Anda di halaman 1dari 17

Pendekatan Strategi, Kaedah,

dan Teknik
Pendekatan dan Strategi
Pemusatan Guru
Pemusatan Pelajar
Berdasarkan sumber
Induktif
Elektif
Deduktif
Tematik
Pembelajaran Masteri


Ciri-Ciri Pemusatan Guru
1.Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan
yang pemting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton
sahaja.
2.Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru
banyak bercakap dan murid banyak mendengar.
3.Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid-murid tidak berpeluang
menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak
mengawal dan memberi arahan.
4. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian
objektif pengajaran guru.

5. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada
penyebaran nilai murni atau perkembangan emosi .
6. Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan
uijan dan peperiksaan
7. Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta
secara menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat
dan menghafal dan kurang berupaya membuat intepretasi.
8. Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang
positif kurang dapat dipupuk.
9. Mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan
murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian
10. Di bawah strategi pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang
kreatif dan tidak berinisiatif.

Ciri-Ciri Pemusatan Pelajar
1. Dalam aktiviti pengajaran dna pembelajaran murid memainkan
peranan yang penting, sedangkan peranan guru merupakan
pemimpin yang memimbing murid menjalankan aktiviti
pembelajaran.
2. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara
dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan memimbing
murid supya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan
kepada mereka
3. Ciri kempimpinan guru bersifat demokratik. Murid-murid sentiasa
digalakan memberi pendapat mereka Guru banyak menggunakan
kaedah berbincang dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran
4. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan
pencapaian objektif pembelajaran murid.
5. Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan
seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani
6. Uijan formatif adalah ditekankan dan keputusan uijan
kerap sekali digunakan untuk mengkaji kelemahan-
kelemahan murid.
7. Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang
bermakna supaya murid-murid memahami fakta-fakta
yang disampaikan dan mereka berupaya membuat
kesimpulan
8. Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan
sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong
bekerjasama dan bertolak ansur dapat dipupuk.
9. Strategi ini mementingkan pengolahan kaedah
kumpulan.
10. Di bawah strategi pemusatan murid, murid-murid
menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif
Ciri-Ciri Pemusatan Bahan
1. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran
memainkan peranan penting.Guru atau murid perlu bergantung
sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai
objektif pelajaran
2. Komunikasi dan interaksi berlaku di antara guru dengan bahan
pengajaran, atau di antara murid dengan bahan pembelajaran.
3. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan
kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk
mencapai objektif pelajaran
4. Strategi ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan
rohani. Penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu murid
memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas. Melalui latihan
penggunaan bahan pembelajaran , murid dapat membina kemahiran
mereka dengan penggunaan alat bantu mengajar. Di samping itu,
mereka dapat memupuk semangat berdikari dengan menjalankan
aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran guru
5. Pengajaran guru adalah ditumpukan kepada pengajaran yang
bermakna menarik serta berkesan
6. Peluang interaksi di antara murid adalah banyak. Sifat sosial yang
positif dapat dipupuk melalui keadah kumpulan yang melibatkan
penggunaan bahan pembelajaran supaya menghasilkan sesuatu
projek atau menjalankan sesuatu ujikaji
7. Strategi pemusatan bahan pelajaran juga mementingkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman
yang sebenar.
Strategi Induktif
1. Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran guru perlu
menyediakan contoh-contoh yang sesuai untuk murid membuat
rumusan
2. Murid dibimbing melalui aktiviti penyoalan supaya dapat membuat
kesimpulan sendiri
3. Pelbagai contoh yang mengandungi ciri-ciri yang sama untuk
memudahkan murid membuat kesimpulan samada daripada guru
atau murid
4. Guru menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian
5. Aktiviti perlu dipelbagaikan dan menarik perhatian murid

MODEL INDUKTIF
Merancang Aktiviti Pelaksanaan Penilaian
Kenalpasti
Maklumat
Sediakan
Contoh
Membuat Kesimpulan
Memberikan contoh-contoh Memberikan contoh-contoh
Pendekatan Induktiv/
Binaan/ Jumpaan
Mencuba Generalisasi
Membuat Generalisasi
Membuat Konsep
Strategi Elektif
1. Kombinasi pendekatan deduktif dan pendekatan induktif
2. Murid-murid diilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada
dalam tugas mengasas rumusan ataupun memberikan contoh.
3. Guru memberikan input terlebih dahulu-ini memudahkan murid
memberikan contoh dan menbuat rumusan
4. Guru boleh menggunakan kreativiti sendiri dengan tidak terikat
kepada mana-mana pendekatan yang khusus
5. Pendekatan ini banyak menggunakan latihan
6. Guru boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-
kanak
7. Pendekatan ini sesuai untuk murid pelbagai kebolehan
Strategi Deduktif
Juga dikenali sebagai Pendekatan Cerakinan
Kamaruddin Haji Husin 1988;81: Satu pendekatan mengajar yang
memulakan satu kajian dengan melihat secara keseluruhan aspek
pembelajaran sebelum kesimpulan-kesimpulan tentangnya dilakukan
Pendekatan memggunakan penguasaan peraturan/hukuman daripada
aspek penggunaan
Membuat satu cerakinan daripada yang umum kepada spesifik

MODEL DEDUKTIF
Merancang Pelaksanaan Penilaian
Kenalpasti
Maklumat
Sediakan
Contoh
Menjelaskan
Definasi/Konsep Atau Generalisasi Ilustrasi/Contoh-contoh
Pendekatan
Deduktif/Cerakinan
Mencuba Generalisasi
Membuat Generalisasi
Membuat Konsep
PENDEKATAN TEMATIK
1. Tematik merujuk kepada satu koleksi idea mengenai sesuatu objek
yang tertentu
2. Satu-satu tema itu dipecahkan kepada komponen-komponen yang
kecil
3. Mempunyai tajuk umum yang boleh dikembangkan kepada topik-
topik kecil dan semuanya berkait dengan tajuk umum
4. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam pengajaran
5. Pendekatan secara tema akan membolehkan pelajar menganalisis,
membuat generalisasi dan mengaplikasikan pengetahuan.
Pengggabunggan pelbagai idea yang berkaitan mebolehkan pelajar
menyatukan fakta-fakta



PEMBELAJARAN MASTERI
Konsep
1. Konsep ini diperkenalkan oleh B.S Bloom pada tahun-
tahun 60an berdasarkan satu prinsip iaitu semua murid
boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya
- Ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya
- Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
2. Dalam proses pembelajaran masteri,guru mesti pastikan
semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang
diajar dalam satu unit pembelajaran
3. Guru juga perlu memastikan semua murid dapat
menguasai satu tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau
tajuk yang lain

Pembelajaran Masteri(2)
4. Peranan guru ialah untuk menenentukan
pelajaran yang perlu dikuasai
5. Ia juga perlu mengajar dengan kaedah atau
aktiviti yang berkesan dan bahan yang
sesuai
6. Ia juga perlu merangsang kemahiran berfikir
dikalangan pelajar

KESEPADUAN
1. Dalam program KBSM, semua mata pelajaran
disepadukan dan dikaitkan diantara satu sama lain
dengan menyerapkan unsur-unsur nilai murni dalam
setiap mata pelajaran
2. Konsep bersepadu bermaksud penguasan ilmu
pengetahuan, kemahiran, bahasa, pemupukan nilai-nilai
murni melalui pendekatan integrasi dan penyerapan
dalam semua mata pelajaran KBSM
PENYEBATIAN
1. Ia melibatkan strategi perkembangan dan peningkatan daya intelek
dan kemahiran berfikir

2. Ia juga melibatkan strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam
semua matapelajaran termasuk kokurikulum

3. Ia juga menekankan kepada strategi berpusatkan pelajar

4. Tujuan utama strategi ini ialah untuk mencapai Falsafah dan
Matlamat Pendidikan Negara
KLIK DI SINI UNTUK KEMBALI KE LAMAN UTAMA

Anda mungkin juga menyukai