Anda di halaman 1dari 5

INOVASI PEDAGOGI: KAEDAH/ TEKNIK/ STRATEGI

STRATEGI PENGAJARAN: MODEL+ BIMBING + CUBA


Strategi pengajaran murid berkeperluan khas yang diamalkan oleh ePKhas adalah
strategi yang dipanggil sebagai strategi ModelBimbingCuba (Hakmilik 2007
ePKhas). Strategi pengajaran ModelBimbingCuba terdiri daripada TIGA langkah,
iaitu:
Guru Memodel
Guru Membimbing Murid
Murid Mencuba Secara Berdikari
MODEL
Strategi Model memerlukan guru pendidikan khas untuk menunjuk atau
memodel sesuatu kemahiran/konsep yang hendak dipelajari kepada murid secara
jelas dan nyata.
Model yang biasa: guru
Model lain yang mungkin: murid lain, video-modeling, simulasi komputer.
Selepas guru memodel, guru boleh meminta murid lain untuk memodel beberapa
kali lagi. Ini meneguhkan lagi konsep untuk murid yang masih belum tangkap.
Ulangan memodel menolong murid yang jadi pemodel dan juga menolong muird lain
yang sedang melihat. Selain daripada manusia, model mungkin adalah dalam
bentuk penggunaan video ataupun simulasi komputer.
BIMBING
Strategi Bimbing, memerlukan guru memberi sokongan atau bantuan kepada murid
berkeperluan khas semasa murid mencuba melaksanakan tugasan yang hendak
dipelajari. Langkah ini biasanya memerlukan guru membuat tugasan bersama murid
dan selepas murid lebih arif untuk melaksanakan tugasan dengan lebih berdikari,
guru akan pudarkan bimbingan tersebut secara beransur-ansur. (Bimbing -> pudar).
Untuk murid aliran perdana, tahap ini mungkin cepat dan ringkas, tetapi untuk murid
khas, tahap BIMBING ini adalah tahap yang amat penting untuk membolehkan murid
dapat menguasai kemahiran yang sedang diajarkan. Bimbingan yang paling
maksima adalah guru buat bersama murid secara 'tangan atas tangan'. Bimbingan
boleh dipudarkan sehingga hanya klu verbal atau tanda isyarat (gestures) sahaja
diberikan oleh guru.
CUBA
Strategi yang terakhir adalah strategi Cuba. Strategi ini menggalakkan murid untuk
mencuba melaksanakan tugasan tersebut secara berdikari. Langkah Cuba ini
digunakan juga sebagai langkah pengujian untuk mengetahui tahap penguasaan
murid.
Langkah Mempersembahkan Maklumat Baru untuk guru merancang strategi
memodel tugasan atau isi pelajaran yang hendak disampaikan kepada murid
berkeperluan khas. Langkah Latihan Dengan Bimbingan untuk guru menerangkan
strategi yang akan digunakan untuk membimbing atau menyokong murid semasa
murid melaksanakan tugasan. Langkah Latihan Kendiri untuk guru menerangkan
latihan yang disediakan untuk murid melaksanakan tugasan secara berdikari.












INOVASI PEDAGOGI: KAEDAH/ TEKNIK/ STRATEGI
MODEL PENGAJARAN
MODEL PENGAJARAN ePKhas-Lee (Hak Milik 2007 ePKhas)
menggabungkan elemen pengajaran terus dengan elemen multimedia untuk
menghasilkan rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap keupayaan
murid berkeperluan khas. Pengajaran berasaskan Model Pengajaran ePKhas-Lee
menggunakan templat Rancangan Pengajaran ePKhas-Lee (RPH ePKhas-Lee)
untuk membuat perancangan (Lee, Mei 2009). RPH ePKhas terdiri daripada tujuh
peringkat dan peringkat pengajaran ini disokong secara semantik dan secara
pedagogi oleh sumber pembelajaran multimedia yang berkaitan (Lee, Mac
2009).Strategi pengajaran ePKhas iaitu strategi ModelBimbingCuba digunakan
untuk mengajarkan kemahiran/pengetahuan kepada murid berkeperluan khas.
Model Pengajaran ePKhas-Lee ini dibina berasaskan kepada teori pengajaran , teori
psikologi murid berkeperluan khas, teori pembelajaran multimedia serta hasil kajian
empirikal yang terbukti berkesan.












INOVASI PEDAGOGI: BAHAN BANTU BELAJAR
GALERI GAMBAR
Murid berkeperluan khas biasanya perlu sokongan gambar untuk memahami
sesuatu yang hendak dipelajari. Kerap kali maklumat daripada gambar
atauvisual lebih senang ditangkap oleh murid bermasalah pembelajaran berbanding
dengan hanya maklumat lisan. Murid autisme biasanya memerlukan sokongan
gambar untuk memahami sesuatu perkara. Penerangan lisan ditambah dengan
sokongan gambar merupakan kaedah yang sesuai untuk mengajar murid
bermasalah pembelajaran.
Gambar di Internet biasanya gambar dari luar negara dan mungkin tidak
sesuai untuk murid kita sebab gambar-gambar tersebut tidak mencerminkan budaya
tempatan. Di samping itu, gambar yang biasa tidak mempunyai murid berkeperluan
khas, seolah-olah murid berkeperluan khas tidak wujud dalam komuniti
kita. Gambar-gambar di ePKhas cuba menginklusifkan murid berkeperluan khas.
Satu Galeri Gambar telah dibina di ePKhas supaya guru pendidikan khas
rantau ini boleh muat turun dan menggunakan gambar-gambar tersebut sebagai
bahan pembelajaran di kelas. Gambar-gambar disediakan dalam dua format, iaitu
hitam-putih dan berwarna supaya nilainya sebagai bahan pengajaran bertambah.

Anda mungkin juga menyukai