Anda di halaman 1dari 2

Murid Yang Bijaksana Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh dan salam ceria.

Kawan-kawan pada hari yang indah ini, saya ingin memperdengarkan kepada kawan-kawan sebuah cerita yang bertajuk murid yang bijaksana. Pada zaman dahulu, di sebuah kampung ada seorang guru agama yang mengajar ilmu agama, anak murid tuk guru itu terdiri daripada murid-murid lelaki dan murid-murid perempaun, sekitar kampung berhampiran. Pada suatu hari, tuk guru ingin menguji anak-anak murid perempuannya, tuk gurupun memanggil kesemua anak perempuan datang ke hadapan. Setelah semuanya datang, tuk gurupun menyerahkan kepada setiap muridnya semangkuk beras yang bercampur dengan jagung dan sekoi. Tuk guru memberikan tempoh waktu untuk mereka memasak bahan yang diberinya itu. Tuk gurupun meminta semua anak murid perempuannya membawa pulang barang yang diberi dan memasaknya di rumah, kemudian membawa hasil masakannya untuk dimakan. Setelah mendapat beras yang bercampur itu, anak-anak murid tuk guru pun kembalilah ke rumah masing-masing. Semuanya ingin berbakti kepada tok guru mereka dengan menghasilkan menu masakan yang istimewa menggunakan bahan yang diberi. Maka, ibu bapa masing-masing seboklah menolong anak mereka memasak. Setelah sampai masanya, maka sekalian anak murid datang ke hadapan tuk guru. Mereka membawa nasi yang ditanak beserta dengan hidangan yang lain. Tok gurupun melihatlah hasil masakan yang dimasak oleh anak-anak muridnya menggunkan bahan yang telah diberinya dahulu. Ada yang memasak kesemua bahan yang diberikannya itu, bercampur beras jagung dan sekoi dan ada yang menggantikan bahan-bahan itu dengan beras mereka sendiri. Tok guru kenal akan jenis beras yang diberinya dahulu. Tuk guru diam tidak berkata apa-apa..

Tiba-tiba, tok guru terpandang bekas makanan salah seorang anak muridnya, dengan senyuman beliau merasa makanan tersebut, ermmmm. Tuk guru tersenyum besar. Anak muridnya bernama Dayang berjaya memasak beras yang diberikannya dahulu. Nasi yang ditanak tidak bercampur dengan jagung dan sekoi. Tok guru bertanya kepada anak muridnya itu bagaimana ia memisahkan tiga bahan yang bercampur. Menurut Dayang,semua bahan yang diberikannya dahulu ia tampi dan indang dengan nyiru. Setelah terasing semuanya barulah nasi ditanak. Kini, tahulah tuk guru bahawa Dayang seorang murid yang bijak dan cerdik. Sejak hari itu, tuk guru hanya mengajar anak-anak murid lelaki dan tidak lagi mengajar anak-anak murid perempuannya, sebaliknya Dayanglah yang menjadi guru kepada murid-murid perempuan itu dengan bimbingannya. Begitulah cerita saya pada hari ini kawan-kawan.. Pengajaran daripada cerita sebentar tadi, kecerdikan dan kebijaksanaan akal mampu menyelesaikan serumit manapun masalah yang dihadapi. Berusaha pasti membawa kejayaan. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai