Anda di halaman 1dari 4

Fail Internet: Disimpan dalam bentuk fail.

Fail Internet: Disimpan dalam bentuk artikel asal dan masih mengandungi fitur
web.

Melayu
Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat
resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak
sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana
letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya
Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu
dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit"
ataupun tanah tinggi.
[1]
Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan
"Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi. [1]
Pelancongan
Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke
sesuatu tempat lain yang melebihi lima puluh batu dari tempat kediaman tidak lebih dari
satu tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang. Menurut Pertubuhan
Pelancongan Sedunia, iaitu salah satu badan PBB, pelancongan juga merujuk kepada
aktiviti perkhidmatan kepada pelancong. Pelancongan telah menjadi aktiviti masa
lapang yang popula di seluruh dunia. Pada 2004, terdapat lebih 763 juta ketibaan
pelancong
[1]
.
Peribahasa
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas,
mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang
membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai Peribahasa tradisi merujuk kepada
peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak
sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas
tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam
budaya Melayu.


Pantun Melayu




1999 Hak Cipta
Terpelihara
Edisi 2001
Perpustakaan
Negara Malaysia
sp-pantun22.htm
Sirih Pinang
Kisah Bersirih
Sejunjung Sirih
Pinang
Kelat Gambir
Sepalit Kapur
Narwastu Bunga
Cengkih
Demang Lebar
Daun
Sirih Puan Cerana
Kayu
Cembul Bermadah
Gobek
Bekas Sirih
Celepa Berlian
Kacip Melayu
Dara Pingitan
Pantun Melayu

Sirih kuning gagang layu,
Hentam panas sembilan
bulan;
Sirih kuning hajat aku,
Hendak bertemu dengan
tuan.
Sirih puan depan tangga,
Menyambung datang
orang merhaban;
Tanya puan dijawab duka,
Bunga di jambangan telah
kepunyaan.
Sirih tidak pinang tidak,
Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
Saja hamba berulang-alik.
Tanam pinang tanam
kelapa,
Tanam selasih lumpur liat;
Bercerai tungng tidak
mengapa,
Bercerai kasih jangan
dibuat.
Tatang puan tatang cerana,
Tatang duduk Seri Rama;
Datang tuan datanglah nyawa,
Datang duduk bersama-sama.
Tebas ladang tanamkan kobis,
Tanam sirih buatkan para;
Berapa tenang hati terhiris,
Murung sedih terimbas juga.
Makan sirih berpinang tidak,
Pinang ada di atas batu;
Sudah dipilih dipinang tidak,
maklumlah saya dagang piatu.



Rangkaian Senjata
Keris-Muzium Negara
Paul's Keris Page
Kerises
Indonesian Myth
Indonesian Antiques
The Javanese Kris
Javanese Kris
The Keris
Traditional Malay Weapons
Keris:The Heirloom
Parang Lading Cekak Hanafi
Parang Lading Cekak Malaysia
House of Keris
Silat Home Page
Scott Morrow's Kris Photographs
Tourism Malaysia
The Tuah Legend
Laci Szabo-kerambit
Traditional Malay Weapons
Pedang Indonesia
Primitive Destinations International
Keris
Kerises (Laman Keris terbesar!)
Keris










Keris-Muzium Negara Malaysia

Petikan diambil dari laman web
http://www.museum.gov.my/senjata/keris.htm
Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan
Melayu yang digunakan sejak lebih daripada 600
tahun dahulu. Ia digunakan untuk
mempertahankan diri dan sebagai alat kebesaran
diraja. Keris selalu dikaitkan dengan kesaktian
dan keistimewaan luar biasa dimana kononnya
boleh membunuh dengan menikam bekas tapak
kaki musuh berkenaan.

Keris terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mata,
hulu dan sarung. Jenis-jenis keris dibezakan
dengan ciri-ciri tersebut dan mempunyai nama
yang unik mengikut ciri-ciri dan juga asal usulnya.

Sebilah keris yang dijumpai pada dinding candi Borobodor, Indonesia
mungkin menunjukkan bahawa asal usul keris adalah dari Jawa. Keris
yang tertua sekali adalah dipercayai Keris Majapahit.(gambar di sebelah
kanan atas)

Keris boleh dikenali jenisnya pada bahagian Hulu, Sarung dan Mata
ataupun ketiga-tiganya sekali. Namun demikian jenis keris jarang dikenali
mengikut ketiga-tiga bahagiannya, kebiasaannya hanya 2 bahagian
sahaja dirujuk.

Antara jenis-jenis keris yang dipamerkan ialah Keris Jawa/Bentuk
Wayang, Keris Madura, (gambar bawah kiri) Keris Panjang (gambar kiri)
dan Keris Bugis.(gambar kiri)

Karya seni yang tinggi dapat dilihat pada kepelbagaian jenis mata keris
lurus dan berluk, ukiran dan perhiasan yang kreatif pada hulu dan
sarungnya. Terdapat mata keris yang berbentuk seperti lidah api, dan
sarung serta hulunya yang mempunyai bentuk dan rekacorak yang
harmonis menunjukkan gabungan seni ukiran, seni pahat dan seni
patung yang kaya mutunya. Kesemua hasil seni ini memerlukan seni
ketukangan yang tinggi dan kepakaran yang mendalam. Antara keris-
keris yang dipamerkan ialah Keris Semenanjung dan Keris Pekaka.

Senjata-senjata yang dipamerkan merupakan senjata kegunaan harian
masyarakat Malaysia. Antaranya ialah pisau kait kelapa dan pinang,
pisau raut, parang puting, parang tapeh, parang tebu, golok sembelih
lembu, golok potong keropok, golok rembau dan sadap daun gambir.



Lembing diperbuat daripada kayu lurus berukuran 6 kaki panjang dan
dipasang dengan mata lembing seperti pisau di satu pangkal. Mata
lembing ini dimasukkan ke dalam batang kayu dan diperkuatkan dengan
ikatan rotan atau simpai logam. Lembing yang terdapat di Malaysia
kebanyakan bermata tajam yang diperbuat daripada kayu atau buluh.
Lembing bermata logam yang pada asalnya diperbuat samada daripada
kuprum atau gangsa dan kemudian digantikan dengan besi atau besi
waja, telah digunakan di Malaysia semenjak berkurun dahulu. Kini
lembing hanya digunakan untuk upacara rasmi dan istiadat diraja sahaja.
Senjata di alam Melayu merupakan antara senjata dunia yang paling misteri. Sebilah keris di mata orang Melayu
tidak sama dengan mata orang asing. Setiap senjata Melayu mempunyai adat dan adab penggunaannya, dari
ukurannya kepada pantang larangnya. Untuk menceritakan perihal senjata melalu bacaan atau Internet bukanlah
cara terbaik mengenali senjata seperti keris, parang, tembung, lading, tombak, tumbuk lada dan lain-lain. Ia perlu
berguru.

Anda mungkin juga menyukai