati seperti menawarkan diri untuk mencari kayu api.

Ahad, 24 Mac 2013 Kami bersarapan pada pukul 7.00 pagi. NILAI Menjaga kesihatan

HURAIAN Bersarapan pada pukul 7.00 pagi

Akhir sekali, kita juga perlu menjaga kesihatan dengan bersarapan pada waktu pagi.

Selepas itu, kami memulakan aktiviti meredah hutan mengikut ketetapan dalam jadual. Menepati masa/ berdisiplin/ patuh/ akur Memulakan aktiviti meredah hutan mengikut ketetapan dalam jadual

PANDUAN MEMERIKSA KARANGAN BAHAGIAN C

Kami mematahkan beberapa batang ranting kayu untuk dijadikan penunjuk arah ketika aktiviti meredah sungai. Bertindak bijak/ rasional/ menjaga Mematahkan ranting kayu untuk dijadikan keselamatan/ mementingkan keselamatan penunjuk arah

Kami diingatkan supaya memegang tali rentang dengan kuat. Berhati-hati/ berwaspada/ ambil berat/ Kami diingatkan supaya memegang tali prihatin/ cakna/ menjaga keselamatan/ rentang dengan kuat mementingkan keselamatan Kami berasa takut kerana arus sungai agak deras. Selepas itu, kami mendaki bukit pula. Kami diajar tentang cara-cara mendaki bukit dengan betul. Mementingkan keselamatan Kami diajar cara-cara mendaki bukit dengan betul Kakiku luka akibat terkena kayu yang tajam. Berhati-hati/ berwaspada/ menjaga keselamatan diri

Kaki luka akibat terkena kayu yang tajam

Mujurlah kami membawa peti kecemasan. Beringat-ingat / berwaspada/ ambil berat/ mementingkan keselamatan

Kami membawa peti kecemasan

Isnin, 25 Mac 2013 Selepas bersarapan dan beriadah, kami mengutip sampah sarap di tapak perkhemahan. Bertanggungjawab/ cintai alam sekitar/ Mengutip sampah sarap selepas bersarapan menjaga kebersihan/ prihatin/ambil berat dan beridah Kemudian, kami beratur untuk menerima sijil penyertaan daripada guru besar. Berdisiplin Kami beratur untuk menerima penyertaan

sijil

Kami pulang pada pukul 2.00 petang. Kami berasa beruntung kerana dapat menimba pengalaman yang banyak. Bersyukur Berasa beruntung kerana dapat menimba pengalaman yang banyak semasa perkhemahan

PANDUAN MEMERIKSA KARANGAN BAHAGIAN C

Antara nilai yang terdapat dalam petikan ialah menghargai masa seperti aku bangun awal pagi dan bersiap-bersiap untuk menyertai perkhemahan.Seterusnya, sikap bertanggungjawab merupakan nilai yang terdapat dalam petikan ini seperti Cikgu Roslan memberi taklimat perkhemahan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Di samping itu, tolong-menolong merupakan nilai yang terdapat dalam petikan ini, Contohnya bekerja dalam kumpulan untuk mendirikan khemah.Selain itu, kita juga perlu mengamalkan sikap baik hati seperti menawarkan diri untuk mencari kayu api. Akhir sekali, kita juga perlu menjaga kesihatan dengan bersarapan pada waktu pagi. ( 87 patah perkataan )

Nota : 1. 20 markah hanya diberi untuk lima nilai yang lengkap tanpa apa-apa kesalahan. 2. Calon perlu menyatakan nilai dan contoh yang terdapat dalam petikan sahaja. 3. Nilai yang sinonim tidak diterima ( Sama maksud dengan nilai yang tersurat dalam petikan . Contoh : tolong menolong dalam petikan sinonim dengan bantu-membantu ) 4. Kurungkan huraian yang tidak berkaitan tetapi kesalahan bahasa tetap dinilai. 5. 5 nilai tanpa huraian atau huraian tidak tepat maksimum ARAS MEMUASKAN. 6. Calon menyenaraikan 5 nilai tanpa huraian diberi skor maksimum 03 ( dalam bentuk point sahaja tiada ayat/huraian ) 7. Calon menyenaraikan 5 nilai dalam ayat yang lengkap maksimum ARAS BAIK ( dalam bentuk nombor ) 8. Menyalin keseluruhan petikan diberi 02. 9. Calon cemerlang perlu menggunakan penanda wacana sekurang-kurangnya sekali. 10. Nilai tidak boleh berulang walaupun huraian berbeza. 11. Ulasan lebih daripada satu perenggan layak diberi ARAS CEMERLANG tetapi bukan markah penuh impression turun. 12. Calon menulis huraian sahaja tanpa nilai ARAS PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM 02. 13. Calon menulis huraian luar kemudian huraian dalam petikan diterima ( Contoh : Selain itu kita perlulah menjaga kebersihan di kawasan persekitaran hutan supaya dapat menjaga keindahan flora dan fauna seperti ahli PBSM yang mengutip sampah di tapak perkhemahan. 14. Jumlah patah perkataan tidak menjejaskan markah. 15. Nilai lebih daripada 6 5 nilai pertama sahaja diterima tetapi bahasa tetap dinilai. 16. Nilai satu hala sahaja diterima .

Anda mungkin juga menyukai