Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 4

Tajuk NOMBOR DAN OPERASI


Topik 7 Pecahan
Standard
Kandungan
7.1 Pecahan tak wajar dan nombor bercampur.
Standard Prestasi
7.1 (i) Mengenal, menamakan dan menulis pecahan tak wajar
dan nombor bercampur yang penyebutnya hingga 10 dengan
menggunakan:
(a) objek;
(b) gambar rajah.
Masa 60 minit
EMK Kreativiti dan Inovasi dan TMK.
A. Objektif Pembelajaran:-
Pada akhir sesi pdp murid-murid dapat:
i. Mengenal, menamakan dan menulis pecahan tak wajar dan nombor bercampur
yang penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan:
(a) objek;
(b) gambar rajah.
B. Pendekatan
1) Kontekstual; 2) Konstruktivisme; 3) Kemahiran Berfikir.
C. Kaedah Pengajaran
1) Simulasi; 2) Eksposisi; 3) Permainan; 4) Latih Tubi.
C. Kemahiran Berfikir
1) Menyelesaikan Masalah; 2) Menghubungkait.
E. Bahan Pengajaran
1) Lembaran Kerja; 2) Kad Pecahan; 3) Slaid Power Point.
F. Alatan
1) LCD; 2) Komputer; 2) Papan Putih; 3) Pen Marker; 4) Kertas Mahjong.

G. Penilaian
1. Interaksi Secara Lisan.
2. Perbincangan Hasil Kerja.

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi
1. Persediaan

Pemerhatian dan
Analisis.
1. Guru memaparkan di papan putih
slaid seperti di bawah.



2. Guru memilih murid secara rawak
dan meminta mereka
menyatakan pecahan wajar dari
paparan tersebut.

Persediaan murid :
Murid telah diminta untuk
mengulangkaji tajuk pecahan
yang telah dipelajari pada tahun
3.
3. Dialog guru:
Bolehkah kamu nyatakan
satu pecahan wajar dari paparan
di depan?

Guru mengingatkan murid
murid bahawa pecahan wajar adalah
nilai pengangka lebih kecil dari nilai
penyebut.
1. Murid akan memerhatikan
paparan dan cuba untuk
mengimbas kembali konsep
pecahan yang telah dipelajari
pada tahun 3.















2. Murid murid yang telah dipilih
akan bangun dan menyatakan
pecahan wajar dari paparan
tersebut.


Imaginasi
Penjanaan Idea

Sintesis Idea

1. Guru membawa 2 biji kek ke
dalam kelas.
2. Guru membahagikan kek itu
kepada 4 bahagian yang sama
besar.

























3. Guru memberikan 3 potongan kek
itu kepada murid.

4. Guru membimbing murid
menyatakan bahagian kek yang ada
di atas meja dalam bentuk pecahan
iaitu

.

Bolehkah kamu nyatakan pecahan
bagi kek kek ini?

5. Guru menegaskan bahawa nilai
pecahan tersebut bukannya

.

6. Guru menerangkan bahawa
pecahan yang mempunyai nilai
pengangka yang lebih besar dari
nilai penyebut adalah pecahan tak
wajar.

7. Guru membimbing murid menulis
nilai pecahan tersebut dalam bentuk
perkataan.

Lima perempat

Bolehkan kamu baca nilai pecahan
ini?

8. Guru membimbing murid
menyatakan bahawa

adalah
sama dengan

= 1





Oleh itu

= 1

.



1. Murid menyatakan secara
lisan bahagian kek di atas meja,
iaitu 5 bahagian.






2. Murid memahami konsep
bahawa hanya pengangka yang
akan di tambah dan penyebut
akan kekal.

3. Murid akan memahami
konsep pecahan tak wajar.



4. Murid akan menulis nilai
pecahan tersebut dalam buku
tulis.




5. Murid murid akan membaca
nilai pecahan tersebut.


























9. Nombor bercampur pula ialah
gabungan nombor bulat dan
pecahan.

10. Guru menayangkan video
penukaran pecahan tak wajar
kepada nombor bercampur untuk
lebih kefahaman kepada murid
murid.

11. Guru membimbing murid
memberikan beberapa contoh
pecahan tak wajar dan nombor
bercampur yang lain.
6. Murid murid akan
memahami konsep nombor
bercampur.








7. Murid-murid menamakan
pecahan tak wajar dan nombor
bercampur seperti
yang diminta.
Perkembangan
Penambahbaikan
Permainan Kenali Pecahan Saya

Arahan Permainan :
1) Guru akan membahagikan murid
murid kepada kumpulan
kumpulan kecil.

2) Setiap kumpulan akan diberikan
dengan sekeping kad manila dan
pen marker.

3) Dalam masa yang ditetapkan,
setiap kumpulan dikehendaki
menulis seberapa banyak pecahan
tak wajar dan nombor bercampur
yang sepadan berdasarkan beza
antara pengangka dan penyebut
seperti
a) Beza 1 pusingan 1
b) Beza 2 pusingan 2
c) Beza 3 pusingan 3
d) Beza 4 pusingan 4
dengan syarat kedua-dua
pengangka dan penyebut mestilah
terdiri daripada nombor ganjil.

4) Masa yang diberikan kepada
setiap kumpulan ialah 2 minit.

5) Kumpulan yang mendapat paling
banyak jawapan yang betul akan
dikira sebagai pemenang.

1. Murid murid akan bergerak ke
dalam kumpulan masing
masing.

2. Murid murid akan berbincang
dalam kumpulan dan menuliskan
jawapan mereka di atas kertas
yang diberikan.

Tindakan 1) Guru memilih murid secara rawak
untuk menjawab soalan yang
dipaparkan. ( Rujuk slaid 1).

1) Murid menjawab soalan yang
dipaparkan.




2) Murid yang berjaya menjawab
dengan betul akan diberikan
ganjaran berupa sebatang pensel
2B.
3) Guru mengedarkan lembaran
kerja kepada murid.



2) Murid menyelesaikan lembaran
kerja yang diedarkan.
Pentaksiran 1) Pemerhatian.
2) Lembaran Kerja.

Nilai dan sikap Kerjasama dalam kumpulan.
Refleksi

murid berjaya memahami objektif


pembelajaran yang dirancangkan,
alhamdulillah.

Anda mungkin juga menyukai