Anda di halaman 1dari 5

2.

0 Pemodenan oleh Barat


Bangsa Melayu dianggap sebagai sebuah bangsa yang diberi dan dibina oleh
kolonial. Ilmu kolonial merupakan suatu aliran pemikiran yang memberi penekanan
terhadap impak dan signifikan penjajahan barat ke atas pelbagai aspek di negara
jajahannya sama ada dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial dan kebudayaan.
Para pendukung ilmu ini berpendapat bahawa bangsa yang dinamakan sebagai
bangsa Melayu itu sebenarnya suatu ciptaan penjajah British.
1
Proses penciptaan
bangsa Melayu ini dikatakan telah dimulai oleh Stamford Raffles pada awal abad ke-
19.
2.1 Pentadbiran
Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Portugis telah
menduduki Melaka selama 130 tahun iaitu dari 1511 hingga 1641. Semasa
zaman pemerintahan Portugis, sistem pentadbiran adalah bercorak
ketenteraan.dan awam. Wizurai (Viceroy) yang bertanggungjawab menyusun
sistem pentadbiran Portugis di Melaka adalah Alfonso dAlbuquerque.
Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka yang dilantik oleh Raja Portugal untuk
bertugas selama 3 hingga 4 tahun. Beliau dipilih dari kalangan golongan
Fidalgo iaitu golongan bangsawan Portugal. Seorang Kapten Angkatan Laut
juga dilantik sekaligus sebagai timbalan kepada Kapten Kota. Golongan
tentera diketuai oleh Kapten Jeneral dan dibantu oleh golongan Feitor.
Kapten Kota dan timbalannya akan dibantu oleh Majlis Penasihat terdiri
daripada 3 badan utama iaitu Hal Ehwal Militer, Majlis Pentadbiran Sivil dan
Kewangan serta Pentadbiran orang tempatan. Apabila Portugis menakluki

1
Misalnya, Vickers (1997) menyatakan bahawa bangsa Melayu yang kita kenali pada hari ini adalah suatu
ciptaan. Ia dicipta melalui kekuasaan ilmu kolonial, wacana dan definisi mereka untuk membezakan orang
Melayu daripada bangsa-bangsa lain.
Melaka, sistem beraja telah diruntuhkan dan digantikan dengan pentadbiran
mereka.
Pemerintahan pada zaman penjajahan Belanda diketuai oleh
Gabenor. Gabenor ini akan dibantu oleh tiga badan utama iaitu Majlis, Majlis
Keadilan dan Majlis Khas Agama. Majlis akn dibantu oleh pegawai yang
terdiri daripada pemungut hasil, ketua cawangan, datuk bandar, ketua
perdagangan dan seorang setiausaha. Penguasaan Belanda di Melaka
menyebabkan terhapusnya sistem Kesultanan Melayu Melaka.
Semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura
telah digabungkan menjadi Negeri-Negeri selat (NNS). Negeri-negeri Melayu
terbahagi kepada dua iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-
negeri Melayu Tidak Bersekutu. British telah memperkenalkan pelbagai
perubahan seperti sistem kehakiman Barat, pelaksanaan sistem pengutipan
cukai, pembahagian negeri kepada beberapa daerah dan penubuhan balai
polis.
2.2 Pendidikan
Kedatangan penjajah ke Tanah Melayu sejak penjajahan Portugis ke
atas Melaka pada tahun 1511, telah mengubah landskap sistem pendidikan
di Tanah Melayu. Selepas Portugis menjajah Melaka, agama Kristian telah
diajar untuk orang Portugis dan penduduk Melaka yang beragama
Kristian. Apabila Belanda mengambil alih Kerajaan Melaka daripada Portugis,
mereka juga turut mengaitkan soal pelajaran agama Kristian. Kedatangan
Portugis dan Belanda ke Tanah Melayu tidak banyak mengubah sistem
pendidikan tradisional. Perubahan yang amat ketara berlaku apabila Inggeris
mula menguasai negeri-negeri Melayu.
Boleh dikatakan bahawa sistem pendidikan pada zaman sekarang
adalah warisan daripada sistem pendidikan zaman penjajahan British.
Amalan dan dasar pendidikan ini didapati sukar diubah corak dan strukturnya.
Ia seolah-olah sudah sebati atau sudah menjadi norma masyarakat pada hari
ini. Dasar laissez-faire Inggeris dalam bidang pendidikan telah mewujudkan
lima jenis persekolahan dalam zaman pemerintahannya.
2
Antara sekolah
tersebut ialah sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah
vernakular Tamil, sekolah Inggeris dan sekolah agama madrasah. Vernakular
bermaksud bahasa pengantarnya ialah bahasa ibunda.
2.3 Undang-undang
Tanah Melayu suatu ketika dahulu telah dijajah oleh Portugis,
Belanda, British dan Jepun. Pada zaman pemerintahan Portugis, hukuman
bagi kes-kes jenayah dijatuhkan oleh Ovidor (hakim besar) atau seorang
majistret tetapi mestilah mendapat pengesahan daripada Gabenor dan
dijalankan dengan perintah Gabenor atau Ovidor. Dalam menguruskan
perkara-perkara yang penting, Gabenor sendiri yang mengetuai Mahkamah
Majistret.
3
Bagi orang Asia, mereka tertakluk kepada bidang kuasa
Bendahara iaitu satu jawatan yang ditiru dari zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
4
Kawasan Naning dan Linggi di bawah penguasaan Temenggung.
Mereka hanya mempunyai bidang kuasa sivil dan jenayah yang melibatkan
penduduk daerah. Pentadbiran orang Asia yang bukan beragama Kristian
ditangani oleh ketua-ketua mereka manakala orang Portugis pula diletakkan
di bawah bidang kuasa hakim Portugis.

2
Sufean Hussin. 1996. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm. 5.
3
Noor Aziah Mohd Awal. 2003. Pengenalan kepada Sistem Perundangan di Malaysia. Selangor: International
Law Book Services. hlm. 20.
4
Ibid. hlm. 20.
Semasa pemerintahan Belanda, undang-undang adat Melayu berkuat
kuasa sepenuhnya. Bagi orang bumiputera, mereka dibenarkan untuk
mengamalkan adat dan undang-undang mereka sendiri. Bagi penduduk
berbangsa Eropah pula, undang-undang yang terpakai kepada mereka ialah
Colonial Statutes yang berasal dari Belanda. Pada tahun 1720, Lembaga
Pengarah Syarikat Hindia Timur Belanda telah memarahi kerajaan di Melaka
kerana beberapa kesilapan dalam pentadbiran keadilan.
5
Kemudian, para
pegawai membuat aduan bahawa mereka tidak diberikan arahan yang
mencukupi berkenaan dengan pentadbiran undang-undang, malah
kekurangan buku berkaitan pentadbiran undang-undang. Oleh yang
demikian, banyak buku yang dikirim ke Melaka untuk dijadikan panduan oleh
Mahkamah Keadilan di Melaka.
Sewaktu kedatangan Inggeris, Pulau Pinang merupakan wilayah
pertama di Tanah Melayu yang diperoleh. Matlamat awal pentadbiran
undang-undang Inggeris pada masa itu adalah untuk memelihara keadaan
ketenteraman awam.
6
Pada zaman pemerintahan British, banyak perubahan
dari segi undang-undang telah dilakukan. Penjajah Inggeris mengenepikan
undang-undang Islam dan adat Melayu dan menggantikannya dengan
undang-undang Inggeris di Tanah Melayu. Terdapat dua cara yang
digunakan untuk memasukkan elemen Inggeris dalam perundangan iaitu
yang pertamanya dengan mengadakan undang-undang yang memerlukan
undang-undang Inggeris itu cara yang kedua adalah dengan mengadakan
mahkamah diketuai oleh hakim-hakim yang dapat mentadbir dan ada kalanya
memasukkan undang-undang Inggeris.

5
Ibid. hlm. 21.
6
Zaini Nasohah. 2004. Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia: Sebelum dan Menjelang Merdeka.
Kuala Lumpur: Utusan Publicataions & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 20.
Di Negeri-negeri Selat (NNS), Piagam Keadilan telah digubal iaitu
Piagam pertama pada tahun 1807 di Pulau Pinang, Piagam Kedua pada
tahun 1826 merangkumi ketiga-tiga NNS, manakala Piagam ketiga pada
tahun 1855 yang memperkenalkan undang-undang Inggeris yang baru. Di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB), undang-undang Inggeris diguna
pakai dalam perkara-perkara yang tidak diperuntukkan dalam undang-undang
tempatan. Undang-undang Adat digantikan dengan Kanun Keseksaan India
dan Kanun Tatacara Jenayah India. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NMTB) tidak pernah secara formal menerima undang-undang Inggeris.
Namun begitu, negeri-negeri tersebut tetap menerima pengaruh undang-
undang Inggeris melalui Enakmen undang-undang sivil NMB 1937 yang
dilanjutkan ke NMTB melalui Ordinan Undang-undang Sivil 1951.

Anda mungkin juga menyukai