Anda di halaman 1dari 2

DIY TEKNIK MEMBINA KOLAM

E. FASA KELIMA

i. Membina Airterjun

Sekiranya anda tidak berminat dengan airterjun, boleh skip bahagian ini.
Elemen airterjun pada sesebuah kolam boleh mengujudkan satu suasana
kolam yang hidup dan mengasyikkan. Bunyi air yang jatuh ke permukaan
air kolam sambil disinari cahaya mentari manakala ikan ikan berenang
dicelah tumbuhan air akan melahirkan satu kepuasan kepada
pemiliknya........oh, syahdunya.

Perkara paling penting sebelum membina air terjun adalah ketinggiannya.
Tinggi airterjun mestilah berpadanan dengan keluasan kolam dan juga
kuasa pam. Air terjun boleh dibina dari batu sungai, batu bukit, batu
bata, simen, konkrit ataupun kombinasi antaranya.

i. Langkah pertama adalah lokasi air terjun. Pilih lokasi yang tidak
tersorok dan mudah dilihat orang ramai. Tentunya akan menarik
minat jiran-jiran dan lambat laun mereka pun akan join sama.

ii. Seterusnya simen permukaan tapak air terjun takut sekiranya ada
kebocoran pada struktur air terjun, air tu akan masuk balik ke
dalam kolam.





simen

















iii. Simenkan batu bata sebagai asas kepada struktur air terjun.
Tingginya terpulang bergantung kepada kuasa pam. Pasangkan
hos getah dari dasar kolam ke belakang air terjun (warna biru).










hos getah



iv. Letak lapisan plastik tebal (macam alas meja) (warna merah)
dibahagian dasar dan susun batu-batuan di atasnya dan disimen
dicelah antara batuan.









lapisan plastik

hos getah


v. Pemandangan dari atas. Susun juga batu disekeliling kolam (ikut
citarasa sendiri) biar nampak natural.











..bersambung

Anda mungkin juga menyukai