Anda di halaman 1dari 3

ISL MINGGU 1(PIM 3108)

sejarah tulisan jawi



1.0 Pengenalan

Latar Belakang Ringkas Sistem Tulisan Jawi

Pada masa dahulu hingga kini, penggunaan tulisan Jawi masih digunakan kerana ianya
amat berkait rapat dengan agama Islam. Kemunculan sistem Tulisan Jawi banyak
berhubungkait dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Sebenarnya tulisan
Jawi berasal dari tulisan Arab dan mengandungi huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke
dalam sistem penulisan bahasa Melayu.

Sejak kebelakangan ini, penggunaan tulisan Jawi di dada-dada akhbar mahupun
penggunaan di papan iklan, papan tanda nama jalan, bangunan, dan sebagainya
mendapat pengiktirafan dan sokongan padu oleh kerajaan untuk digunakan secara
meluas.Begitu juga penggunaannya di peringkat pengajian di universiti dan pendidikan
di sekolah, sistem Tulisan Jawi telah dijadikan salah satu mata pelajaran wajib yang
mesti dipelajari oleh golongan pelajar di Malaysia.

Meskipun penggunaan tulisan Jawi telah bermula sejak 700 tahun yang lalu, ia
belum banyak diselidiki dari segi perkembangan dan sistem tulisannya. Jika dilihat dari
segi sejarah perkembangannya, terdapat dua pengaruh sistem ejaan yang digunakan
iaitu pengaruh Arab dan Melayu. Secara amnya, pengaruh Arab dalam bentuk ejaan
tulisan Jawi dipengaruhi dengan penggunaan tanda-tanda baris; manakala pengaruh
ejaan Melayu pula, wujudnya huruf-huruf vokal sebagai menggantikan penggunaan
tanda-tanda baris.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi merupakan satu aspek yang
ISL MINGGU 1(PIM 3108)

penting dalam mengekalkan imej dan identiti budaya Melayu masa kini. Bersesuaian
dengan penggunaan tulisan Jawi dalam segala urusan dan pernah menjadi tulisan
antarabangsa seperti mana bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca
sebagaimana menerusi catatan pengembara Barat ke Nusantara seperti Magellan, Tom
Pires, dan Van Ronkel, menjelaskan bahawa bahasa Melayu dan tulisan Jawi diiktiraf
sebagai bahasa perhubungan utama pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara.

Kelahiran Sistem Tulisan Jawi yang berasal dari tulisan dan pengaruh Arab terbukti
sejarah kewujudannya dalam tamadun Melayu melalui beberapa sumber khazanah dan
bahan-bahan bertulis yang ditemui seperti; dari batu bersurat, manuskrip lama, kertas
lama, majalah, batu nisan, bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata,
duit syiling, batu lontar, tembikar, ukiran-ukiran pada masjid, istana, termasuk sumber
penemuan pada azimat dan tangkal.

Sebagai contohnya, penemuan pertama pada batu nisan Syeikh Nuruddin Al-
Raniri di Barus, Sumatera Utara yang tercatat dalam bahasa Arab bertarikh 48 Hijrah,
diikuti pula batu nisan seorang puteri raja di Pekan, Pahang Darul Makmur pada 419
Hijrah, kemudiannya batu nisan Syeikh Abdul Qadir Ibn Husin Syah Alam di Langgar,
Kedah bertarikh 290 Hijrah, dan batu nisan Fatimah binti Maymun bin Hibatullah yang
dijumpai di Leram, Grisek, Jawa Timur tanggal 475 Hijrah bersamaan 1082 Masihi;
yang menunjukkan tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah
diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf Arab yang disesuaikan dengan gaya
bahasa orang Melayu dalam usaha membuktikan kewujudan tulisan Jawi dalam
tamadun Melayu setelah penemuan prasasti di Kuala Berang, Terengganu pada 702
Hijrah bersamaan 1303 Masihi. Namun begitu, persoalan yang mungkin tidak dapat
dihuraikan dan mendapat kepastian hingga kini ialah siapakah pencipta sebenar bagi
tulisan Jawi yang ada sekarang walaupun aksara tulisan Jawi banyak menggunakan
huruf-huruf Arab.


ISL MINGGU 1(PIM 3108)

Anda mungkin juga menyukai