Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Nama saya Muhammad Aryan Anaqi dari Sekolah ………..ini adalah kisah ‘Pengalaman
Saya Berjumpa Doktor Gigi’

Peristiwa ini berlaku sewaktu saya berusia 7 tahun.

Ketika memberus gigi, saya teringat kata-kata rakan di sekolah tadi. Eee……….gigi Aryan
tidak cantik…………rongak dan hitam! Semua rakan ketawa melihat gigi saya. Saya berasa
sungguh malu dan sakit hati. Di rumah, saya tidak mahu makan dan asyik bersedih sahaja.

Emak berasa simpati dan memujuk saya. Emak kata ‘Aryan belum terlambat. Gigi Aryan
yang buruk itu masih dapat dibaiki.

Petang itu, emak membawa saya ke Klinik Kesihatan Pergigian untuk mendapatkan rawatan.
Doktor yang merawat saya sangat baik, lembut dan peramah.

Doktor kata, gigi susu hadapan Aryan sudah goyah dan akan tertanggal tidak lama lagi.
Kesemua gigi susu ini akan digantikan dengan satu set gigi kekal. Gigi kekal kita ada 32
batang kesemuanya.

Sebelum pulang, doktor berpesan supaya saya menggosok gigi setiap pagi dan sebelum tidur
kerana memberus gigi bukan sahaja untuk membersihkan gigi, tetapi dapat mengurut gusi
supaya menjadi kuat dan sihat.

Selain itu, gunakan ubat gigi berfluorida serta makan makanan seperti jambu, epal dan lobak
merah untuk menguatkan gigi dan tulang rahang.

Dan….yang paling penting sekali kawan-kawan adalah……kurangkan makan makanan


manis yang menjadi punca kerosakan gigi.

Itulah pengalaman saya ketika berjumpa dengan doktor gigi. Sekarang, lihatlah gigi saya,
cantik dan bersihkan?

Terima kasih doktor gigi……………

Anda mungkin juga menyukai