Anda di halaman 1dari 1

Jaringan usahawan

Jaringan usahawan adalah semua hubungan yang wujud atau terbentuk dan dikekalkan oleh usahwan dengan orang
yang berada disekelilingnya untuk mendapat manfaat bersama. Jaringan usahawan dalam perniagaan sangat
penting dalam mengembangkan sesebuah perniaagan. Jaringan usahawan amat penting dan diperlukan oleh
seorang usahawan terutamanya dalam peringkat permulaan dan pengembangan perniagaan mereka. Sebenarnya,
jaringan ini wujud tanpa kita sedari. Berikut adalah contoh dan jenis jaringan yang dimiliki seorang usahawan.
jaringan peribadi. Jaringan ini adalah jaringan yang berbentuk tidak format. Jaringan jenis melibatkan hubungan
langsung dan bersemuka seperti kawan, cikgu, saudara-mara dan sebagainya. Biasanya, golongan ini golongan
yang sangat dekat dengan kita. Aktiviti perniagaan tidak menjadi asas kepada jaringan ini.
jaringan awam. Jaringan awam adalah suber awam di mana seorang usahawan dapat menggunakan ini, untuk
meningkatkan pengetahuan , mendpatkan maklumat serta sebagai perantara dengan pihak tertentu. Sumber awam
termasuklah majalah-majalah, surat khabar, tv. Kadang kala seorang boleh mendapat pengiklanan secara percuma
melalui jaringan ini. Misalnya, usahawan boleh meminta satu ruangan khas untuk menceritakan pasal produk dan
syarikatnya. Jadi, dia perlu ke pejabat surat khabar.
jaringan perniagaan. Jaringan ini dikenali sebagai jaringan formal dan secara umumnya berasakan aktiviti yang
berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan. Jaringan ini lebih kepada hubunganusahawan dengan pihak-pihak
luar seperti bank , kerajaan dan persatuan perniagaan . Hubungan ini akan mewujudkan rantaian jaringan usahawan.

Anda mungkin juga menyukai