Anda di halaman 1dari 2

2. Menjalankan Pemerhatian Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.

Dalam menjalankan pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran,


penyelidik perlu mengemukakan soalan-soalan berikut kepada dirinya supaya
pemerhatian yang dijalankan lebih berfokus:
i. siapa dan apakah yang anda akan perhatikan?
ii. mengapa anda membuat pemerhatian itu?
iii. dimanakah pemerhatian akan dilaksanankan?
iv. bilakah pemerhatian akan dibuat dan berapa lama?
v. bagaimana pemerhatian akan dicatatkan atau dirakam?

Berikut merupakan prosedur pemerhatian yang perlu dilaksanakan oleh
penyeldik:

Pemerhatian Berstruktur
1. Penyelidik mengenalpasti kelemahan utama murid dalam sesuatu
bidang pembelajaran samada secara langsung di dalam kelas sewaktu
sesi PdP dijalankan ataupun setelah merujuk kepada lembaran kerja
murid, penglibatan murid dan sebagainya.

2. Antara contoh instrumen yang boleh digunakan oleh penyelidik dalam
menjalankan kajian ialah:
i. Rakaman video
merakam bunyi, perbualan dan pergerakan dengan lebih
jelas. Pola tingkahlaku dapat diperhatikan dengan lebih jelas.

ii. Borang senarai semak
Senarai semak adalah satu dokumen yang telah
disenaraikan aspek-aspek pemerhatian dan penyelidik hanya
diperlukan membuat tanda untuk merekod aspek-aspek
pemerhatian ini.

iii. Borang pemerhatian
satu dokumen yang disediakan untuk merekod apa yang
diperhatikan secara sistematik dan teratur.

iv. Rakaman Audio
merekod perbualan dan sebaang bunyi yang mana
membantu penganalisis menganalisis semula apa yang berlaku.

Prosedur am:
i. mencatatkan masa menulis nota
ii. gunakan singkatan untuk perkataan yang sering digunakan.
iii. lukiskan gambarrajah pelan bilik darjah dan berserta catatan
kedudukan objek, pergerakan dan sebagainya.
iv. semak nota yang dicatat selepas pemerhatian untuk membuat
pembetulan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai