Anda di halaman 1dari 4

JUNAIDA BINTI SHUKOR

PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2012


PRAKTIKUM FASA 1 JANUARI - MEI 2014
IPG KAMPUS PERLIS






SJK (T) SG. TOK PAWANG, 08100 BEDONG,
KEDAH DARUL AMAN
1





1.0 PENGENALAN

Setelah hampir sebulan menjalani praktikum bagi Fasa 1 di SJKT Sg. Tok
Pawang, saya mendapati banyak info dan maklumat serta pengalaman dalam dunia
pendidikan. Ekoran itu, satu laporan penuh telah disediakan dan data yang telah
dikumpul dan direkodkan telah dianalisis berdasarkan jadual, laporan dan gambar yang
telah disediakan. Penganalisian data ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti
sebarang kelemahan dan kekuatan sepanjang pengajaran saya selama 12 minggu
berlangsung.

Selain itu, ianya juga bertujuan mengenalpasti adakah pelajar dapat menerima
pengajaran yang telah saya sampaikan dengan baik ataupun tidak. Kelemahan dan
kekurangan yang dihadapi telah berjaya diatasi sedikit demi sedikit sehingga saya
berpuas hati dengan hasil pembelajaran yang diterima murid.






JUNAIDA BINTI SHUKOR
PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2012
PRAKTIKUM FASA 1 JANUARI - MEI 2014
IPG KAMPUS PERLIS






SJK (T) SG. TOK PAWANG, 08100 BEDONG,
KEDAH DARUL AMAN
2




2.0 STRATEGI DAN MATLAMAT
2.0.1 PERSEKITARAN SEKOLAH DAN KOMUNIKASI WARGA SEKOLAH
Hampir sebulan saya berada di SJKT Sg. Tok Pawang, interaksi dan komunikasi
bersama warga sekolah tidak menjadi masalah bahkan kerjasama oleh semua pihak di
sekolah tersebut begitu positif dan membangun. Ianya juga satu persediaan bagi saya
bagaimana cara dan langkah yang terbaik untuk membina hubungan yang positif dan
membangun dalam persekitaran sekolah khususnya sekolah jenis kebangsaan ini.
2.0.2 PENYEDIAAN BUKU RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini perlu penambahbaikan lagi
bagi semester akan datang kerana banyak aspek dan elemen yang masih saya gagal
masukkan dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
Walaubagaimanapun, penulisan Rancangan Pengajaran Harian ini masih boleh
diterima dan boleh dijadikan panduan untuk semester yang akan datang.
2.0.3 PEDAGOGI BILIK DARJAH
Saya mendapati bahawa kemahiran set induksi merupakan satu kemahiran yang perlu
dikuasai oleh seorang guru bagi menarik minat dan perhatian murid untuk mengikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sepanjang hari tersebut. Dalam
langkah set induksi saya banyak menggunakan bahan ransangan seperti gambar serta
nyanyian bagi menarik perhatian murid. Melalui gambar yang ditunjukkan saya
timbulkan beberapa soalan untuk meransang jawapan murid berdasarkan gambar yang
telah ditunjukkan seterusnya membuat perkaitan dengan isi pelajaran yang saya
sampaikan pada hari tersebut. Selain menggunakan teknik penyoalan yang sesuai
JUNAIDA BINTI SHUKOR
PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2012
PRAKTIKUM FASA 1 JANUARI - MEI 2014
IPG KAMPUS PERLIS






SJK (T) SG. TOK PAWANG, 08100 BEDONG,
KEDAH DARUL AMAN
3




dengan tahap murid dalam kelas tersebut, saya juga menggunakan teknik
perbincangan dalam kumpulan bagi menggalakkan perkongsian idea dan pendapat
dalam kalangan murid. Kemahiran menerang juga perlu dilaksanakan di dalam kelas
kerana murid bukan Melayu ini memerlukan seratus peratus bimbingan guru dalam
memahami isi atau konteks pembelajaran yang ingin disampaikan. Saya juga telah
menukarkan daripada menggunakan bahan ransangan seperti gambar serta nyanyian
kepada aktiviti permainan bahasa seperti teka huruf dan permainan puzzle bagi
menarik perhatian murid. Saya juga cuba mengaplikasikan teknik simulasi di dalam bilik
darjah dengan mengadakan sesi lakonan dalam P&P. Hasil permainan bahasa tersebut
saya kaitkan dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Ternyata keberkesanan
permainan bahasa ini lebih mendalam jika dibandingkan menggunakan bahan
ransangan seperti gambar.

2.0.4 PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF SERTA
KAWALAN KELAS
Secara keseluruhannya dalam masa sebulan ini, kawalan dan persekitaran bilik
darjah saya dalam keadaan yang terkawal. Semua murid Tahun 4 Jeyam memberi
kerjasama yang padu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kemungkinan
disebabkan faktor seperti komunikasi antara saya dan murid berjalan dengan lancar
dan saya mampu menarik perhatian mereka untuk menumpukan perhatian dalam P&P.


JUNAIDA BINTI SHUKOR
PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2012
PRAKTIKUM FASA 1 JANUARI - MEI 2014
IPG KAMPUS PERLIS






SJK (T) SG. TOK PAWANG, 08100 BEDONG,
KEDAH DARUL AMAN
4




2.0.5 PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dari semasa ke semasa objektif pengajaran dan pembelajaran yang saya
ketengahkan semakin tercapai. Murid-murid semakin cuba mengambil bahagian dalam
mana-mana aktiviti yang saya sediakan. Mereka menunjukkan keseronokkan mereka
mengikuti P&P yang saya sediakan. Secara keseluruhannya pengajaran dan
pembelajaran yang saya laksanakan dalam bilik darjah mencapai objektif yang telah
ditetapkan selama sebulan saya menjalani praktikum bagi Fasa 1 ini.

Anda mungkin juga menyukai