Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Minggu 5

24-28 Februari 2014


Masalah
Pada minggu ini, saya telah berjaya menyelesaikan masalah di minggu-minggu
terdahulu. Masalah baru yang timbul adalah murid sering keluar ke tandas semasa guru
sedang mengajar. Melalui pemerhatian saya, murid sering keluar ke tandas dan
mengambil masa yang lama untuk kembali ke kelas. Murid juga keluar secara
berpasangan dan kadang kala mencecah lima orang murid yang keluar ke tandas pada
satu-satu masa.
Analisis
Pada pendapat saya, masalah yang saya hadapi berlaku disebabkan beberapa
perkara. Sebab yang pertama ialah murid tidak membawa buku yang sepatutnya
mengikut jadual waktu kelas. Ini menyebabkan murid akan tertinggal buku-buku yang
sepatutnya dibawa pada hari tersebut. Murid juga mengganggap subek Kajian
Tempatan dan PSK ini tidak sepenting subjek-subjek teras, justeru mengambil mudah
akan kepentingan subjek ini.
Cadangan untuk memperbaiki
Untuk mengatasi masalah ini, saya perlu sentiasa mengingatkan murid supaya
membawa buku pada waktu subjek ini. Say juga perlu lebih tegas mendenda murid-
murid yang tidak membawa buku-buku tersebut untuk memberikan peringatan kepada
murid lain untuk tidak mengulang kesalahan yang sama. Murid juga perlu diberi amaran
untuk tidak lupa menyiapkan latihan dan nota seperti yang telah diarahkan oleh guru.
Tempoh masa
Masalah ini sememangnya dihadapi oleh kebanyakan guru di sekolah. Murid
perlulah sentiasa diingatkan supaya sentiasa membawa buku mengikut jadual waktu
yang telah ditetapkan. Sekiranya guru sentiasa memberi peringatan kepada murid,
murid akan menanam skema ke dalam pemikiran mereka dan akhirnya dapat
mengatasi malah ini untuk tempoh masa jangka panjang.
Penilaian kejayaan
Pada hari-hari seterusnya, saya akan menyemak adakah murid yang sama
sahaja yng tidak membawa buku. Murid juga perlu diingatkan untuk menyiapkan semua
latihan dan nota yang diarahkan oleh guru. Kerja-kerja murid perlu disemak dari
semasa ke semasa untuk menilai prestasi murid.
Tindakan susulan
Saya perlu mengenakan tindakan kepada murid yang tidak membawa buku
untuk subjek yang diajar. Sekiranya keadaan masih berlarutan, saya akan merujuk
kepada Guru Besar.

Anda mungkin juga menyukai