Anda di halaman 1dari 3

JUNAIDA BINTI SHUKOR

PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2012


PRAKTIKUM FASA 1 JANUARI - MEI 2014
IPG KAMPUS PERLIS






SJK (T) SG. TOK PAWANG, 08100 BEDONG,
KEDAH DARUL AMAN
1





PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN
MINGGU PERTAMA (30 MAC - 3 APRIL 2014)

MASALAH :
Setelah seminggu menjalani praktikum di sekolah ini, isu utama yang saya ingin
kupaskan di sini ialah masalah komunikasi antara guru-guru sekolah dan murid-murid.
Minggu pertama ini, saya lebih diberi peluang untuk mengenali infrastruktur sekolah,
warga sekolah, melihat sesi pengajaran dan pembelajaran guru pembimbing di dalam
kelas dan proses memupuk komunikasi antara saya dan guru-guru lain.

ANALISIS :
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh :
1. Kegagalan saya untuk memahami bahasa ibunda guru-guru dan murid-murid
lebih-lebih lagi hampir seratus peratus daripada mereka bertutur dalam
bahasa ibunda di dalam bilik guru.
2. Dalam pengajaran dan pembelajaran pula, guru-guru lebih menggunakan
kaedah terus iaitu penterjemahan terus sesuatu sebutan atau perkataan
bahasa lain sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris ke dalam

JUNAIDA BINTI SHUKOR
PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2012
PRAKTIKUM FASA 1 JANUARI - MEI 2014
IPG KAMPUS PERLIS






SJK (T) SG. TOK PAWANG, 08100 BEDONG,
KEDAH DARUL AMAN
2





bahasa ibunda iaitu Bahasa Tamil dan ini akan menyebabkan murid-murid
turut mempunyai masalah dalam menuturkan Bahasa Melayu.

Sekiranya masalah ini masih berlarutan, saya akan gagal mewujudkan interaksi dan
komunikasi positif antara saya dengan warga sekolah.

CADANGAN :
1) Saya perlu cuba mempelajari sedikit demi sedikit Bahasa Tamil bagi
memudahkan saya memahami apa yang ingin disampaikan oleh murid di dalam
kelas.
2) Saya cuba mengajak guru-guru di sekolah ini untuk bertutur dalam Bahasa
Melayu bagi mengelak terjadinya salah faham antara kami.
3) Saya cuba untuk menuturkan Bahasa Melayu sepenuhnya pada sesi pengajaran
dan pembelajaran akan datang.

TEMPOH MASA :
Saya akan mula meneliti dan merancang aktiviti-aktiviti bagi mengatasi masalah
komunikasi dalam kalangan guru dan murid mulai minggu ini dan minggu-minggu
seterusnya.
JUNAIDA BINTI SHUKOR
PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2012
PRAKTIKUM FASA 1 JANUARI - MEI 2014
IPG KAMPUS PERLIS






SJK (T) SG. TOK PAWANG, 08100 BEDONG,
KEDAH DARUL AMAN
3






TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan mencatat apa-apa perkara baru atau bahasa baru yang saya pelajari dari
murid atau guru lain di dalam sebuah buku untuk dijadikan panduan sekiranya saya
tidak memahami apa yang dituturkan oleh murid di dalam kelas.

PENILAIAN KEJAYAAN :
Penilaian kejayaan ini akan dicatat selepas berlalunya Minggu Kedua Praktikum ini
dijalankan iaitu dari tempoh 6 April hingga 10 April 2014.

Anda mungkin juga menyukai