Anda di halaman 1dari 4

JUNAIDA BINTI SHUKOR

PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2012


PRAKTIKUM FASA 1 JANUARI - MEI 2014
IPG KAMPUS PERLIS






SJK (T) SG. TOK PAWANG, 08100 BEDONG,
KEDAH DARUL AMAN
1





PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN
MINGGU KETIGA (13 - 18 APRIL 2014)

MASALAH :
Setelah tiga minggu menjalani Praktikum Fasa 1 di SJKT Sg. Tok Pawang, saya telah
memasuki kelas Tahun 4 Jeyam hampir selama dua minggu. Masalah yang saya dapat
kenalpasti pada minggu kedua memasuki kelas tersebut adalah penggunaan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang tidak sesuai di mana saya menggunakan teknik
simulasi iaitu lakonkan dialog di dalam kelas. Masalah ini saya dapat kenal pasti
semasa pengajaran dan pembelajaran yang bertarikh 15 April 2014 bersamaan hari
Selasa. Ketidaksesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran yang telah saya pilih ini
merupakan masalah yang amat ketara pada pengajaran minggu ini.

ANALISIS :
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh :
1. Guru tidak mengambil kira prestasi dan pencapaian murid dalam kelas
tersebut terlebih dahulu dan ini menyebabkan murid gagal melakonkan dialog
yang diberikan.

JUNAIDA BINTI SHUKOR
PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2012
PRAKTIKUM FASA 1 JANUARI - MEI 2014
IPG KAMPUS PERLIS






SJK (T) SG. TOK PAWANG, 08100 BEDONG,
KEDAH DARUL AMAN
2





2. Guru tidak membimbing murid dalam melakonkan aksi yang terdapat dalam
dialog terlebih dahulu.
3. Guru menyediakan teks dialog yang terlalu panjang dan gagal difahami oleh
murid lebih-lebih lagi murid bukan Melayu.

Sekiranya masalah ini masih berlarutan, saya akan gagal mencapai objektif
pembelajaran yang telah saya senaraikan.

CADANGAN :
1) Saya perlu meneliti semula penulisan Rancangan Pengajaran Harian saya
sebelum menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
2) Saya perlu memberi bimbingan terhadap dialog lakonan kepada murid terlebih
dahulu sebelum menyuruh murid melakonkan sesuatu dialog.
3) Saya perlu meneliti semula sesebuah dialog sama ada menepati aras
kefahaman murid ataupun tidak.
4) Saya perlu memberi pendedahan berkenaan lakonan terhadap murid sebelum
mengarahkan mereka untuk berlakon.

JUNAIDA BINTI SHUKOR
PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2012
PRAKTIKUM FASA 1 JANUARI - MEI 2014
IPG KAMPUS PERLIS






SJK (T) SG. TOK PAWANG, 08100 BEDONG,
KEDAH DARUL AMAN
3





5) Saya perlu merancang dengan lebih baik dan teliti lagi aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran untuk sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa akan
datang.
6) Sekiranya masalah ini masih berlarutan, saya akan cuba mendapat nasihat
daripada guru pembimbing bagaimana cara untuk mengatasinya sebaik
mungkin.

TEMPOH MASA :
Saya akan mula meneliti dan merancang semula apa-apa teknik dan strategi
pengajaran dan pembelajaran terlebih dahulu sama ada bersesuaian dengan tahap
pelajar atau tidak dan merangka semula aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk murid
dalam tempoh 20 April 2014 hingga 24 April 2014.

TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan cuba merekod segala aktiviti dan strategi yang saya gunakan seterusnya
menilai mana-mana strategi dan teknik serta aktiviti yang bersesuaian dengan tahap
murid.


JUNAIDA BINTI SHUKOR
PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JANUARI 2012
PRAKTIKUM FASA 1 JANUARI - MEI 2014
IPG KAMPUS PERLIS






SJK (T) SG. TOK PAWANG, 08100 BEDONG,
KEDAH DARUL AMAN
4





PENILAIAN KEJAYAAN :
Masalah yang dihadapi pada minggu kedua yang lalu iaitu tempoh masa pada 6 April
hingga 10 April 2014 berjaya diatasi. Penilaian kejayaan pada minggu ini akan dicatat
selepas berlalunya Minggu Ketiga Praktikum ini dijalankan iaitu dari tempoh 20 April
hingga 24 April 2014.

Anda mungkin juga menyukai