Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih pengerusi majlis.

Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijak sana,
penjaga masa yang setia, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya Ain najwa ingin menyampaikan cerita saya yang bertajuk,
“Aku si kacip”.

Selamat Hari Jadi, Ain!

“Terima Kasih Ibu! Terima kasih ayah! Terima kasih kawan2!”.


Dengan girangnya Ain berterima kasih kepada tetamu yang hadir.
Dia kemudiannya meniup lilin pada kek hari jadinya dan memotong
kek tersebut. Ain membahagikan kek yang dipotong kepada
kawan-kawannya. Sedikit saja. Kerana Ain tahu, kek sangat manis
dan tidak bagus untuk kesihatan badan dan gigi.

Usai majlis hari jadi, Ain tidak lupa menggosok giginya sebelum tidur.
Ain tahu rutinnya setiap hari, iaitu menjaga aku sebaiknya. Ya!
Akulah! Aku gigi kacip Ain. Si gigi Seri! Oh ya! Sedikit pengenalan
tentang diri aku. Aku bewarna putih kekuningan. Bentukku pipih,
tajam juga. Tugasku memotong makanan. Adik beradikku yang lain
namanya sang taring dan sang geraham. Sang taring tugasnya
mengoyakkan makanan manakala sang geraham tugasnya
melumatkan makanan. Kami bekerja berganding bahu dan sangat
memerlukan antara satu sama lain. Cubit peha kanan, peha kiri
terasa juga! Aduh! Kalau satu sakit, semua rasa sakit.

Aku suka bertuankan Ain. Ain pandai menjaga kebersihan dan


kesihatanku. Aku diberus setiap hari paling kurang 3 kali sehari. Ain
gunakan floss utk mengeluarkan sisa-sisa makanan dicelah2 aku.
Aku juga diberus dengan ubat gigi berfluorida.

Suatu hari, nyaman sekali aku rasa. Cukup nyaman. Rupa-rupanya


Ain sedang membersihkan diriku menggunakan berus gigi elektrik.
Aku ada terdengar perbualan Ain dengan kakaknya. Berus itu
namanya Smart Toothbrush. Yang seronoknya, alat tersebut
mempunyai sambungan Bluetooth bersama aplikasi terbina telefon
pintar. Jadi, rekod pembersihan diriku dapat dirakamkan. Ada suatu
ketika, aku berasa agak sakit. Aku terlihat nyalaan lampu merah
pada alat tersebut. Oh, rupanya Ain memberus aku sedikit kuat.
Canggihnya, alat tersebut boleh memberi amaran jika digosok
pada gigi terlalu kuat. Wow, hebat!

Selain menjaga kebersihanku, Ain juga mengambil makanan yang


seimbang dan berkhasiat agar aku sihat. Makanan yang
mengandungi vitamin seperti sayur dan buah-buahan dapat
memastikan kesihatan aku lebih terjamin. Selain itu, makanan tinggi
kalsium seperti susu juga selalu diamalkan agar aku sentiasa kuat
dan dapat melaksanakan tugasku dengan baik. Setiap enam
bulan, aku pasti dibawa untuk pemeriksaan gigi .

Sewaktu pemeriksaan gigi, aku terdengar perbualan Ain dengan


doktor gigi yang merawatku. “Awak mahu tak gigi awak putih
berseri?” “Tentulah doktor”! Ain berseloroh. Berbunga-bunga hatiku
mendengarnya. Doktor menggunakan Philips Zoom Whitening pada
diriku. Doktor menyapu suatu bahan iaitu “Ferrous Gluconate
Whitening” dimana apabila bahan tersebut terdedah kepada
cahaya LED, ia membantu memutihkan aku. Wah, aku berubah
menjadi putih hanya dalam masa 45 minit!
Enamelku juga tidak terhakis! Terima kasih doktor! Terima kasih Ain!
Akulah sebentuk gigi paling bahagia di dunia ini! Riang riang
bersama didi and friends! Ops silap, riang riang bersama Ain si gigi
cantik!!!!

Kawan-kawan,

Smart toothbrush ini, satu inovasi,


Kalau jual kat sini, pasti orang nak beli,
Inovasi terkini, seiring teknologi,
Letak saja kat gigi, tup! tup! dah putih berseri.

Sekian terima kasih!

Anda mungkin juga menyukai