Anda di halaman 1dari 4

KOMUNIKASI AWAM

Komunikasi awam ialah komunikasi yang melibatkan individu dengan sebilangan besar
manusia lain seperti memberi taklimat, ucapan ,ceramah dan media massa.Komunikasi awam
adalah satu proses berkomunikasi antara seorang pengucap, pendengar atau hadirin. Komunikasi
awam melibatkan penghantaran mesej dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Selain itu,
komunikasi awam awam bukan sahaja menyampaikan mesej daripada maksud percakapan tetapi
juga melalui bahasa badan, penampilan dan tingkah laku serta etika. Komunikasi awam yang
baik mampu membolehkan perpindahan idea dan perasaan secara berkesan daripada pengucap
kepada pendengarnya. Kemahiran dalam memastikan penyampaian idea dan perasaan begini
merupakan satu kelebihan kepada pengucap kerana berjaya mempunyai kebolehan dan
keupayaan dalam mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku pendengar terhadap apa yang ingin
disampaikan oleh pengucap.

Komunikasi yang dilakukan dalam ruang lingkup yang lebih besar. Pengucap akan
menyampaikan mesej kepada audiens yang ramai bilangannya. Pengucap akan menyampaikan
mesej secara teratur dan berstruktur. Saluran-saluran yang lebih jelas seperti suara yang lantang,
bahasa badan yang lebih nyata untuk menarik minat audiens untuk mendengar dan memberi
tindak balas. Gaya penyampaian merangkumi, intonasi, nada suara, kata-kata penghadapan,
mendahulukan perkara utama dan bahasa yang digunakan haruslah mudah, padat, tegas dan
berkesan.

Pengucap juga boleh menggunakan saluran visual tambahan seperti slaid, carta singkap,
trasparensi, power point, poster, model dan sebagainya. Maklum balas yang diterima amat
terhad. Biasanya audiens memberi maklum balas bukan secara lisan seperti tepukan , anggukan,
senyuman dan sebagainya.

Proses komunikasi amat penting dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada individu
lain. Apatah lagi dalam dunia pendidikan. Tidak dapat dinafikan lagi peranan komunikasi dalam
bidang pendidikan memberikan impak yang besar kepada guru dan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru yang memiliki kemahiran berkomunikasi akan
dipandang sebagai seorang yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Mereka dapat menarik
minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bahkan
kemahiran berkomunikasi merupakan satu bonus kepada seorang guru untuk menarik perhatian
pelajar dan mendampingi pelajar sekaligus dapat merapatkan jurang di antara mereka.

Pengucap perlulah mempunyai kemahiran berucap atau berpenampilan menarik untuk
menarik perhatian pendengar. Kelebihan ini akan membuatkan pendengar mahu menerima apa
yang hendak disampaikan oleh pengucap tersebut. Dengan ini, kerja pengucap untuk menarik
para pendengar akan menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, seorang penceramah motivasi pelajar
sekolah perlulah mempunyai perwatakan yang santai dan pandai memancing perhatian pelajar
sekolah. Penceramah motivasi tersebut tentunya mendapat sambutan jika dia berjaya menambat
hati para pelajar .

Semasa aktiviti pengajaran di dalam kelas, seorang pendidik yang menggunakan
komunikasi awam dalam pengajaran bahasa Melayu perlu mempunyai suara yang lantang dan
intonasi yang boleh menarik minat pelajar untuk mendengar apa yang hendak disampaikan.
Suara yang mendatar tanpa intonasi sangatlah membosankan dan merupakan satu halangan
dalam komunikasi berkesan. Contohnya, jika guru mengajar murid berpidato yang memerlukan
suara yang lantang.

Bahasa badan pengucap (guru) mampu mempengaruhi sesebuah komunikasi kerana dengan
menguntum senyuman dan menggunakan pergerakan tangan yang sederhana, seorang guru akan
kelihatan lebih berkeyakinan ketika berucap. Senyuman yang manis dan sapaan yang mesra akan
menjadi satu permulaan yang baik untuk sebuah komunikasi yang positif. Jadi, seorang guru
yang akan menyampaikan maklumat hendaklah mempunyai bahasa badan yang menarik. Mimik
muka dan pertentangan mata juga memainkan peranan yang penting.

Ekspresi muka memberi kesan kepada pelajar dan intonasi suara ketika bercakap,
berkerut, senyum dan sebagainya, Bahasa badan juga penting dalam komunikasi awam. Mimik
muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah
dan marah apabila emosi tinggi. Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact
yang sesuai. Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah yang
terlalu serius.. Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis. Ekspresi muka sangat
penting ketika aktiviti bercerita dijalankan di dalam darjah. Teknik ini sangat disukai oleh
murid-murid ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Seorang guru perlu mengambil kira latar belakang mengenai pelajarnya yang hendak
disampaikannya. Dalam erti kata lain , guru perlu tahu tahap pelajar mengikut umur dan tahap
kecerdasannya. Dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai mengikut umur, para pelajar
dapat memahami mesej yang hendak disampaikan oleh guru. Dengan menggunakan bahasa yang
mudah difahami, para pendengar akan berasa seronok kerana mereka faham dengan
penyampaian isi kandungan penutur atau penceramah. Dengan ini, komunikasi yang berkesan
akan berlaku kerana berlaku hubungan dua hala yang aktif dan positif antara pengirim dan
penerima mesej.

Kesimpulannya komunikasi awam juga menarik dan sesuai dijalankan di dalam kelas
sewaktu pengajaran Bahasa Melayu di dalam kelas, lebih-lebih lagi guru yang menjadi pengucap
berjaya menarik minat murid dengan menggunakannya secara bijaksana.

Anda mungkin juga menyukai