Anda di halaman 1dari 2

ADA

Tajuk ini menceritakan mengenai Konflik Wanita Melayu Zaman Remaja.


Watak utama iaitu Aku, untuk menyempurnakan tesisnya telah menghadirkan
diri ke sebuah rumah kebajikan.
Ibu Tom iaitu pengetua telah memperkenalkan Ada kepada Aku sebagai
sumber utama kajiannya dengan kerelaan Ada sendiri.
Ada berasal dari sebuah keluarga yang tidak bahagia dan kekurangan kasih
sayang daripada ibu bapa. Ketika bapa tiada di rumah, ibu pun jarang di rumah.
Ibunya membawa lelaki yang tidak dikenali ke rumah. Suatu hari bapanya pulang,
tetapi keesokkan hari bapanya sudah tiada di rumah. Sejak hari itu, Ada tidak
pernah lagi berjumpa dengan bapanya.
Bila bapanya pergi, ibunya menjadi galak. Ada diminta untuk berhias cantik-
cantik dan disuruh melayani orang-orang yang datang, seperti bapa tirinya yang
pertama.
Ada mengganggap rumah ini tidak ada lagi kasih sayang, oleh itu dia pun
melarikan diri ke tempat Mak Minah- teman ibunya dulu.
Mak Minah tiada suami, tetapi membela enam orang wanita.
Mak Minah memberitahu Ada bahawa di kota perlukan wang dan jangan malu-
malu untuk mencari duit.
Mak Minah menyuruh Ada membuat kerja yang dibuat oleh mereka yang tinggal
bersama seperti yang disuruh ibunya dahulu.
Ada lari lagi balik ke rumah dan meminta maaf dengan ibunya. Tetapi ibunya
sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang kaya dan muda. Ada disuruh oleh
ibunya lagi untuk melayani lelaki kaya tersebut.
Ada tidak tahan lagi, dia pun lari ke rumah kebajikan.
Di rumah kebajikan, Ada mempunyai dua orang kawan iaitu Zila dan Hawa.
Ibu dan bapa Zila sering bergaduh dan akhirnya bercerai. Bila ada seorang lelaki
ajak untuk berkahwin Zila pun ikut.
Zila dibawa oleh lelaki tersebut dan tinggal bersama lelaki tersebut. Akhirnya, dia
datang bersama kawan lain. Lama-kelamaan, dia pun tidak muncul lagi. Yang
datang hanyalah kawannya dan kawan lain lagi.
Hawa pula setengah gila kerana dirogol bergilir-gilir oleh lima orang lelaki.
Kini, Ada hidup dengan senang di rumah kebajikan ini dengan adanya Ibu Tom,
Zila dan Hawa dengan kandungannya yang sudah lima bulan.
Konflik wanita Melayu remaja berpunca dari ketiadaan kasih sayang ibu bapa,
ketiadaan orang yang sanggup memberi simpati dan kesunyian.
Pemimpin-pemimpin negara yang sedar dan yang tidak hanya mementingkan
pembangunan ekonomi negara dan juga politik. soal moral dan sosial perlu
dititikberatkan.

Anda mungkin juga menyukai