Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Nama saya Wan Muhammad Haziq


bin Wan Muhammad Zulhilmi. Saya berumur 10 tahun dan belajar di Sekolah Rendah
Islam Ibnu Qayyim Kuala Terengganu.

Pokok pinang ditanam rapat,

Terbang tinggi si burung segan.

Jagalah gigi supaya sihat,

Gigi cantik, senyumannya menawan.

Hari ini saya akan menceritakan tentang usaha saya untuk mendapatkan gigi yang
cantik. "Aduh sakitnya gigi saya," mengadu Hassan kepada kawannya, Haziq. "Saya
rasa awak perlu berjumpa dengan doktor gigi," ujar Haziq. "Tapi saya takut untuk
berjumpa dengan doktor gigi," kata Hassan. "Kenapa perlu takut? Doktor gigi akan
merawat gigi awak yang sakit," pujuk Haziq.

"Awak pernah sakit gigi? Gigi awak cantik," tanya Hassan kepada Haziq. "Tidak, saya
tidak pernah mengalami sakit gigi kerana saya mengamalkan langkah menjaga gigi
yang berkesan. Yang pertama, saya akan menggosok gigi sehingga bersih setiap hari,
terutama selepas makan dan sebelum tidur malam. Oh ya, saya juga menggunakan
ubat gigi yang mengandungi fluorida tinggi untuk melindungi dan menjaga gigi kita
daripada bakteria."

"Yang kedua, sekiranya saya tidak sempat untuk menggosok gigi, saya akan
berkumur dengan segera selepas makan dan minum. Saya juga akan menggunakan
benang gigi untuk memastikan celah-celah gigi saya juga bersih. Yang ketiga, saya
akan makan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan," kata
Haziq. "Tapi, Hassan, awak perlu elakkan makan makanan yang merosakkan gigi,
seperti gula-gula, coklat, dan aiskrim."

"Yang keempat, saya akan berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya sekali
setahun. Doktor gigi saya ada berpesan untuk segera mendapatkan nasihat dan
pemeriksaan gigi jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah sakit gigi."
"Baiklah, nanti saya akan pergi mendapatkan pemeriksaan doktor gigi," ujar Hassan.
"Ha... kawan-kawan, marilah kita sama-sama menjaga gigi untuk mendapatkan gigi
yang sihat dan cantik." Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih dan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai