Anda di halaman 1dari 1

Psikologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana manusia belajar dalam latar

pendidikan, keberkesanan campur tangan pendidikan, psikologi pengajaran, dan


psikologi sosial sekolah sebagai pertubuhan. Walaupun istilah "psikologi pendidikan"
dan "psikologi sekolah" seringnya digunakan sebagai sinonim untuk satu sama lain, para
penyelidik dan ahli teori cenderung dikenali sebagai ahli psikologi pendidikan, manakala
pengamal di sekolah atau dalam keadaan berkait sekolah dikenali sebagai ahli psikologi
sekolah. Psikologi pendidikan melibatkan diri tentang bagaimana pelajar belajar dan
berkembang, seringnya dengan menumpukan subkumpulan seperti kanak-kanak
bergeliga dam mereka yang kehilangan upaya.
Sebahagian psikologi pendidikan dapat difahami menerusi hubungannya dengan disiplin-
disiplin yang lain, khususnya bidang psikologi. Ia memiliki hubungan dengan disiplin
psikologi yang seolah-olah hubungan antara perubatan dengan biologi, atau kejuruteraan
dengan fizik. Psikologi pendidikan pula menjelaskan berbagai-bagai bidang dalam kajian
pendidikan, termasuk reka bentuk pengajaran, teknologi pendidikan, perkembangan
kurikulum, pembelajaran organisasi, pendidikan khas, dan pengurusan bilik darjah.
Psikologi pendidikan meminjam daripada bidang sains kognitif dan sains pembelajaran,
serta dan menyumbang kepadanya. i uni!ersiti, jabatan psikologi pendidikan biasanya
terletak di ba"ah fakulti pendidikan dan disebabkan ini, mungkin mengakibatkan
kekurangan kandungan psikologi pendidikan dalam buku teks pengenalan psikologi

Anda mungkin juga menyukai