Anda di halaman 1dari 8

KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

DI MAKKAH
Pengenalan:
Tamadun Awal Dunia secara umum terletak di Sungai Tigris, Euphrates, Nil, Hwang Ho, dan Indus.
Berbeza dengan Tamadun Islam . wujud di yempat terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan
kering kontang Hijjaz. Ia berasaskan pemikiran dan ajaran agama anugerah Allah kepada
manusia. Perkembangan tamadun islam diikuti bersama perkembangan tamadun Parsi dan Rom.

Masyarakat Arab Jahiliyah
Jahiliyah berasal dari perkataan arab jahala bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak
mempunyai ilmu pengetahun.
Masyarakat Jahilioyah masyarakat arab yang hidup selepas runtuhnya empangan Maarib di Sabak
sehingga turunya wahyu kepada Nabi Muhamad saw. Jangka masa lebih kurang 310 tahun dari
300sm hingga 610sm.
Sebab empangan maarib runtuh : berlaku banjir besar, kelalaian pemimpin sabak untuk
membaikinya.
Kerajaan sabak : 2 peringkat 950 650 sm, 650 115 sm. Ekonominya berasaskan pertranian, dan
perdagangan. Pernah diterajui oleh Ratu Balqis.
Dikatakan jahiliyah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran nabi dan
rasul sebelumnya.
Zaman jahiliyah dianggap zaman kegelapan kerana tidak sembah allah. Keadaannya kucar-kacir
Akhlaknya rendah spt kejam, angkuh, dan degil sebab tiada petunjuk dan pembimbing spt nabi dan
rasul serta kitab suci..
Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah.
1. Dua golongan : Arab Badwi dan Arab Hadari. Arab Badwi tinggal di gurun dan pedalaman.
Bahagian Tengah Semenanjung Arab. Arab Hadari menetap di kawasan pesisiran pantai.
2. Ciri-cirinya dapat dilihat dari aspek agama, ekonomi , kepercayaan, nilai hidup dan sosial.
a. Amalkan perbuatan berzina, berjudi, dan meminum arak.
b. Kedudukan waanita rendah sehingga tidak dapat mewarisi harta pusaka.
c. Menanam bayi perempuan percaya ia pembawa sial kepada keluarga.
d. Perkahwinan tidak ada peraturan khusus. Lelaki boleh berkahwin dengan seberapa banyak wanita
sekali gus, begitu juga wanita.
e. Aktiviti perniagaan berasaskan riba dan penindasan.Lebih pentingkan untung.
f. Merompak kafilah antara punca pencarian. Merompak satu kewajipan dalam kabilah Kafilah
sekumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat bertujuan berniaga atau
berpindah.
g. Ekploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin.
h. 4 bentu kepercayaan.
i. Agama wathani menyembah berhala.
ii. Animisme memuja alam
iii. Samawi Kristian dan Yahudi
iv. Kepercayaan menilik nasib, sihir dan percayai roh orang mati menjadi burung.
i. Catatan Al Quran ada sebilangan orang yang menganut agama Hanif Agama yang disampaikan
oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail . Penganutnya digelar Hunafa. Antara pengikutnya ialah Waraqah
bin Naufal, Uthman bin Huwarith, Abdullah bin Jahsh, dan Umaiyah bin Abi Saif. Ada juga yang
mencampurkan agama ini dengan amalan jahiliyah. Beransur-ansur hilang setelah 3500 tahun.
j. Amalkan sistem kabilah hidup berpuak dan berkelompok. Dalam kabilah ada suku dan tinggal
dalam sebuah kawasan. Ada identiti dan peraturannya taasub kepada kabilah masing-masing.
i. Diketuai oleh Sheikh lambang perpaduan kabilah.
1. Syarat Pelantikan sheikh Mesti disukai ahli kabilah
2. Dilantik atas persetujuan ramai
3. Berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai berpidato
ii. Amalan datangkan kesan.
1. Kemunculan semangat assabiah atau kesukuan yang melampau.
a. Berpunca dari sistem kabilah yang berasaskan keturunan.
b. Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal yang kering kontang.
2. Menjadikan kehidupan kucar-kacir dan persengketaan.
3. Peperangan antara kabilah berlaku. Perang Al-Basua selama 40 tahun antara Bani Tagrib dan
bani bakar. Sebab berlaku:
a. Tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh ahli Bani Tagrib



KELAHIRAN MASYARAKAT ISLAM DAN KEISTIMEWAANNYA
Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafa Ar-Rasyidin: Pembentukan Tamadun Islam

Nabi Muhammad s.a.w. diputerakan pada 12 Rabi'l al-Awwal tahun Gajah bersamaan 20 April 571
Masihi, daripada keturunan Quraisy yang merupakan suku Arab yang paling mulia ketika itu. Baginda
merupakan seorang yatim sejak kecil lagi dan setelah ayahanda dan bondanya meninggal dunia,
dipelihara oleh datuk dan bapa saudaranya. Bersesuaian dengan latar belakang kehidupannya,
baginda sejak kecil lagi telah hidup secara berdikari, terdidik dengan sifat sabar dan lasak, sesuai
dengan perjuangan hidupnya di penngkat dewasa yang penuh dengan perjuangan dan nntangan. Di
kalangan masyarakatnya, Nabi Muhammad s.a.w. sangat dihormati sehingga digelarkan sebngai al-
Amin (yang jujur).
Setelah meningkat dewasa baginda selalu mengasingkan din (berkhalwat) dari masyarakat yang
dikasihinya. Ketika itu, masyarakatnya digelar Jahiliah kerana kerosakan akhlak, di samping kejahilan
dari segi kepercayaan dan agama. Semasa pengasingan diri di Gua Hira', berlakulah peristiwa
turunnya wahyu pertama dari Allah s.w.t. kepada baginda iaitu Surah Al 'Alaq. Peristiwa ini berlaku
pada 17 Ramadhan (6 Ogos 610 M) dan merupakan tarikh kelahiran tamadun Islam dan tamatnya
zaman Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab. Dengan turunnya wahyu pertama, Muhammad s.a.w.
dilantik sebagai Nabi dan kemudiannya, apabila turun wahyu yang kedua baginda dilantik sebagai
rasul oleh Allah s.w.t., melalui perantaraan malaikatJibril.

Dalam proses perkembangan dakwah Islam di peringkat awal, selama kira-kira tiga tahun Rasulullah
s.a.w. menyebarkan syiar Islam secara rahsia (bersembunyi-sembunyi) terutama di kalangan kaum
keluarganya dan para sahabat handainya di kota Makkah. Dengan penerimaan wahyu Allah s.w.t.
yang memenntahkan baginda berdakwah secara terbuka, maka dakwah disampaikan secara terang-
terangan di kalangan kaum kerabatnya, masyarakat Makkah dan kabilah-kabilah Arab yang datang
menunaikan Haji di Makkah. Detik dakwah secara terbuka ini yang kemudian menyerlahkan segala
nntangan dan halangan terutama dan kaum keluarganya sendiri dalam perjuangan baginda untuk
menegakkan syiar Islam di kota Makkah. Dakwah yang disampaikan di kota Makkah lebih
bertemakan atau ditumpukan kepada Tauhid iaitu meng- Esakan Allah s.w.t. dan menentang
sebarang perbuatan syirik iaitu menyekutukan Allah s.w.t., kepercayaan tahyul dan khurafat. Inilah
yang menyebabkan akidah masyarakat ketika itu bersifat Jahiliah. Maka itu tauhid dalam Islam
merupakan satu perkara utama, dan asas utama dalam kelahiran dan perkembangan tamadun Islam.

Dakwah yang disampaikan secara terbuka, mendapat perhatian dari orang ramai. Ini
membangkitkan penentangan yang hebat daripada kaumnya sendiri, terutama orang Quraisy.
Penentangan, penindasan dan halangan dilakukan terhadap orang Islam sama ada melalui tindakan
berbentuk tekanan kejiwaan atau berbentuk fizikal. Kemuncak penentangan ini, iaitu setelah 13
tahun berdakwah di kota Makkah, orang Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. telah diperintahkan
berhijrah ke kota Yathrib. Peristiwa Hijrah ini berlaku pada tahun 622 Masihi yang disertai beratus-
ratus orang Islam dari kota Makkah ke Yathrib. Masyarakat Yathrib terutama bangsa Arab suku Aus
dan Khazraj menyambut baik kedatangan orang Islam malahan sesetengah daripada mereka telah
pun

menganut agama Islam. Menerusi perjanjian Aqabah I dan Aqabah II yang dimeterai secara rahsia,
jaminan diberi kepada orang Islam untuk berhijrah ke Yathrib dan kemudiannya bandar ini dikenali
sebagai Madinat al-Nahiy (Bandar Nabi). Selain bangsa Arab Madinah, bandar ini juga dihuni oleh
sejumlah besar orang Yahudi. Madinah merupakan bandar pertapakan kegiatan syiar dan syariat
Islam yang tunggal di Semenanjung Tanah Arab. Di Madinah, Rasulullah s.a.w. melaksanakan
beberapa langkah yang bermatlamat pertamanya, membentuk sebuah masyarakat dan negara Islam
dan keduanya, untuk memelihara dan mempertahankan masyarakat dan negara Islam ini. Madinah
merupakan negara Islam pertama dan merupakan pusat tamadun Islam, sehingga kemunculannya
memberikan saingan kepada negara-negara kota di Semenanjung Tanah Arab terutama kota Makkah
dan kuasa-kuasa penjajah, empayar Rom dan Parsi. Kegagalan masyarakat musyrikin Makkah
mematuhi Perjanjian Hudaibiyah yang dimeterai dengan negara Islam Madinah telah membuka
ruang kepada orang Islam untuk memasuki kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8
Hijrah. Melalui peristiwa penguasaan terhadap kota Makkah ini, ia merupakan detik yang membawa
pengislaman secara beramai-rarnai di Semenanjung Tanah Arab, terutama di kalangan kabilah-
kabilah Arab. Dengan penguasaan dan pengislaman ini, kota Makkah muncul sebagai salah satu
pusat tamadun Islam yang terpenting selain Madinah; dan seterusnya merupakan pusat kegiatan
peribadatan Islam terpenting terutama haji dan umrah.

Akhirnya, sebagaimana insan biasayang mempunyai hayat kehidupan, Nabi Muhammad s.a.w.
sebagai insan yang kamil telah wafat pada tahun 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Dengan
kewafatan baginda, maka tiada lagilah nabi atau rasul selepasnya dan agama Islam merupakan ad-
din, yang lengkap dan serba sempurna bersumberkan kitab suci al-Quran dan al-Hadis, yang
merupakan sumber kepada tamadun Islam.

Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., negara Islam dan masyarakat Islam dipimpin oleh Khalifah, iaitu
jawatan bagi menggantikan Rasulullah s.a.w. untuk mentadbir dan memastikan perlaksanaan syiar
dan syariat Islam. Dalam sistem khalifah, empat khalifah yang mentadbir negara Islam selepas
Rasulullah s.a.w. dikenali sebagai Khulafa' al-Rasyidin (Yang Bijaksana). Khalifah pertama yang
dilantik ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq pada tahun 11H (632M) yang memerintah antara tahun
11H-13H (632-634M); khalifah kedua ialah Saidina Umar al-Khattab antara tahun 13H-23H (634-
644M); khalifah ketiga ialah Saidina Uthman b. 'Affan antara tahun 23H-35H (644-655M); dan
khalifah terakhir, Saidina Alt b. Abi Talib antara tahun 35H-40H (655-661M). Zaman Rhalifah Umar al-
Khattab merupakan zaman kegemilangan tamadun Islam kerana pencapaian dan kemajuan penting
terutama dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran; dan dasar penyebaran syiar dan syariat
Islam di seluruh Semenanjung Tanah Arab selain dapat menyaingi kuasa Rom dan Parsi.
Khalifah Saidina All b. Abi Talib akhirnya digantikan dengan pelantikan Mu'awiyyah b. Abi Sufyan,
dan dengan pelantikan ini maka berakhirnya sistem khalifah, Khulafa' al-Rasyidin. Mengapakah
berlaku sedemikian? Ini kerana Mu'awiyyah b. Abi Sufyan, telah memperkenalkan dan
menghidupkan semula sistem monarki melalui pelantikan anaknya sebagai putera mahkota untuk
menggantikan beliau serta membentuk kerajaan Bani Umaiyyah. Walaupun gelaran Khalifah
dikekalkan penggunaannya, tetapi sistem monarki merupakan institusi yang dikekalkan antaranya
oleh kerajaan-kerajaan terkemudiannya, kerajaan Bani Abbasiyah dan akhirnya tamat dengan
kejatuhan empayar Uthmaniyyah pada tahun 1924 yang berpusat di Turki. Ketika itu, di Turki dan
negara-negara orang Islam fahaman sekular begitu cepat berkembang terutama di kalangan
masyarakat tempatan yang menerima sistem pendidikan Barat. Fahaman sekular ini merupakan
salah satu cabaran terhadap keutuhan pendukung tamadun Islam. Ini adalah natijah daripada
kolonialisme Barat.

Penyusunan Masyarakat dan Negara Islam Madinah
Rasulullah s.a.w. telah mengambil peluang untuk berdakwah dan menyampaikan Islam secara
terbuka kepada mereka yang datang mengerjakan Haji di Makkah. Ini menunjukkan asas-asas
kepada pembentukan sebuah masyarakat Islam dan sebuah pusat pertapakan Islam (negara Islam)
telah bermula sejak baginda berdakwah di Makkah lagi. Kegagalan untuk menjadikan Ta'if sebagai
pusat pertapakan Islam ternyata tidak melemahkan semangat perjuangan baginda. Di antara
golongan yang datang mengeqakan Haji ini, sesetengah danpadanya menunjukkan minat dan
tertarik dengan dakwah Rasulullah s.a.w. Antaranya orang Arab Madinah dari suku Aus dan suku
Khazraj. Melalui hubungan di Makkah lagi, maka termeterai dua perjanjian antara Rasulullah s.a.w.
dengan orang Madinah iaitu Perjanjian Aqabah I dan Perjanjian Aqabah II.

Dalam Perjanjian Aqabah I pada tahun 621 Masihi, orang Madinah telah berikrar untuk tidak
mensyirikkan Allah, mencuri, berzina, membunuh anak, mengumpat, memfitnah dan menolak
perbuatan yang baik. Dalam Perjanjian Aqabah II pada tahun 622 Masihi, Rasulullah s.a.w. sebagai
mewakili orang Islam Makkah dan orang Islam Madinah berikrar untuk bersatu sehidup semati.
Kedua-dua perjanjian ini begitu penting kepada perjuangan untuk menyebarkan syiar dan syariat
Islam. Dengan meneliti isi kandungan perjanjian ini, ternyata ia berunsurkan akidah, syariah, akhlak
dan kesatuan Islam. Ternyata, ini merupakan langkah awal serta persiapan untuk menyusun sebuah
masyarakat Islam dan negara Islam yang akan dibentuk, dan tumbuhnya pusat tamadun Islam di
Semenanjung Tanah Arab ketika itu.

Rasulullah s.a.w. akhirnya berhijrah ke Madinah secara rahsia dan perjalanan yang penuh dengan
cabaran dan dugaan, setelah diperintahkan Allah s.w.t. menerusi wahyu yang diturunkan. Di Yathrib
(Madinah kemudiannya), Rasulullah s.a.w. telah mula menyusun sebuah masyarakat Islam dan
negara


Islam. Di peringkat ini, wahyu-wahyu yang diturunkan lebih menekankan kepada aspek-aspek
kenegaraan, hukum dan perundangan, kemasyarakatan, pertahanan dan seumpamanya yang sesuai
ketika itu. Dengan itu segala langkah dan tindakan yang dilaksanakan Rasulullah s.a.w. sentiasa
tepat, walaupun baginda sebenarnya seorang yang buta huruf sebelum menjadi rasul dan tidak
pernah mempelajari mana-mana aspek tersebut. Hakikatnya, penyusunan masyarakat Islam dan
pembentukan negara Islam di Madinah sebagai pusat tamadun Islam dibentuk dan dipimpin melalui
sumber wahyu, iaitu kitab suci al-Quran.

Di peringkat awal penyusunan masyarakat Islam dan ke arah pembentukan negara Islam, Rasulullah
s.a.w. telah memperkenalkan beberapa perubahan dan pembaharuan. Terdapat dua langkah
terpentmg dalam memperkenalkan perubahan dan pembaharuan ini iaitu pertama, institusi mas)id
dan kedua, mempersaudarakan golongan Muhajirin (penghijrah dari Makkah) dan golongan Ansar
(masyarakat tempatan Islam Madinah). Langkah terawal baginda apabila memasuki Yathnb lalah
dengan membina Masjid Nabi. Melalui masjid, baginda mengatur strategi dan langkah-langkah ke
arah penyusunan masyarakat dan negara Islam. Masjid merupakan institusi terpenting terutama
kepada masyarakat dan sebagai pusat ummah Islam, dan tidak sekadar berfungsi sebagai tempat
peribadatan yang biasa semata-mata, sebagaimana difahami oleh orang Islam berfahaman sekular
masa kini. Rasulullah s.a.w. telah bertindak mempersaudarakan antara golongan Muhajinn dengan
golongan Ansar termasuk melalui perkahwinan. Rasulullah s.a.w. sendiri bersaudara dengan All b.
Abi Talib; Abu Bakar dengan Kharija b. Zaid; Ja'far b. Abi Talib dengan Mu'az bin Jabal; Umar al-
Khattab dengan Itban b. Malik al-Khazraji; dan Hamzah dengan Zaid b. Hanthah. Persaudaraan ini
dihukumkan sebagai persaudaraan kandung dan imlah merupakan titik penting di peringkat keluarga
kepada pembentukan perpaduan ummah. Perpaduan ummah merupakan asas penting sebagai
pendukung kepada kebangkitan dan keutuhan tamadun Islam.

Madinah merupakan pusat tamadun Islam yang dapat dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. dan negara
Islam pertama. Masyarakat Madinah terbahagi kepada dua iaitu bangsa Arab dan bukan bangsa Arab
terutama orang Yahudi, dan di kalangan mereka ini mengamalkan sistem suku dan kabilah; selain
dari golongan penghijrah dari Makkah (Muhajirin). Perbezaan suku dan bangsa membawa kepada
jurang pemisah perpaduan terutamanya fahaman asabiyah begitu kukuh mencengkam. Namun
begitu, dengan penerimaan Islam masyarakat Madinah dapat dipersaudarakan dan disatukan.
Konsep takwa iaitu kedudukan seseorang di sisi Allah s.w.t. tidak ditentukan oleh kedudukan atau
keturunan dan konsep tauhid sebagai unsur penyatuan ummah iaitu meng- Esakan Allah s.w.t telah
menggantikan sistem suku dan kabilah. Perpaduan ummah dan sumber kekuataan dalaman imlah
yang membawa kepada kebangkitan tamadun Islam dan menyumbang kepada proses
perkembangan peradaban duma berbentuk universal.


Piagam Madinah
Berasaskan kepada sumber wahyu, al-Quran, Rasulullah s.a.w. telah menggubal dan membentuk
Piagam Madinah (Sahifah al-Madinah) sebagai asas pembentukan negara Islam pertama, Madinah.
Bersesuaian dengan masyarakat Madinah, piagam ini dibahagikan kepada dua bahagian penting iaitu
bahagian pertama mengenai umat Islam, terutama golongan Muhajirin dan golongan Ansar; dan
bahagian kedua, mengenai orang Islam dan orang Yahudi. Menurut sesetengah pendapat, piagam ini
mengandungi 47 Fasal iaitu 23 Fasal dalam bahagian pertama dan 24 Fasal dalam bahagian kedua.

Piagam Madinah sebagai sebuah perlembagaan telah menggariskan peranan dan tanggungjawab
pemerintah terhadap yang diperintah; dan tanggungjawab yang diperintah sebagai warganegara
kepada pemerintah (negara Islam). Antara mtipati piagam ini lalah bahawa sumber perundangan
negara Islam lalah al-Quran dan al-Hadis. Sebagai ketua negara Islam, Rasulullah s.a.w. berperanan
sebagai ketua hakim dengan bertindak mentafsirkan, menunjukkan dan melaksanakan syariat Islam.
Kesatuan ummah dan negara, memperlihatkan bagaimana orang Yahudi dianggap sebagai 'ummah'
bersama dengan masyarakat Islam; dengan digariskan peranan, hak dan tanggungjawab kepada
negara iaitu menerima sistem Islam dan tidak menggugat kedaulatan negara. Di sini, perbezaan
agama tidak bermakna menolak kewarganegaraan seseorang dan sama ada warganegara beragama
Islam atau tidak, tetapi kedua-duanya lengkap- melengkapi dengan mempertahankan kedaulatan
negara. Wujudnya kebebasan untuk bergerak dan menetap di Madinah. Setiap warganegara bebas
untuk bergiat, memiliki harta, menuntut ilmu dan lain-lain selagi tidak mengancam kepentingan
negara dan mereka diberikan kebebasan untuk menetap di mana-mana kawasan. Hak dan
tanggungjawab dalam pertahanan negara juga ditegaskan. Ancaman musuh atau negara asing
hendaklah ditangani secara bersama oleh warganegara beragama Islam atau tidak. Mereka mesti
bantu-membantu dan tidak dibenarkan bersekutu dengan musuh. Kos pertahanan adalah dikongsi
bersama. Hubungan kebajikan di antara warganegara dengan setiap anggota masyarakat berasaskan
semangat bantu-membantu antara satu sama lain terutama jiran; kerjasama dibentuk untuk
kebajikan.

Tanggungjawab menegakkan keadilan sosial merupakan peranan pemerintah dan yang diperintah.
Setiap golongan yang melakukan kesalahan akan menerima hukuman dan masyarakat hendaklah
memupuk nilai-mlai murni yang balk bagi mencegah berlakunya kemungkaran ini. Manakala setiap
orang yang dizalimi berhak untuk mendapat pembelaan dan penzalim boleh dibicarakan dan
dihukum tanpa mengira kedudukan dalam struktur sosial masyarakat. Undang-undang untuk
keselamatan warganegara dan ummah dilaksanakan seperti


hukuman qisas ke atas pembunuh. Kebebasan beragama menunjukkan warganegara Islam atau
bukan Islam berhak untuk mengamalkan ajaran agama, selain tiada gangguan atau paksaan kepada
orang lain untuk menganut agama mereka. Terdapat tanggungjawab negara terhadap warganegara
bukan Islam, iaitu orang kafir zimmi wajib dilayan oleh pemerintah Islam selagi mereka menunjukkan
taat setia kepada negara Islam ini. Semua pihak berkewajipan untuk melaksanakan perdamaian,
kerana sebelum ini masyarakat Arab terikat dengan sistem kabilah yang mementingkan semangat
asabiyah dan kesukuan; dan sentiasa bermusuhan terutama dengan orang Yahudi. Perdamaian yang
dipupuk akan melahirkan sikap toleransi dalam masyarakat dan memelihara keamanan dan
kestabilan negara. Sekiranya pihak musuh meminta perdamaian, ia merupakan sesuatu yang tidak
boleh ditolak dan hendaklah bersama-sama menyertai perdamaian ini. Berdasarkan kepada intipati
Piagam Madinah, negara Islam ketika itu telah memperlihatkan sikap toleransi, mementingkan
peranan dan tanggungjawab, dan nilai-nilai murni dalam perpaduan ummah dalam proses
perkembangan tamadun Islam.

Dalam konteks umum, piagam ini menunjukkan konsep kesatuan atau persekutuan yang
diperkenalkan dan diamalkan di waktu itu. Kesatuan ini meliputipertama, kesatuan perlembagaan
atau undang-undang yang dilandaskan kepada sumber asas Islam iaitu al-Quran, dan ditunjukkan
melalui al-Hadith (al-Sunnah) dalam bentuk perlaksanaan; kedua, kesatuan kepimpinan iaitu
Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara; ketiga, kesatuan negara, iaitu Madinah yang mengandungi
masyarakat Islam dan bukan Islam yang dianggap sebagai ummah; keempat, kesatuan dalam sikap
dan suara, misalnya terhadap keadilan, perang dan perdamaian; kelima, kesatuan matlamat, iaitu
masyarakat yang toleransi dan berharmoni, bersatu dan teguh tanpa mengira anutan agama; dan
keenam, hak dan tanggungjawab sama ada pemerintah terhadap yang diperintah atau sebaliknya,
yang diperintah terhadap yang memerintah. Berdasarkan konsep kesatuan ini, maka ia menandakan
kewujudan sesebuah kerajaan yang berkesan, tersusun dan bertamadun tinggi.

Piagam Madinah merupakan model sebuah perlembagaan negara Islam. la dibincangkan,
dibahaskan dan dimuzakarahkan sehingga masa kini, kerana kepentingannya kepada perkembangan
negara Islam dan tamadun Islam. Dalam konteks ini, sistem zimmah (golongan bukan Islam) dalam
pemerintahan negara Islam lalah memberikan keadilan dan hak sama rata. Mereka menjadi
tanggungjawab pemerintah selagi patuh kepada negara, dan akan dikenakan hukuman selaras
dengan kesalahan yang dilakukan tanpa pengecualian.

Anda mungkin juga menyukai