Anda di halaman 1dari 2

Nyum nyum nyum nyum

Aduh sakitnya, aduh aduh tak tahan rasanya

(suara menangis)

Salam Sejahtera kepada para hakim yang bijaksana, guru-guru serta penonton yang
menonton video saya ini.

Bangun-bangun pagi, cepat gosokgigi nafas akan wangi

Gigi putih berseri, senyuman pun menawan

Tingggggg

Haaa kawan-kawan, kenal tak siapa saya? Tengok betul-betul

Putih, bersinar dan kuat

Haaaa tepat sekali! Saya ialah gigi geraham! Saya ada kawan yang bernama gigi
taring dan gigi kacip. Kami 3 sekawan amat akrab. Kami mempunyai saiz, bentuk
dan fungsi yang berbeza. Saya gigi geraham berfungsi untuk melumatkan makanan.
Manakala, rakan saya si Taring mengoyak makanan. Dan si kacip pula memotong
makanan.

Struktur saya pula terdiri daripada lapisan enamel diluarnya, kemudian di dalamnya
ada dentin. Seterusnya saraf dan salur darah. Bahagian tepinya pula ialah gusi.

Kami terdiri daripada dua set, iaitu pertama set gigi susu dan set kedua set gigi
kekal. Bagi rakan-rakan gigi susu, saya terdiri daripada 22 batang sahaja. Struktur
kami tidak kuat kerana bahagian enamel diluarnya dan dentin adalah nipis serta
bersaiz kecil.

Ianya tidak kekal dan jangka hayatnya pun pendek. Rakan-rakan gigi susu ini mulai
tumbuh apabila manusia berusia 6 bulan dan akan lengkap apabila mencapai umur
3 tahun.

Haaaaa berbeza pula dengan rakan-rakan saya gigi kekal! Bilangannya lebih banyak
iaitu sebanyak 32 batang! Saiznya pun lebih besar dan tentunya lebih kuat. Lagipun
jangka hayatnya pun panjang. Ianya mulai tumbuh apabila manusia berusia 6 tahun
dan akan lengkap apabila manusia mencecah umur 21 tahun.

Hmmm ehh.

Yaaaa terlupa pula. Untuk pengetahuan semua, set gigi kami tetap ada
persamaanya. Set gigi kami tetap ada geraham, taring dan juga kacip. Untuk
peringatan semua, gigi kekal tetap juga akan rosak kalau tidak dijaga dengan baik.
Oleh yang demikian, jagalah saya dan rakan-rakan saya dengan baik. Makanlah
makanan yang kaya dengan kalsium. Hmmmm apa lagi ya? Haaa seperti susu,
ataupun hasil tenusu. Maka barulah kami sihat, cantik dan kuat. Haa saya nak tanya
satu soalan, boleh? Tuan-tuan suka tak makan gula-gula dan coklat? Haaa suka?
Saya dah agak dah. Kena kurangkan ya, nanti saya dan rakan-rakan akan rosak.

Dengarlah nasihat ini. Gosoklah gigi kita. Dua kali sehari. Jagalah pemakanan untuk
kesihatan gigi. Guna floss buang sisa makanan, amalkan berkumur selepas makan.
Jumpa lah doctor gigi, buat pemeriksaan gigi. 6 bulan sekali.

Kesimpulannya,

Kedengaran cengkerik di malam sepi


Tempat menutup segala rahsia
Jagalah gigi dengan rapi
Agar bermanfaat kepada manusia
Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai