Anda di halaman 1dari 3

1.

3 Kepentingan Pembinaan Masyarakat Islam


Kepentingan pembinaan masyarakat Islam dalam Islam adalah kerana masyarakat Islam
sebahagian dari syumuliyyah (kemenyeluruhan) Islam. Islam diturunkan bukan hanya untuk
mengatur individu tetapi juga mengatur masyarakat, negara, bahkan hubungan antara masyarakat
Islam dengan komuniti lainnya. Hadirnya masyarakat Islam merupakan kesempurnaan ibadah
iaitu pengabadian kepada Allah SWT. Betapa banyak perintah ibadah yang harus dilaksanakan
secara bersama-sama. Bahkan dapat dikatakan sebahagian besar perintah Allah di sampaikan
dalam format perintah kepada banyak orang, bukan individu. Misalnya, Hai orang-orang yang
beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan berbuatlah kebajikan, supaya
kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang
sebenar-benarnya. ....Maka dirikanlah shalat,tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali
Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dia sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.
(Surah Al-Hajj [22]:77-78).
Masyarakat Islam adalah satu rantaian bagi perjuangan mewujudkan peradaban atas
dasar iman. Masyarakat Islam merupakan tempat dimana nilai-nilai dan ajaran Islam
diimplementasikan. Pembinaan masyarakat Islam adalah untuk mewujudkan kebahagian dunia
dan akhirat. Contohnya, di dunia, Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa,
pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi. (Surah Al-Araaf
[7]:96). Manakala di akhirat pula, Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan
kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang
bertakwa. (Surah Al-Imran[3]:133).

Sabda Rasulullah SAW;
Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain laksana satu bangunan yang tersusun, saling
kuat- menguat antara satu sama lain.

Sayyid Quthb mengatakan bahawa, sistem masyarakat Islam berbeza sama sekali dengan sistem-
sistem sosial yang diperkenalkan oleh masyarakat Barat seperti feodalisme, sosialisme,
komunisme mahupun kapitalisme. Alasan utama dari keunikan masyarakat Islam dibandingkan
dengan masyarakat lainnya adalah kerana, masyarakat Islam itu adalah bentukan syariat yang
khas datang dari sisi Tuhan. Syariat itulah yang telah membentuk masyarakat atas dasar apa
yang Allah inginkan bagi hamba-Nya bukan atas kehendak segelintir manusia. Dan dalam
naungan syariat itulah tumbuh masyarakat Islam, menghadirkan ikatan-ikatan kerja, produksi,
hukum, prisip-prinsip perilaku, aturan interaksi dan seluruh tonggak bagi masyarakat yang khas,
dengan corak yang jelas, ujarnya.

Ternyata dakwah Rsulullah SAW dalam membentuk masyarakat Islam tidak dapat
diterima oleh sesiapapun. Allah SWT menggambarkan, Dan ingatlah (hai para Muhajirin)
ketika kamu masih berjumlah sedikit, lagi tertindas di muka bumi (Makkah), kamu takut
orang-orang (Makkah) akan menculik kamu, maka Allah memberi kamu tempat menetap
(Madinah) dan dijadikan-Nya kamu kuat dengan pertolongan-Nya dan diberikan-Nya kamu
rezeki dari yang baik-baik agar kamu bersyukur. (Surah Al-Anfal[8]:26). Dari Makkah,
Rasulullah pun mengembangkan dakwahnya ke Madinah.
Pemimpin masyarakat harus perihatin terhadap gejala keruntuhan akhlak dan anasir buruk yang
masuk dalam masyarakat Islam. Budaya negatif perlu dikawal kemasukannya kedalam
masyarakat kerana ia dapat mempengaruhi dan merosakkan akhlak umat Islam.
Maka dengan membentuk kesatuan pandangan hidup pada setiap individu dan rumahtangga,
diharapkan akan ikut mempengaruhi sikap dan pandangan hidup masyarakat, bangsa, dan
ummah. Untuk memenuhi tiga panduan ini, maka usaha pembentukan keperibadian muslim
sebagai ummah dilakukan secara berperingkat iaitu pembentukan nilai-nilai Islam dalam
keluarga dengan melaksanakan pendidikan akhlak dalam lingkungan keluarga dan ini adalah
penting kerana keluarga paling berpotensi untuk membentuk nilai-nilai dasar, sosial yang
pertamakali dikenal oleh anak serta berperanan penting dalam pembentukan masyarakat.
Keluarga sebagai organisasi paling kecil tapi mempengaruhi masa depan suatu masyarakat.
Pendamaian adalah faktor penting dalam kehidupan manusia. Dunia tanpa adanya
pendamaian tentu akan mengalami kehancuran dan malapetaka besar. Dan apabila sudah tidak
ada pendamaian bererti rosaklah agama yang diamanatkan oleh Allah dengan demikian kita
semua akan memperoleh murka-Nya. Jelaslah bahawa Islam adalah agama perdamaian, Islam
tidak menghendaki kehancuran yang diakibatkan pertikaian, pertentangan dan peperangan.
Kerana itulah menjadi kewajipan kita sesama muslim untuk sentiasa memelihara perdamaian,
membina persatuan dan kesatuan ummat. Untuk menyuburkan keakraban dan persaudaraan
dalam Islam, diperkuatkan pula dengan ajaran yang melarang setiap muslim berlaku sombong
dan mebanggakan diri. Hubungan yang dijalin dalam mayarakat hendaklah berlandaskan hukum
dan syariat Allah yang mana hubungan itu membawa umatnya kepada ketaatan kepada Allah dan
rasulnya.

Dalam sejarah pembentukan masyarakat Islam, hijrah yang berlaku dari Makkah ke Madinah
adalah kerana menurut arahan dari Allah SWT. Tujuan utama hijrah ialah menuntut keredhaan
dari Allah SWT dan Madinah merupakan tempat yang paling sesuai bagi menyebarkan Islam.
Menerusi peristiwa hijrah ini juga iman dan keyakinan umat Islam dapat ditingkatkan. Selepas
peristiwa ini, orang-orang Islam dapat menunaikan ibadat dengan bebas dan selesa.
Untuk melihat gambaran kedekatan dan itsar di antara mereka, Allah SWT menggambarkannya
dengan indah dalam Al-Quran, Surah Al-Hasyr ayat 9:
Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum
(kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Ansar) mencintai orang yang berhijrah kepada
mereka (Muhajirin) dan mereka (Ansar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap
apa-apa yang diberikan kepada mereka (Mujahirin); dan siapa mengutamakan (orang-orang
muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang
dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Anda mungkin juga menyukai