Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum….

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia..

Terima kasih tuan pengerusi majlis.

Pada hari ini, saya , Ahmad. Ada satu kisah yang hendak dikongsi dengan
kawan-kawan. Tajuk cerita saya ialah sakit gigi teramat pedih.

Kawan-kawan tahu gula-gla itu apa?

Ya… gula-gula itu makanan ringan yang tidak berkhasiat. Patutlah gigi adik
saya sakit teramat pedih. Adik saya memang suka makan gula-gula tetapi
selalu lupa gosok gigi. Hampir setiap hari adik saya akan beli dan makan gula-
gula. Gula-gula perperisa nenas, mangga, epal. Adik saya juga suka makan ais
krim. Ais krim vanilla, ais krim coklat, ais krim kacang…

Ahmad tak suka makan gula-gula dan ais krim.

Ibu selalu menasihatu adik saya tetapi tidak dihiraukannya.

Pada dua minggu yang lepas, adik saya telah sakit gigi teramat pedih. Adik
saya tak lalu makan, tak lena tidur dan tak mahu bermain. Tetapi dia asyik
menangis sahaja. Kesihan dia. Ibu saya memberi adik saya makan ubat, tetapi
gigi adik saya tidak juga elok.

Keesokkan harinya, ibu saya membawa adik saya ke Klinik Gigi Jasmin. Doktor
memberitahu gigi adik saya telah berlubang kerana terlalu banyak makan
gula-gula. Oleh yang demikian gigi adik saya perlu ditampal. Semasa Doktor
Jasmin menampal gigi adik saya. Adik saya menangis teresak-esak

Sakit… sakit..
Apabila siap gigi ditampal, Doktor Jasmin memberikan adik saya ubat untuk di
bawa pulang. Sesampainya di rumah, ibu saya memberi adik saya makan
ubat. Ibu juga berpesan

Jangan sesekali beli dan makan gula-gula lagi dan jangan lupa gosok gigi
FAHAM?..

Adik saya berjanji tidak akan beli dan makan gula-gula lagi dan tak lupa gosok
gigi.

Ya kawan-kawan

Kalau kita makan gula-gula, ais krim dan tak rajin gosok gigi, gigi kita jadi
lubang.

Kawan-kawan nak gigi lubang?

Bagus…

Saying kawan-kawan Ahmad. Sekian kawan-kawan. Sayangi gigi dan semoga


berjumpa lagi…

sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai