Anda di halaman 1dari 4

MEMILIH AYAT TANYA YANG SESUAI

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.




1 Kita dapat melihat berbagai-bagai jenis barang purba di muzium.

A Bagaimanakah kita dapat melihat barang purba di muzium?
B Apakah yang dapat kita lihat di muzium?
C Adakah kita dapat melihat berjenis-jenis barang purba di
muzium?
D Siapakah yang mempamerkan berbagai-bagai jenis barang
purba di muzium?

2. Sydney ialah bandar yang terbesar di Australia.

A Sydney bandar yang terbesar di Australia?
B Siapakah bandar yang terbesar di Australia?
C Apakah bandar yang terbesar di Australia?
D Benarkah Sydney bandar yang terbesar di Australia?

3 Pada hari Ahad yang lalu, saya pergi berkelah di Air Terjun Kota
Tinggi.

A Ke manakah kamu pergi pada hari Ahad yang lalu?
B Bagaimanakah kamu pergi berkelah pada hari Ahad yang lalu?
C Di manakah letaknya Air Terjun Kota Tinggi?
D Apakah yang kamu buat di Air Terjun Kota Tinggi?

4 Ular sawa banyak didapati di kawasan-kawasan Tropika di Asia,
Afrika, dan Australia.

A Siapakah yang banyak didapati di kawasan-kawasan Tropika di
Asia, Afrika, dan Australia?
B Bagaimanakah ular sawa banyak didapati?
C Mengapakah ular sawa banyak didapati di kawasan-kawasan
Tropika di Asia, Afrika, dan Australia?
D Di manakah ular sawa banyak didapati?


5 Malaysia terkenal kerana banyak terdapat tempat pelancongan yang menarik.

A Apakah yang terkenal di Malaysia?
B Bagaimanakah Malaysia boleh dikenali?
C Siapakah yang mengunjungi tempat menarik di Malaysia?
D Mengapakah Malaysia terkenal?

6. Semua murid diwajibkan datang untuk bergotong-royong.

A Untuk apakah semua murid diwajibkan datang?
B Mengapakah semua murid diwajibkan?
C Bilakah semua murid berotong-royong?
D Bergotong-royong itu untuk siapa?


7. Murid-murid itu mengkaji kitar hidup katak.

A Bagaimanakah murid-murid mengkaji kitar hidup katak?
B Apakah yang dikaji oleh murid-murid itu?
C Mengapakah kitar hidup katak dikaji oleh murid-murid itu?
D Benarkah murid-murid itu mengkaji kitar hidup katak ?

8. Sifat tekun dan sabar perlu ada pada seorang pelukis.

A Apakah yang perlu ada pada seorang pelukis?
B Mengapakah pelukis perlu tekun dan sabar?
C Bagaimanakah sifat seorang pelukis?
D Adakah sifat tekun dan sabar mesti ada pada seseorang
pelukis?

9. Harga buah rambutan itu RM4.00 sekilogram.

A Berapakah harga sekilogram buah rambutan itu?
B Siapakah yang membeli buah rambutan itu?
C Apakah buah yang berharga RM4.00 sekilogram itu?
D Mengapakah buah rambutan itu berharga RM4.00 sekilogram?


10. Ayah saya sampai dari Kuala Lumpur pada pukul 8.00 pagi.

A Pada pukul berapakah ayah kamu sampai dari Kuala Lumpur?
B Adakah ayah kamu sudah sampai dari Kuala Lumpur?
C Siapakah yang akan sampai dari Kuala Lumpur?
D Bagaimanakah ayah kamu sampai dari Kuala Lumpur?




JAWAPAN :

1. B
2. C
3. A
4. D
5. D
6. A
7. B
8. A
9. A
10.A




MEMILIH J AWAPAN YANG SESUAI

Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.


1 Pernahkah kamu menaiki kereta api?
A Ya, kereta api panjang dan bergerak perlahan.
B Ya, tambang kereta api lebih murah.
C Ya, ayah telah menempah tiketnya.
D Ya, saya pernah menaiki kereta api ke Ipoh.

2 Di manakah saya berada sekarang?
A Pemandu kereta itu yang membawa kamu ke sini.
B Sabarlah, kamu dilanggar kereta sewaktu melintas jalan tadi.
C Jangan bimbang kerana kamu hanya cedera ringan.
D Bertenanglah, kamu berada di hospital sekarang.

3 Berapakah harga sewa hotel mewah itu?
A Harga sewa hotel mewah itu sangat mahal.
B Ya, sewa hotel mewah itu boleh dirunding lagi.
C Sewa hotel mewah itu RM1,000 semalam.
D Orang kaya sahaja yang mampu menginap di hotel mewah itu
.
4 Mengapakah kita tidak boleh membuang masa dengan sia-sia?
A Kita tidak boleh mensia-siakan masa kerana kita yang akan
rugi akhirnya.
B Kita hendaklah mengisi masa lapang dengan kerja-kerja yang
berfaedah.
C Di masa lapang kita boleh membaca buku supaya masa lapang
kita tidak disia-siakan.
D Untuk mengisi masa lapang, lakukanlah kerja-kerja yang
berfaedah.

5. Mengapakah kamu ingin menjadi seorang guru?
A Saya mahu menjadi seorang guru apabila dewasa.
B Saya bercita-cita menjadi seorang guru sejak kecil lagi.
C Tugas guru ialah mendidik murid-muridnya.
D Saya ingin menjadi seorang guru kerana hendak berbakti
kepada bangsa dan negara.

6. Pernahkah kamu sampai di Kampung Layau?

A Ya, saya belum pernah sampai di situ.
B Tidak, saya belum pernah sampai ke sana.
C Kampung Layau amat terkenal di Malaysia.
D Saya selalu pergi ke Kampung Layau.

7. Bagaimanakah nahas itu berlaku?

A Nahas itu berlaku antara sebuah lori dengan sebuah
motosikal.
B Nahas itu berlaku akibat kecuaian pemandu lori yang
memandu terlalu laju.
C Nahas itu berlaku petang semalam.
D Nahas itu berlaku di selekoh Jalan Mawai.


8. Betulkah penjenayah itu sudah ditangkap oleh polis?

A Ya, penjenayah itu sudah ditangkap oleh polis semalam.
B Ibu bapa penjenayah itu ke balai polis untuk menjaminnya.
C Ya, penjenayah itulah yang dikehendaki oleh polis selama ini.
D Penjenayah itu ditangkap oleh polis semasa bersembunyi di rumah kosong itu.


9. Di manakah kamu membeli pen yang cantik ini?

A Harga pen yang cantik ini RM1.50 sahaja.
B Saya membeli pen yang cantik ini pada petang semalam.
C Saya membeli pen yang cantik ini di Kedai Buku Osman.
D Ayah saya yang membelikan pen yang cantik ini untuk saya.

10. Bilakah kamu akan datang ke rumah saya?

A Saya tidak dapat datang kerana menemani ayah ke hospital.
B Saya akan datang ke rumah awak dengan menaiki bas.
C Boleh, nanti saya ajak Salim untuk menemani saya.
D Saya akan datang ke rumah awak esok.






JAWAPAN :

1. D
2. D
3. C
4. A
5. D
6. B
7. B
8. A
9. C
10.D

Anda mungkin juga menyukai