Anda di halaman 1dari 10

TAHUN 4

RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN
TAHUN 4 Ibnu Khaldun
MASA (60 minit) 8.20 9.20 pagi
MATA PELAJARAN Pendidikan Moral
TEMA/ TAJUK Melaksanakan Tanggungjawab Sebagai Jiran
NILAI UTAMA Bertanggungjawab
NILAI SAMPINGAN Hormat
STANDARD
KANDUNGAN
3.1
STANDARD
PEMBELAJARAN
3.1.1, 3.1.3, 3.1.4
OBJEKTIF
PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran murid dapat
Kognitif : Menyatakan secara lisan dan bertulis
sekurang-kurangnya 3 contoh melaksanakan
tanggungjawab kepada jiran
Afektif : Menyatakan perasaan apabila
melaksanakan tanggungjawab kepada jiran
Psikomotor : Mempraktikkan peranan sebagai jiran
dalam pelbagai situasi
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Set induksi : (5 minit)
1. Murid menonton video yang bertajuk Jiran
Terbaik.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang
video dan mengaitkannya dengan
pembelajaran pada hari ini.

Aktiviti : (40 minit)
1. Murid dipilih secara rawak untuk
menyatakan tanggungjawab kepada jiran
2. Guru menayangkan slide power point
tentang tanggungjawab kepada jiran dan
membandingkannya dengan jawapan murid.
3. Murid bermain permainan kotak beracun,
murid dibahagikan dalam kumpulan dan
setiap kumpulan perlu memilih kad yang
terdapat dalam kotak beracun.
4. Murid melokankan situasi yang tertulis pada
kad.
5. Guru membimbing murid. Dan menerapkan
nilai murni. Murid menyatakan perasaan
mereka.
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJRAN
Penilaian : (10 minit)
1. Murid melengkapkan lembaran kerja

Penutup : (5 minit)
1. Guru mengimbas kembali pembelajaran
pada hari ini dan mengingatkan murid
untuk mempraktikkan apa yang dipelajari
di rumah.
Tanggungjawab Terhadap Jiran
Menolong jiran apabila mereka berada dalam
kesusahan
Memerhatikan rumah jiran sekiranya mereka tiada di
rumah
Memberi makan kepada haiwan peliharaan jiran jika
mereka tiada di rumah
Perasaan Melaksanakan
Tanggungjawab Terhadap Jiran
Berasa seronok dapat mengenali dan berbual dengan
jiran
Berpuas hati dan berasa bangga jika dapat membantu
mereka
Contoh Situasi
1. Jiran anda sedang bergesa-gesa mengangkat kain
kerana hari hendak hujan. Apakah reaksi anda?
Lakonkan situasi tersebut.
2. Jiran anda merupakan seorang warga emas yang
tinggal bersendirian. Suatu hari jiran anda jatuh
sakit. Sebagai jiran apakah tindakan anda?
Lakonkan situasi tersebut.
3. Anda terlihat jiran anda baru pulang dari pasar
membawa barang yang banyak. Apakah tindakan
anda?. Lakonkan.
Lembaran Kerja
Bulatkan pilihan jawapan yang betul.
1. Jika anda mengetahui jiran anda sedang sakit apakah yang akan anda lakukan?
a. Menziarahinya di rumah
b. Buat tidak tahu kerana kamu tidak nampak
2. Jiran kamu sedang melancong. Kamu?
a. Gembira kerana jiran tiada di rumah
b. Mengawasi rumah jiran ketika mereka tiada
3. Anda melihat kucing jiran sedang kelaparan. Apakah yang akan anda lakukan?
a. Memberikan makanan kepada kucing itu.
b. Membiarkan ia kelaparan
4. Jiran baru anda sedang sibuk mengangkat barang baru ke dalam rumah. Anda?
a. Melihat dari jauh
b. Bersama-sama jiran mengangkat barang
5. Hari hendak hujan. Jiran anda tergesa-gesa mengangkat kain dari jemuran. Apakah tindakan
anda?
a. Melihat dari dalam rumah
b. Membantu jiran mengangkat kain

Anda mungkin juga menyukai