Anda di halaman 1dari 18

PROGRAM CERMIN

Kenapa KBAT
Kita dapati keputusan pelajar Malaysia dalam ujian
Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa
(TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa
(PISA) tidak berada pada tahap memuaskan.
Kajian mendapati antara punca kepada keadaan itu
ialah soalan dalam kedua-dua ujian yang menjadi
penanda aras tahap pendidikan antarabangsa
berbentuk HOTS, iaitu bukan mengingat sesuatu fakta,
tapi bagaimana hendak menggunakannya.

Kita menyedari kelemahan itu, seterusnya membuat
cadangan dalam PPPM supaya HOTS diberi
penekanan, (BHARIAN 31/07/2013)

Sasaran PPPM
Menjelang tahun 2015, Malaysia mencapai skor purata
500
Menjelang tahun 2025, Malaysia mencapai kedudukan
1/3 teratas dalam TIMSS dan PISA
Menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan
inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar
negara mampu bersaing di persada dunia.
Menambah bilangan item-item soalan KBAT dalam
PBS dalam tempoh tiga tahun.

RASIONAL KBAT?
Merubah amalan hafalan kepada
pemahaman
Meningkatkan tahap kesedaran dengan
analisa,menyelesaikan masalah , menilai
dan mencipta
Belajar mewajarkan penyelesaian dan
penemuan (inquiry)
Penyiasatan saintifik memerlukan kbat.
Halangan
Guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran.
Masa PdP yang terhad menyebabkan guru sukar
menjalankan aktiviti berunsurkan KBAT.
Guru mengajar banyak subjek dan kelas.
Kelas yang diajar terdiri daripada murid pelbagai
kebolehan.
Murid yang agak lemah agak sukar untuk terlibat aktif
dalam aktiviti berunsurkan KBAT seperti i-think
kurang pengetahuan dan pendedahan.

penyelesaian
Kena buat juga
Pembudayaan KBAT memerlukan guru
untuk mengubah amalan PdP di dalam
kelas dari semua aspek (cara penulisan
RPH, bahan PdP, teknik penyoalan,
kaedah dan instrumen pentaksiran,
strategi PdP).

Apa kita boleh buat
Fahami 4 kemahiran berfikir dalam
pendidikan
a. KBKK
b. KBAT dan KBAR (Taksanomi Bloom)
c. vertical dan lateral
d. bertumpu dan bercapah
Apa kita boleh buat
Terapkan elemen KBAT seperti KBKK dalam pdp.
Gunakan alat berfikir sediaada.
- Program i-think
- thinking maps
- thinking hats
- habits of mind
- Alat berfikir lain
- peta minda
- coRt
- pengurusan grafik
- soalan-penyoalan

Apa kita boleh buat
Gunakan modul pengajaran KBAT bagi
subjek matematik, sains dan sejarah yang
disediakan oleh KPM (boleh dilaksanakan
sebagai aktiviti ko-kurikulum)
Untuk sekolah menengah saja..
Contoh modul Matematik
Apa kita boleh buat
Mengemukakan soalan membina,memimpin dan
terbuka serta berfikir pada aras tinggi. 4 aras tertinggi
pemikiran Taksanomi Bloom
Contoh jadual soalan

Apa kita boleh buat
Membina item-item soalan KBAT
berpandukan kepada Modul terbaru dari
Lembaga Peperiksaan.
Sebagai soalan ujian
Soalan peperiksaan
Pentaksiran PBS

http://web.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/Buku_
KBAT_2014.pdf
Rumusan
Bagi melaksanakan KBAT di sekolah terdapat 7
elemen iaitu Kurikulum, Pedagogi, Pentaksiran,
Sumber, Sokongan Masyarakat, Kokurikulum dan
Bina Upaya Guru.

Standard kandungan dan standard pembelajaran yang
digariskan dalam dokumen standard kurikulum
memberi penekanan kepada keupayaan murid
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta
dalam aktiviti pembelajaran mereka.


Rumusan
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) KBAT yang efektif perlu menggunakan
pelbagai alat berfikir dan penyoalan aras
tinggi. KBAT di dalam bilik darjah boleh
diperkukuhkan melalui Program i-THINK.
Program i-THINK merupakan satu program
untuk mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ke
arah menghasilkan murid berfikiran kreatif
dan kritis.

Rumusan
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah, aktiviti kokurikulum juga tidak kurang
pentingnya dalam menyokong kurikulum tersebut.
Kokurikulum mempunyai tiga bidang utama iaitu
kelab/persatuan, pasukan badan beruniform serta sukan
dan permainan.

Latihan yang dibuat untuk meningkatkan tahap
kompetensi KBAT guru pada tahun 2013 berfokus kepada
guru sains, matematik dan sejarah. Ini adalah kerana untuk
menyediakan murid bagi menghadapi pentaksiran
antarabangsa



Rumusan
Guru mata pelajaran yang lain akan
mendapat latihan KBAT melalui Latihan
Dalam Perkhidmatan (LDP), Continuous
Professional Development(CPD) dan
Program Pembangunan Guru Baru
(PPGB) bermula 2014.

Anda mungkin juga menyukai