Anda di halaman 1dari 4

NAMA SEKOLAH: SK.

KEBAYAU

AKIBAT SUKA MELASTIK BURUNG

Di dalam sebuah kampung, ada sebuah keluarga yang sederhana.
Dalam keluarga itu, ada seorang anak muda yang bernama Erik.
Erik seorang budak yang degil. Dia juga suka melawan cakap ibunya.
Apabila disuruh membaca buku, dia lansung malas.
Satu tabiat Erik yang tidak baik ialah kegemarannya melastik
burung. Kemudian burung itu akan dikurungnya di dalam sangkar.
Kadang-kadang burung yang dilastiknya itu akan patah kakai. Malang
sungguh nasib burung itu.
Sudahlah kaki burung itu patah, dikurungnya pula seperti di dalam
penjara. Erik hanya ketawa melihat burung itu.
Cuti sekolah sudah bermula. Setiap hari Erik bersama-sama
kawannya Kamal dan Chiam akan pergi melastik burung walaupun
dilarang oleh ibunya.
Pada suatu hari, ibu Erik berkata cuti sekolah begini, duduklah di
rumah. Boleh bantu ibu buat kerja atau mengulangkaji pel;ajaran.
Erik lansung tidak menghiraukan kata-kata ibunya. Dia pergi juga,
lagipun Kamal dan Chiam sedang menunggunya.
Lewat petang barulah Erik balik. Di tangannya kelihatan seekor
burung punai.
Erik menggosok-gosok burung itu sambil mnemasukkannya ke dalam
sangkar.
Ibu, lihatlah burung yang baru saya bawa balik ini, kata Erik
memberitahu ibunya. Ibunya hanya menggeleng-gelengkan kepala
melihat tingkah laku Erik itu.
Janganlah pergi melastik burung lagi. Tak baik menyeksa burung-
burung tu. Mereka pun mahu hidup bebas seperti kita juga, nasihat
ibu Erik.
Tapi Erik menjawab, Alah, ibu ni. Saya dah berjanji dengan Kamal
dan Chiam, esok kami akan pergi ke hutan untuk melastik burung
lagi.
Ibu Erik berasa kecewa dengan sikap anaknya itu. Dia tidak tahu
bagaimana lagi hendak menasihati Erik. Hendak dipukul, sudah dua
belas tahun umur anaknya itu.
Pada keesokan harinya, awal-awal lagi Kamal dan Chiam datang ke
rumah Erik. Erik sudah lama menungggu. Di tangannya sudah
tersedia lastik dan beberapa biji batu.
Selepas itu, mereka bertiga pun masuk ke hutan. Di dalam hutan
memang terdapat pelbagai jenis burung yang cantik-cantik.
Tiba-tiba kamal ternampak seekor burung hingggap di dahan
sebatang pokok. Erik, Chiam, lihat di sana! kata Kamal sambil
menuding jarinya ke arah burung tersebut.
Apabila melihat burung itu, Erik terus menarik lastiknya. Tapi
Chiam menahannya. Jangan, Erik! Kau tengok, ada sarang tebuan di
pokok itu, kata Chiam.
Kemudian, Kamal pula menyambung, Yalah, ada sarang tebuan. Kita
jangan cari nahas. Lebih baik kita pergi saja dari sini.
Namun, Erik lansung tidak mempedulikan nasihat kawan-kawannya.
Dia terus menarik getah lastiknya dan kemudian mencari sasaran.
Batu yang bagaikan peluru itu dilepaskan ke arah burung.
Sayangnya, batu itu tidak hinggap pada burung. Sebaliknya, telah
terkena pada sarang tebuan. Apa lagi, tebuan-tebuan itu pun
keluarlah dari sarang dengan bunyi yang berdengung.
Lari! Lari! tempik Chiam. Tebuan-tebuan itu kelihatan seperti
sepasukan askar yang hendak menyerang musuhnya. Tiga sekawan
itu bertempiaran lari untuk mencari perlindungan.
Mereka terus dikejar oelh tebuan-tebuan itu. Aduh! Aduh!
Sakitnya, jerit Erik setelah beberapa ekor tebuan hinggap di
badan dan mukanya.
Manakala Kamal dan Chiam bernasib baik kerana tidak jauh dari
situ terdapat sungai. Jadi mereka berdua terjun ke dalam sungai
itu untuk mengelakkan dari dikejar oleh tebuan-tebuan itu.
Erik yang dalam kesakitan berlari pulang. Muka dan badannya
bengkak-bengkak. Ibu, tolong! Sakitnya jerit Erik memanggil
ibunya.
Kenapa ni? Itulah ibu dah cakap, jangan pergi. Tengok, sekarang
apa dah jadi, kata ibu Erik sambil menggosok-gosok badan Erik
yang bengkak itu.
Aduh, sakitnya. Saya tak mahu melastik burung lagi. Maafkan saya,
bu, Erik berjanji dengan ibunya. Baguslah kalau begitu, balas
ibunya.
Keesokan harinya, Kamal dan Chiam datang melawat Erik. Nak
pergi melastik burung lagi, Erik? usik Kamal. Aku dah serik,
akibatnya sungguh teruk, kata Erik. Kemudian mereka sama-sama
ketawa.

Anda mungkin juga menyukai