Anda di halaman 1dari 3

Peranan wanita dalam aspek pembangunan negara

memang tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya


daripada pihak masyarakat umum.
Huraikan peranan yang mampu dipikul oleh kaum
wanita di negara ini.
Kaum wanita sering dilihat sebagai jantina yang lemah lalu
sering dipergunakan dalam kehidupan bermasyarakat kini.
Kita masih belum menyedari bahawa dalam kelembutan
wanita itu tersirat satu ketabahan yang ketara untuk mampu
menyumbangkan sesuatu buat pembangunan negara kita.
Rencana dalam media massa telah banyak memaparkan
tentang keupayaan wanita dalam aspek membangunkan
negara kini ini. Oleh itu, terdapat pelbagai peranan yang
berupaya dilaksanakan oleh wanita Malaysia.
Sudah pasti peranan atau tugas yang ketara ialah golongan
ini boleh menjalankan usaha mendidik generasi muda
dengan lebih baik. Kelembutan dan keprihatinan mereka
terhadap keperluan kasih sayang anak-anak menjadikan
wanita paling sesuai dalam tugas mendidik ini. Kejayaan
mereka mendidik anak menjamin satu kelompok
masyarakat yang lebih berjaya dalam kehidupana mereka
pada masa hadapan. Jelaslah, wanita di negara ini
berperanan untuk mendidik generasi muda agar menjadi
satu generasi yang memiliki semua cirri-ciri yang
diperlukan dalam kehidupan yang mencabar ini.
Selain itu, wanita juga berperanan untuk menyumbangkan
tenaga dalam sektor ekonomi Malaysia. anita memiliki
kemahiran yang tertentu yang berguna untuk menjadikan
diri mereka sebagai satu sumber manusia yang lengkap.
Sikap rajin bekerja dan tekun serta memberikan perhatian
yang sepenuhnya ketika bekerja menjadikan golongan ini
sasaran utama industri kilang di Malaysia pula. Jadi, kaum
wanita memang mempunyai peranan besar dalam
memastikan sumber manusia negara ini berupaya
memenuhi keperluan pertumbuhan ekonomi negara kita.
!ada masa yang sama wanita juga berperanan untuk
menimba ilmu pengetahuan yang sebanyak mungkin.
"saha memperoleh ilmu ini menjadikan wanita terdedah
terhadap pelbagai perubahan teknologi yang menjadikan
diri wanita itu lebih baik dan berkeyakinan pula. Sudah ada
banyak wanita yang memiliki ilmu yang tinggi ini berjaya
mendirikan pelbagai perniagaan yang kemudiannya
menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti untuk
pasaran dalam dan luar negara pula. Sesungguhnya,
mencari ilmu itu menjadi tugas utama wanita kerana dunia
yang penuh persaingan ini memerlukan wanita yang
berilmu tinggi pula.
Malahan, wanita juga boleh mencurahkan tenaga mereka
dalam aspek keselamatan negara yang begitu penting itu.
Sudah ramai wanita yang menyertai perkhidmatan tentera
dan polis dnegan mempamerkan keupayaan yang serupa
dengan kaum lelaki. Kewujudan kaum wanita dalam
perkhidmatan keselamatan ini juga memberikan peluang
kepada kaum lelaki untuk memastikan semua tugas dapat
diselesaikan dengan baik kerana ada tugas-tugas yang
memerlukan tangan wanita sahaja. Justeru, wanita juga
berupaya menyumbangkan tenaga mereka dalam bidang
keselamatan negara yang amat penting itu.
Kesimpulannya, peranan atau tugas wanita terhadap negara
ini begitu luas dan amat diperlukan. Kita semua hendaklah
memandang tinggi dan member peluang kepada wanita
untuk membuktikan kemampuan mereka ini. Sikap
memandang enteng keupayaan wanita bukanlah satu
tindakan yang tepat dalam kehidupan dunia penuh cabaran
ini. Slogan #pemuda harapan negara pemudi tiang negara$
harus menjadi peringatan kepada kita betapa besarnya
sumbangan wanita terhadap kemajuan negara itu.

Anda mungkin juga menyukai