Anda di halaman 1dari 24

Soalan 25 Jan 2014

Apakah kepentingan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran?
Bagaimanakah teknologi digunakan untuk pembelajaran?

Teknologi dan proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat berkait rapat
diantara satu sama lain. Teknologi merupakan bahan bantu mengajar yang modern
pada masa kini. Dengan adanya teknologi sebegini ianya boleh membantu guru-guru
dan para pendidik untuk memudahkan cara dan memberikan kesan yang efektif untuk
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dibuat. Selain itu ia juga
melahirkan dan menarik rasa minat pelajar itu sendiri terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran selain tingkah laku mereka menjadi positif terhadap proses pembelajaran.
Antara kebaikan kepentingan teknologi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
adalah jimat masa, wang dan tenaga, dapat mengelakkan rasa bosan pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, memberi rangsangan dan minat pelajar terhadap
sesuatu topik dan subjek serta menghiburkan pelajar kerana ianya berbentuk interaktif.

Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan
untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu
topik dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk
hiburan dan membuang masa. Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat
iaitu sebelum kegunaan dimana guru perlu merancang masa dan cara bagaimana
mengaitkannya dengan topik pengajaran. Semasa penggunaan pula guru perlu
merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu
pembelajaran.Manakala selepas kegunaan guru merancang aktiviti lanjutan seperti
soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian. Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari
segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal
bilik darjah. Selain itu, ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran
dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada pengenalan topic, perkembangan
pelajaran iaitu penerangan konsep, penutup dan kesimpulan topik pelajaran serta
penilaian kefahaman terhadap topic Guru hendaklah pandai merancang penggunaan
teknologi ini mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang
pembelajaran

Apakah peranan teknologi pendidikan terhadap pembelajaran?
Bagaimanakah teknologi pendidikan memberi kesan terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran?

Teknologi pendidikan merupakan aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik
- teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Antara
peranan teknologi pendidikan dan pendekatan yang dapat menggalakkan persekitaran
pembelajaran positif ialah mengubah peringkat membuat keputusan, mengubah sistem
atau pendekatan pengajaran dan mengubah pengalaman pembelajaran.

Pada masa dahulu, penggunaan media dirancang semasa kurikulum
dilaksanakan. Oleh yang demikian, pelbagai masalah telah timbul seperti kurangnya
persediaan guru semasa menlaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan kesukaran
mendapatkan bahan media yang sesuai untuk membantu guru melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran. Di sini dapat dijelaskan peranan teknologi pendidikan
telah berperanan merubah kebiasaan yang telah dilaksanakan pada masa dahulu.
Sistem pendidikan kini lebih efision dan mampu melahirkan pembelajaran yang
berkesan kepada murid dalammasa yang lebih singkat.

Selain daripada mengubah peringkat membuat keputusan, teknologi pendidikan
juga berperanan untuk mengubah sistem atau pendekatan pengajaran. Hasil
pembaharuan teknologi pendidikan ia dapat mempengaruhi sistem atau pendekatan
proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi pendidikan juga dapat menukar sistem
atau pendekatan pengajaran konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh,
sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas.


Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat mengubah pengalaman
pembelajaran.Pengalaman pembelajaran amat penting untuk menjadikan pembelajaran
yang berkesan, iaitu pembelajaran yang dapat mengubah tingkah laku murid. Oleh
yang demikian, pengalaman pembelajaran merupakan aspek yang penting di dalam
pelaksanaan kurikulum.

Penilaian' merupakan salah satu langkah yang terdapat dalam model ADDIE.
Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, bincangkan dengan rakan anda
mengenai bentuk penilaian yang boleh dilaksanakan dan terangkan ciri-ciri setiap
bentuk penilaian dengan memberikan sekurang-kurangnya satu contoh yang
sesuai.

Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987. Model ADDIE
merupakan model rekabentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah
pembinaan perisian dan bahan pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan.

Model ini merupakan antara model pengajaran yang sering menjadi asas kepada
model-model rekabentuk pengajaran yang lain. Model ADDIE merupakan proses
generik yang perlu diubah suai sebelum dapat digunakan.

Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan
bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih
efektif dan efisien. Model Pengajaran ADDIE yang meliputi fasa-fasa analisis,
rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.

Lima fasa yang terdapat di dalam Model ADDIE iaitu:
A (Analysis) - Analisis
D (Design) - Rekabentuk
D (Development) - Pembangunan
I (Implementation) - Pelaksanaan
E (Evaluation) - Penilaian

Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian formatif
seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan keberkesanannya.

Penilaian formatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan atau
menambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang
perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi gagal
apabila dilaksanakan. Jueteru itu adala penting untuk guru untuk mencuba
perancangan pengajaran ke atas sekumpulan kecil pelajar untuk mendapat maklum
balas keberkesanan perancangan tersebut.

Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik
sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan
elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian.
Penilaian sumatif biasanya berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan
bahan pengajaran diselesaikan.Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau
peringkat pembelajaran yang memberikan maklum balas tentang keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh Datayang dikutip memberikan
maklumat tentang pencapaian objektif yang ditetapkan. Oleh itu model ASSURE amat
menekankan penilaian formatif dan juga sumatif.

J elaskan bagaimana model ASSURE digunakan untuk merancang sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat enam langkah penting dalam Model ASSURE yang boleh digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi saya perancangan pengajaran yang rapi
dan tersusun akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di mana
pengajaran dan pembelajaran berlaku sebagai proses perkembangan secara
berperingkat.

Berdasarkan model ASSURE, enam langkah utama adalah seperti berikut :-
A Analyze learner (menganalisis murid)
S - State objective (menyatakan objektif pengajaran)
S - Select method (memilih kaedah,media dan bahan sumber pengajaran )
U Utilize media and materials (menggunakan media dan bahan )
R Require learner perticipation (memerlukan penglibatan murid yang aktif )
E Evaluate and revise (menilai hasil pembelajaran dan buat penambahbaikan )

Langkah-langkah pengajaran menggunakan Model ASSURE

1. Analyze learner (menganalisis murid)

Sebelum saya memulakan pengajaran, langkah pertama yang perlu saya lakukan
adalah menganalisis setiap murid dalam kelas saya. Ini penting kerana melalui
penganalisaan ini, saya dapat mengenali dan memahami ciri-ciri murid, tahap
pengetahuan, pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran murid kerana setiap
murid mempunyai tahap yang berbeza antara satu sama lain.

Selain daripada itu, saya juga mendapatkan maklumat murid melalui pemerhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran, temubual dengan ibu bapa/penjaga,
guru kelas dan mata muridan serta rakan sebaya. Berdasarkan kepada penganalisisan
dan pemerhatian saya, didapati murid-murid kelas 2 cerdik mempunyai ciri-ciri seperti
berikut:

a) Emosi dan tingkahlaku
Didapati murid kelas 2 Cerdik mempunyai ciri-ciri seperti perasaan terlalu merendah
diri, risau, takut, sedih, cepat bosan terhadap muridan, malas dan pasif;
b) Sosial
Murid-murid kelas 2 Cerdik didapati, gelisah, pendiam, suka menangis dan selalu
ponteng sekolah dan kurang berkeyakinan. Hasil pemerhatin juga didapati murid kelas
ini kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa/penjaga di rumah dalam bidang
pendidikan.
c) Kesihatan
Hasil pemerhatian, didapati murid-murid lemah pergerakan psikokomotor, badan yang
kurang sihat, masalah penglihatan, kurang mementingkan kebersihan diri.
d) Kesedaran belajar
Murid-murid kurang bersedia untuk belajar, kurang perbendaharaan kata dan kurang
pemahaman.
e) Pengamatan
Murid-murid tidak mangenal bentuk, saiz, warna, turutan, keliru dengan arah, tidak
boleh mengingat kembali, lemah pergerakan dan tidak kreatif.
f) Kebolehan
Hasil pemerhatian juga mendapati murid kelas 2 Cerdik ini suka melakukan aktiviti yang
berkaitan dengan muzik dan nyanyian. Ini kerana mereka telah didedahkan dengan
aktiviti hiburan baik di rumah mahu pun di persekitaran tempat kediaman mereka..

Melalui proses menganalisis murid-murid yang memerlukan pemulihan dan bimbingan
ini, ia membantu saya untuk memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan
mereka. Dalam hal yang demikian, saya sememangnya telah sedia maklum bahawa
murid saya mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Maka adalah lebih sesuai saya menggunakan bahan bukan cetak pada peringkat
permulaan, saya akan melakukan ujian diagnostik. Ujian ini bertujuan untuk mengenal
pasti zon kemahiran asas membaca yang tidak dikuasai oleh murid saya. Berdasarkan
ujian ini, saya boleh mengkelaskan murid mengikut tahap kemahiran mereka. Ini bagi
memudahkan saya untuk merancang pengajaran mengikut kemahiran asas mereka.

Berdasarkan analisis murid 2 Cerdik di atas, ia dapat dikelompokkan kepada tiga
perkara penting iaitu;

1. Ciri-ciri umum merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan, latar
belakang sosio-ekonomi dan sebagainya. Dengan mengetahui ciri-ciri ini, guru dapat
menjadikannya asas dalam pemilihan bahan media. Untuk mengetahui ciri-ciri lain, guru
haruslah meneliti rekod murid serta berinteraksi dengan murid secara langsung.

2. Komoentensi khusus peringkat masuk berkait dengan pengetahuan dan kemahiran
sedia ada murid tentang tajuk dan kandungan muridan. Maklumat ini diperolehi
daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Aspek ini tidak boleh
diperkecilkan kerana kesannya sangat besar kepada pembelajaran murid. Misalnya
cara mengenal perkataan kata adjektif. Andainya ada murid yang tidak memahami lagi
konsep kata adjektif, sudah pasti mereka gagal mengikuti pembelajaran. Tegasnya,
guru tidak harus mengandaikan semua muridnya mempunyai pengetahuan dan
kemahiran sedia ada yang sama.

3. Stail pembelajaran merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan
bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan
persekitaran. Tegasnya, stail ini akan memberi kesan yang besar kepada murid ketika
mereka belajar melalui pelbagai kaedah dan media.

2. S-State (menyatakan objektif pengajaran)
Setelah saya dapat menganalisis ciri-ciri umum murid dan mengetahui tahap
penguasaan kemahiran asas membaca, langkah seterusnya ialah saya perlu
menyatakan objektif pengajaran yang hendak dicapai. Objektif pembelajaran diambil
daripada sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ia dirancang berdasarkan Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Ini
perlu dilakukan dengan teliti kerana saya perlu melihat setiap perubahan tingkah laku
yang berlaku pada murid saya sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Saya
perlu menyatakan objektif pengajaran yang jelas, boleh dilihat perubahan tingkah laku
dan dapat dicapai.

Sebagai contoh, sebelum pengajaran bermula saya telah menetapkan objektif
pengajaran bahawa murid dapat membina dan mengeja secara lisan lima perkatan kata
adjektif dengan betul.

Saya perlu memilih perkataan tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada dan
persekitaran mereka. Ini bagi memudahkan meraka untuk membina dan mengeja
perkataan tersebut. Selain daripada itu, saya menyediakan bahan bantu mengajar
seperti kad imbasan bergambar dan kad kata adjektif.

Dalam langkah ini, harus diingat bahawa hasil pembelajaran bukan bertujuan menyekat
murid untuk belajar, Cuma ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang
sepatutnya dipelajari oleh mruid daripada pengajaran yang dilakukan. Seperkara lagi,
apa yang dipelajari itu bukan perkara lama, tetapi sesuatu yang baru kerana
pembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau pembaharuan. Ini bermakna hasil
pembelajaran harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap
yang baru untuk dipelajari.

3. S Select Method ( memilih kaedah, media dan bahan sumber pengajaran)
Bagi langkah ketiga, saya perlu memilih kaedah, media dan bahan yang bersesuaian
dengan kemahiran membaca perkataan kata adjektif. Pertama saya perlu memastikan
kaedah yang digunakan mestilah bersesuaian dengan ciri-ciri murid, pengetahuan sedia
ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua, saya juga mesti melihat format media
yang bersesuaian seperti gambar, foto, slad, audio serta video interaktif. Saya perlu
mengambil kira kumpulan murid, keupayaan, objektif serta maklum balas dalam
memilih format media yang bersesuaian. Ketiga, saya juga perlu melilih, mengubahsuai
atau menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran di mana bahan sumber
adalah merujuk kepada isi muridan yang difokuskan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Bagi murid pemulihan, saya memilih kaedah pembelajaran masteri. Kaedah pengajaran
ini memang sesuai dengan murid pemulihan. Melalui kaedah ini, saya akan
memastikan murid saya telah menguasai satu kemahiran, kemudian barulah saya akan
memperkenalkan dengan kemahiran yang lain. Bagi murid yang tidak menguasai
kemahiran kata adjektif, mereka akan mempelajari kemahiran tersebut sehingga
berjaya menguasai. Sepanjang proses pengajaran, teknik latih tubi akan sentiasa
diterapkan.

Kebiasaanya, saya akan memilih media yang interaktif untuk murid pemulihan. Ini
kerana murid pemulihan kurang berminat terhadap pelajaran kerana mereka tidak boleh
menaakul. Oleh itu, saya biasa memilih media yang boleh merangsangkan
pembelajaran seperti video, permainan atau aktiviti berasaskan teknologi.

Saya memilih bahan-bahan bantu belajar yang mudah digunakan oleh murid pemulihan
seperti kad imbasan perkataan, kad cantuman kata adjektif. Kad tersebut disediakan
berwarna warni dalam saiz yang berbeza serta tahan lama. Warna amat penting dalam
menarik minat murid pemulihan untuk belajar dan warna yang terang akan dapat
merangsan minda mereka. Saya menyediakan kad tersebut dalam kuantiti yang banyak
supaya murid dapat mempelajari perkataan baru setiap hari sehingga mereka
menguasai kemahiran tersebut.

4. U-Utilize Media and Materials (menggunakan media dan bahan)
Persoalan yang penting dalam langkah ini ialah, bagaimana sesuatu media dan bahan
sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid. Oleh itu, saya perlu menyemak,
pratonton, mengkaji bahan sumber sebelum digunakan serta sesuai dengan
persekitaran bilik darjah.

Kad-kad cantuman perkataan dan kad imbasan yang dibekalkan dan dibina sendiri
diletakkan di sudut yang mudah dicapai oleh murid. Secara tidak langsung, minat murid
pemulihan untuk belajar sendiri terbina. Saya akan menggunakan media dan bahan
dengan secara optimum. Media pengantar utama bagi murid pemulihan adalah laptop
dan LCD. Pembelajaran secara interaktif berbantukan komputer dapat menarik minat
murid pemulihan untuk mencuba perkara yang baru. Paparan slaid perkataan kata
adjektif yang jelas, gambar yang mudah difahami serta berwarna-warni di samping
penggunaan lagu dan nyanyian yang sesuai dapat meningkatkan tahap pembelajaran
murid pemulihan.
5. R-Require Learner Perticipation (memerlukan penglibatan murid)
Tidak dapat dinafikan murid orang asli mempunyai perasaan rendah diri dan tidak
mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Saya perlu merancang seuatu pembelajaran
yang melibatkan murid orang asli secara aktif bagi menghasilkan perubahan tingkah
laku yang diharapkan. Bagi saya penglibatan murid orang asli dalam proses pengajaran
dan pembelajaran amat penting.

Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan
pemglibatan murid orang asli. Melalui penggunaan gambar, gambar bersiri, video, dan
nyanyian dalam proses pengajaran dan pembellajaran. Ia dapat mencetuskan
perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan penglibatan murid orang asli secara aktif.
Ini sekali gus memudahkan saya menilai tingkah laku dan pemahaman mereka
terhadap pembelajaran dalam langkah seterusnya.

Selain daripada itu, saya juga merancang supaya semua murid terlibat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan di
mana setiap kumpulan akan mengedarkan kad cantuman suku kata kata adjektif yang
berlainan. Setiap ahli dalam kumpulan mesti bekerjasama untuk membina perkataan
kata adjektif yang bermakna iaitu hasil dari cantuman dua kad suku kata. Setiap
kumpulan mesti membina 10 perkataan kata adjektif dan perkataan kata adjektif yang
telah dibina akan ditulis di papan putih. Perkataan-perkataan yang dibina adalah
berdasarkan pengalaman dan persekitaran murid orang asli.

6. E-Evaluate and Revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian)
Dalam langkah terakhir ini, saya perlu membuat penilaian dan pengubahsuaian
berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Peringkat ini penting dalam sesuatu
langkah kerana untuk mendapatkan maklum balas dan penilaian yang dibuat oleh murid
orang asli. Oleh itu, saya mengadakan satu sesi refleksi bersama-sama murid. Ia
bertujuan untuk mendapatkan maklum balas terhadap tahap penguasaan murid dalam
pembelajaran yang baru dilakukan.

Dalam langkah ini, beberapa persoalan boleh digunakan untuk melihat penilaian dan
seterusnya membuat pengubahsuaian. Antara persoalan yang boleh digunakan
sebagai panduan adalah :
1. Adakah objektif pengajaran saya pada hari ini tercapai?
2. Adakah media dan bahan sumber yang saya gunakan dapat membantu murid
menguasai kemahiran?
3. Adakah murid dapat menguasai kehamiran asas membaca perkataan kata
adjektif?
4. Adakah bahan sumber yang saya gunakan memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran.
5. Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif?

Soalan-soalan ini akan membantu saya mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang
terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diubahsuai bagi pengajaran dan
pembelajaran seterusnya.

Di penghujung sesi pengajaran, saya akan mengedarkan lembaran kerja yang
berkaitan dengan perkataan kata adjektif dengan bimbingan guru. Antara aktiviti yang
dijalankan dalam lembaran kerja tersebut adalah memadankan perkataan kata adjektif
dengan gambar yang betul, murid menulis suku kata kata adjektif berdasarkan gambar
yang diberi dan murid mewarnakan gambal yang betul berdasarkan suku kata kata
adjektif yang diberi. Melalui aktiviti ini, saya dapat menilai sejauh mana objektif yang
dirancang dapat dicapai. Ini juga membolehkan saya melihat tahap penguasaan murid
terhadap kemahiran yang telah diterapkan.

Selain daripada senarai di atas, terdapat beberapa senarai lain yang boleh dijadikan
garis penduan ketika menilai median, iaitu;
1. Amat kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat murid;
2. Menyokong pemikiran tinggi;
3. Memperkembangkan kemahiran berfikir;
4. Menyampaikan kandungan secara mendalam;
5. Merangsang naluri ingin tahu murid;
6. Murid dapat melibatkan diri secara aktif;
7. Membolehkan penerokaan isu secara mendalam;
8. Menghubungkait bidang muridan; dan
9. Meningkatkan nilai murni.

Selain daripada menggunakan soal selidik dan senarai semak, penilaian terhadap
media dan kaedah juga boleh dilakukan melalui:
1. Perbincangan dengan kelas;
2. Temubual dengan setiap murid; dan
3. Pemerhatian.

Senaraikan jenis-jenis transparensi dan ciri-ciri yang terdapat di dalamnya.

Jenis-Jenis transparensi
a. Tulis Terus (write-on)
Diperbuat daripada acetate dan polyester
Mempunyai 3 peringkat ketebalan iaitu 0.08mm, 0.1 mm dan 0.12 mm. Untuk
kegunaan am transperansi setebal 0.1 mm biasa digunakan
Transperansi mempunyai dua saiz iaitu 260 x 260 dan A4 (210 mm x 297
mm)
Menggunakan pena berasaskan air atau pena berasaskan spirit.
b. Thermal (infra-merah)
Diproses deagn mesin transperancy maker
Mempunyai pelbagai latar dan warna seperti Black on Clear (imej hitam
latarbelakang jernih). Black on colour(imej hitam latarbelakang warna). Colour
on clear (imej berwarna latarbelakang jernih)
Bahan dasar berasaskan karbon contohnya keratan akhbar, pensel 2B,
bahan fotokopi berasaskan debu, bahan cetak dari pencetak laser
berasaskan debu.
c. Fotokopi
Diproses menggunakan mesin fotostat
Bahan dasar diletakkan di bahagian atas cermin dan transperansi
dimasukkan ke dalam dulang kelas seperti membuat fotostat.
Gambar warna atau hitam boleh dipindahkan tetapi gambar berwarna akan
menjadi hitam putih.
d. Ink-jet Film
Ink jet film boleh digunakan terus dengan pencetak berasaskan ink jet seperti
pencetak canon, Epson. Bahan dasar boleh disediakan dengan
menggunakan computer da arahan menyalin sepertimana anda membuat
penyalin di atas kertas.



22 FEB 2014

1. Apakah media pengajaran?
Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan
pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran,
perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran.
Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan
bahawa ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan atau
pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman,
persediaan dan perasaan.

2. Bagaimana media boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran?
cara menggunakan media pengajaran hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap
supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam
ingatan mereka. Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran
secara lisan oleh guru, penggunaan media pengajaran sebenarnya turut memberi
peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria,
iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran. Sebagai contoh media
pengajaran untuk pengajaran dan pembelajaran matematik termasuklah:
1. Bahan-bahan pembilang seperti manik-manik berwarna, blok-blok kayu
pelbagai bentuk, penyedut minuman, butang, kayu aiskrim dan sebagainya.
2. Bahan berbentuk kertas seperti kad, carta, kertas graf dan sebarang kertas.
3. Alat-alat pengukuran seperti cawan mainan, tin dan botol.
4. Alat permainan dan teka teki matematik.
5. Alat elektronik seperti computer, kalkulator dan internet
6. Model-model pertalian geometri seperti papan paku atau geoboard,
7. Tangram, model geometri kayu ataupun plastik.
3. Bagaimana media boleh diklasifikasikan?
Media boleh dibezakan melalui:
a. Bentuk fizikal atau format
b. Atribut atau ciri
Media pengajaran terbahagai kepada dua:
a. Media Cetak
b. Media bukan cetak
Pengkelasan Media
1. Media Tayang Kaku contoh: transparensi, slaid dan mikrofilem
2. Media Tayang Bergerak contoh: pita video, cakera padat digital dan filem
3. Bahan Grafik contoh: lukisan, poster, kartun, carta dan graf
4. Gambar Kaku gambar contoh: foto, kad imbasan dan poskad
5. Bahan Pameran Tiga-Dimensi contoh: model, boneka, diorama dan pupet
6. Papan Paparan/Pameran contoh: papan kapur, papan putih, papan flannel dan papan buletin
7. Media Audio contoh: pita kaset, cakera padat dan komputer
8. Media Cetak contoh: modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah

4. Apakah fungsi media pengajaran?
Antara fungsi media pengajaran ialah:
(a) memperjelaskan penyampaian mesej
(b) mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera
(c) penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi
(d) pengalaman dan persepsi yang sama

5. Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih media
pengajaran?
Factor asasnya ialah objektif, pelajar, kaedah dan praktikal
6. Apakah langkah-langkah yang perlu dalam menyediakan bahan media
pengajaran?
Cetusan idea
Nyatakan objektif
Analisis pelajar
Kumpul dan susun bahan
Tukarkan idea kepada visual
Rancangkan penglibatan pelajar
Semak perancangan anda
penerbitan

Bagaimanakah grafik dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu sesi pengajaran-
pembelajaran anda?

Visual membantu menyediakan panduan konkrit sesuatu idea. Visual ikonik
umpamanya membantu ingatan untuk menghubungkan idea. Visual memotivasikan pelajar
dengan cara menarik perhatian, mengekal perhatian danmenghasilkan maklum balas emosi.
Visual dapat menghuraikan maklumat yang sukar difahami. Visual juga dapat menggambarkan
perkaitan antara unsur-unsur berlainan.Visual jika digunakan bersama teknologi pengajaran
dapat meningkatkan pencapaian
Menjadikan idea (perkataan) lebih konkrit
Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkan perhatian pelajar
Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami
Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur dan tutur
Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi bentuk bukan visual seperti tutur atau
perkataan

Rebentuk visual yang baik dapat meningkat komunikasi antara punca (Guru) dan
penerima (pelajar)
Mempastikan kebolehbacaan (dapat lihat perkataan dan imej dengan jelas)
Mudah untuk interpretasi mesej
Dapat libatkan dan tarik perhatian pelajar
Dapat tarik perhatian kepada perkara yang terpenting

Cuba lihat beberapa poster pilihan anda. J elaskan prinsip grafik yang digunakan dan
mengapa ia digunakan.
Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan penggunaan garisangarisan,
huruf-huruf serta warna-warna dalam satu persembahan visual yang
memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai
daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan.
Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai
bentuk yang dinamik dan berwarna bagi menarik perhatian serta boleh menyampaikan
mesej dengan spontan. Guru harus berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir
selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus
menerus.

Apakah kelebihan dan kelemahan setiap bahan 2D yang telah dinyatakan di atas? (rujuk
modul )

Kebaikan Gambar foto:
1. Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada ida-idea yang
maujud dan formal.
2. Gambar mudah didapati dan dihasilkan.
3. Tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali jika gambar
terlalu kecil.
4. Penggunaan gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat pengajaran
pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup.
5. Gambar dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru kepada
murid dengan jelas dan tepat.

Kelemahan gambar foto:
1. Kadangkala gambar terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam bilik
darjah yang besar.
2. Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar sesuatu benda kerana gambar
berbentuk dua dimensi.
3. Kaku dan mungkin konsep sebenar bahan yang ditunjukkan tidak dapat disampaikan
kepada murid dengan sepenuhnya.
4. Kadangkala gambar yang ditunjukkan tidak mempunyai warna, kesahan tidak dapat
dibuktikan.
5. Gambar foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Kemungkinan murid
tersilap membentuk konsep mengenai sesuatu benda.

Terdapat pelbagai teknik penghasilan transparensi berdasarkan prinsip grafik.
Nyatakan teknik-teknik tersebut beserta contoh sub-topik pelajaran yang sesuai
dengannya.

Jenis-Jenis transparensi
e. Tulis Terus (write-on)
Diperbuat daripada acetate dan polyester
Mempunyai 3 peringkat ketebalan iaitu 0.08mm, 0.1 mm dan 0.12 mm. Untuk
kegunaan am transperansi setebal 0.1 mm biasa digunakan
Transperansi mempunyai dua saiz iaitu 260 x 260 dan A4 (210 mm x 297
mm)
Menggunakan pena berasaskan air atau pena berasaskan spirit.
f. Thermal (infra-merah)
Diproses deagn mesin transperancy maker
Mempunyai pelbagai latar dan warna seperti Black on Clear (imej hitam
latarbelakang jernih). Black on colour(imej hitam latarbelakang warna). Colour
on clear (imej berwarna latarbelakang jernih)
Bahan dasar berasaskan karbon contohnya keratan akhbar, pensel 2B,
bahan fotokopi berasaskan debu, bahan cetak dari pencetak laser
berasaskan debu.
g. Fotokopi
Diproses menggunakan mesin fotostat
Bahan dasar diletakkan di bahagian atas cermin dan transperansi
dimasukkan ke dalam dulang kelas seperti membuat fotostat.
Gambar warna atau hitam boleh dipindahkan tetapi gambar berwarna akan
menjadi hitam putih.
h. Ink-jet Film
Ink jet film boleh digunakan terus dengan pencetak berasaskan ink jet seperti
pencetak canon, Epson. Bahan dasar boleh disediakan dengan
menggunakan computer da arahan menyalin sepertimana anda membuat
penyalin di atas kertas.


Hasilkan satu rakaman audio digital yang dapat membantu anda mengajar satu
standard pembelajaran bagi mata pelajaran yang anda ajar.
Sediakan skrip audio yang mencatatkan teks dialog, diiringi dengan muzik latar
serta penggunaan kesan bunyi yang bersesuaian bagi menghidupkan lagi hasil
kerja anda. Anda bebas menggunakan alat perakam dan aplikasi editor bunyi
mengikut pilihan anda.

Sejauh manakah video penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajaran dan
pembelajaran?
Video adalah sejenis media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang
realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada
penonton. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai
beberapa keistimewaan yang seharusnya disedari oleh guru supaya ia boleh
mempergunakannya dalam bilik darjah.
Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti
merakam seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat
mempercepatkan dan melambatkan masa. Pergerakkan harimau bintang
yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah
pergerakan itu boleh dibekukan.
Pernahkan anda melihat proses bunga berkembang dalam rancangan
televisyen? Sekiranya anda hendak melihat bunga sebenar berkembang
tentulah mengambil masa yang lama. Tetapi melalui teknik rakaman masa
sela, masa boleh dipendekkan di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak perlu
menonton begitu lama untuk melihat bunga berkembang dalam keadaan
sebenar.
Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik
darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi.
Adalah mustahil untuk membawa murid-murid melihat letupan gunung berapi
dalam situasi yang sebanar.
Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh
memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh
dilihat oleh murid-murid, sementara murid-murid juga boleh melihat ruang
angkasa melalui jarak jauh.
Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi. Teknik ini
memerlukan sedikit kemahiran bagi menghasilkan pergerakan yang biasanya
akan menjadi tarikan kepada minat murid terhadap pelajaran.

Tonton beberapa rancangan televisyen seperti Berita, dokumentari, forum dan drama.
Bandingkan jenis-jenis shot dan pergerakan kamera yang terdapat dalam rancangan-
rancangan yang anda tonton. Apakah kesan Panning, Tilting, Dolly dan Truck kepada
image yang terbentuk? (Nyatakan tajuk sumber anda)

Berita semasa jenis shot yang digunakan ialah bust shot, waist shot, knee shot, full length shot.
Pergerakan yang digunakan pan ke kanan dan ke kir.i
Filem big close up, close up, long shot, bust shot, waist shot, knee shot, full length shot.
Pergerakan yang digunakan ialah panning ke kiri dan kanan, tilt up dan tilt down, truck ke kanan
dan ke kiri.

15 MAC 2014

Apakah kelebihan menggunakan persembahan elektronik semasa menjalankan
pengajaran dan pembelajaran berbanding media lain seperti poster, gambar, slaid dan
carta?

i. Menarik perhatian murid
ii. Memotivasikan murid
iii. Menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran seperti
pembelajaran koperatif, kemahiran berfikir aras tinggi, pembelajaran berasaskan
penyelesaian masalah dan pembelajaran berasaskan projek.
iv. Melibatkan murid melalui kerja-kerja penghasilan
v. Meningkatkan anggapan bahawa murid sendiri yang mengawal pembelajaran
vi. Membantu guru menghubungkan murid kepada sumber pembelajaran
vii. Membantu guru menjejak perkembangan pembelajaran murid
viii. Menyediakan murid untuk menghadapi dunia yang sentiasa berubah

Berdasarkan pengalaman anda menggunakan aplikasi persembahan elektronik, apakah
fitur-fitur yang terdapat pada sesebuah aplikasi persembahan elektronik selain daripada
fitur yang tersebut di atas (yang telah dinyatakan dalam modul)? Bagaimanakah anda
menarik perhatian murid ataupun penonton lain kepada persembahan elektronik yang
anda gunakan?
Ciri-ciri persembahan elektronik
Kebanyakan aplikasi persembahan elektronik mempunyai fitur-fitur asas yang
membolehkan penyampai memasukkan elemen teks, grafik, audio, video dan pelbagai
kesan khas bagi menghidupkan lagi persembahan tersebut dan menarik perhatian
penontonnya kepada idea utamanya. Answer.com (2012) telah menyearaikan beberapa
fitur asas persembahan elektronik seperti berikut:
i. Fitur pemprosesan perkataan yang membenarkan penggunanya memasukkan dan
mengubah format teks
ii. Kemudahan untuk memasukkan penyuntingan imej grafik, serta mewujudkan kesan
aimasi.
iii. Sistem persembahan paparan berasaskan slide (slide show engine) yang dapat
memaparkan paparan mengikut turutan slaid, isi kandungan dan olahan yang terpilih.
Aplikasi persembahan elektronik juga menyediakan kemudahan pratonton (preview)
kesan kesan animasi tersebut sebelum ada membuat pemilihan terakhir.

iv Sistem pengurusan susun letak (layout) yang membenarka anda memilih template
yag telah ditetapkan den megubahsuaiya mengikut keperluan semasa

Kriteria persembahan elektronik yang baik
Persembahan elektronik yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
i. Aplikasi prinsip reka bentuk grafik membantu penyediaan persembahan eklektronik
yang mudah dibaca dan mempunyai nilai estetik. Antara prinsip-prinsip reka bentuk
grafik tersebut termasuk:
a. Prinsip Mudah (Simplicity)
Menggunakan latar belakang yang mudah, supaya penonton tidak tertarik
kepada latar belakang yang berwarna-warni ataupun yang lebih kompleks.
(Smaldino et al., 2012; Jones, 2005)
b. Prinsip Kontras
Warna latar paparan perlu menyebabkan mesej utama kelihatan lebih menonjol
(Jones, 2005; Smaldino, 2012). Penggunaan latar belakang berwarna gelap dan
teks yang berwarna cerah juga akan menghasilkan kesan kontras yang baik
(Clark, 2004).
c. Prinsip Penegasan (Dominant)

yang kontras bagi menonjolkan subjek ataupun idea utama.
d. Gunakan banyak ruang kosong (white space) di keliling subjek ataupun
idea utama supaya ia dapat menarik perhatian penontonnya.
Peraturan 6X6 (Rule of Six) merupakan panduan penyediaan paparan yang
mencadangkan supaya menggunakan teks berbulet yang ringkas bagi
memudahkan pemerolehan maklumat yang optimum. Peraturan ini
mengesyorkan penggunaan teks berbulet pada setiap paparan dimuatkan tidak
melebihi enam baris manakala pada setiap baris pula mengandungi tidak
melebihi enam perkataan (Clark, 2004).
iii. Mengemukakan idea ataupun penerangan mengikut turutan yang logikal. Amalkan
prinsip dari yang mudah ke yang kompleks, dari yang diketahui kepada yang belum
diketahui, daripada yang konkrit kepada yang abstrak, dll. aMenggunakan visual untuk
mewakili konsep yang abstrak ataupun apabila paparan teks dan angka mungkin
kelihatan kompleks dan mengelirukan.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
25
A B
Rajah 11.3.11: Perbandingan paparan berbentuk teks sahaja
dengan paparan berbentuk imej.
Merujuk kepada Rajah 11.3.11 di atas, visual berbentuk gambar rajah dan imej
(B) dapat menerangkan sesuatu konsep ataupun proses dengan lebih baik
daripada menggunakan teks sahaja (A).
iv. Mengintegrasikan elemen multimedia ataupun rangsangan multisensori dalam
penyampaian anda. Menurut Mayer (1998; 1999) dalam teori pembelajaran
multimedianya, telah menyarankan prinsip-prinsip berikut yang boleh dijadi garis
panduan penyediaan bahan pembelajaran multimedia:
a. Prinsip multimedia (Multimedia representation principle): Lebih baik
membuat penerangan dengan kombinasi teks dan imej daripada
menggunakan teks sahaja.
b. Prinsip gabungan ataupun bersebelahan (Spatial Contiguity Principle): Kesan
pembelajaran yang melibatkan gabungan teks dan imej yang berdekatan
adalah lebih baik daripada dibuat secara berasingan.
c. Prinsip penumpuan perhatian melalui saluran deria penglihatan (Visual Split-
Attention Principle) mencadangkan agar penerangan dibuat secara lisan bagi
menggantikan penggunaan teks yang panjang lebar yang dipapparkan
melalui skrin.
d. Prinsip saiz maklumat yang minimum (Chunking principle): Gunakan teks dan
gambar yang minimum.
e. Prinsip koheren (Coheren principle): Elakkan penggunaan isitilah ataupun
perkataan yang tidak releven.
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK
26
f. Prinsip penumpuan perhatian melalui deria auditori (Auditory Split-Attention
Principle): Semasa membuat penerangan secara verbal bersama animasi
(elemen visual), elakan penggunaan muzik latar dan kesan bunyi yang
berlebihan supaya murid dapat menghubungkaitkan animasi dengan huraian
yang dipersembahkan.
v. Membuat penerangan, memperkenalkan konsep dan idea secara progresif.
vi. Mengelakkan penggunaan kesan animasi yang berlebihan (Smaldino, 2012; Clark,
2004).
Fikirkan
(A) (B)
Bandingkan cara memuatkan kesemua langkah dalam sebuah paparan (A)
dengan olahan di mana setiap langkah didedahkan secara langkah demi
langkah (B). Yang manakah lebih membantu murid untuk menguasai
konsep? Apakah justifikasi bagi jawapan anda?

12 APRIL 2014

Anda dikehendaki mengambil 4 gambar foto dengan menggunakan memberi perhatian
kepada fungsi apatur, shutter speed dan ISO /ASA filem. Cetak foto tersebut dan
nyatakan nilai i) apatur ii) shutter speed dan iii) ISO / ASA yang filem digunakan .

Bagaimanakah mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dijalankan?

Apakah perisian-perisian aplikasi yang sesuai digunakan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran?

Teroka dan bincangkan ciri-ciri utama beberapa aplikasi pangkalan data. ( sila rujuk satu
sistem yang digunakan di sekolah anda )

Apakah contoh perisian yang boleh dikategorikan sebagai alat pengarang? (nyatakan
nama perisian tersebut beserta logonya)

Pilih satu koswer pendidikan yang terdapat di sekolah anda dan kenalpasti elemen-
elemen media interaktif yang terdapat didalamnya.

Apakah yang dimaksudkan dengan Hak cipta Terpelihara. Bagaimana Hak cipta
Terpelihara boleh diaplikasikan dalam pendidikan yang berasaskan komputer.?
Bagaimanakah cara yang beretika untuk menggunakan bahan-bahan yang ada bagi
membina bahan PENGAJ ARAN DAN PEMBELAJ ARAN tanpa melanggar Akta Hak cipta?

Apakah implikasi yang wujud berkaitan dengan keselamatan dan privasi murid di
sekolah? Apakah peranan guru dalam isu keselamatan dan privasi?

Anda mungkin juga menyukai