Anda di halaman 1dari 4

PBS 2- BM

Novel- Wira Persona Avatari


Latar Masyarakat
Terdapat beberapa latar masyarakat yang dipaparkan dalam Novel Wira
Persona Avatari hasil nukilan Ahamad Zaki Abu Bakar

Masyarakat yang mendominasi novel ini mempunyai pengetahuan yang luas dalam
bidang computer. Masyarakat celik komputer jelas dilihat melalui watak Anas dan
Aina yang kerap melayari Internet untuk mencari maklumat tentang pertandingan
Avatari
Selain itu terdapat juga masyarakat remaja yang meminati permainan komputer.
Hal ini dibuktikan dengan keadaan Pusat Permainan Video Game Star sentiasa sesak
dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan remaja.
Seterusnya ,masyarakat elit juga melatari novel ini. Watak- watak seperti Anas,
Aina, Pauline, Adeen, dan Kumar datang daripada keluarga elit kerana ayah mereka
merupakan jutawan, ahli perniagaan, dan profesor.

*Isi Tambahan
Masyarakat bandar yang miskin
Contoh: Anjali ialah anak yatim yang dibesarkan dalam keadaan yang amat daif lagi
mencabar.
Masyarakat yang terlibat dalam kegiatan jenayah
Contoh: Abang Anjali, iaitu Muthu merupakan ketua samseng yang diarahkan untuk
menimbulkan huru-hara di Pusat Permainan Video Game Star.
PBS 2- BM Novel-Wira Persona Avatari
Latar Tempat

Terdapat beberapa latar tempat yang dipaparkan dalam Novel Wira Persona
Avatari hasil karya Ahamad Zaki Abu Bakar
Salah satu latar tempat dalam novel ini ialah Pusat Beli-belah Anggun . Tempat
ini merupakan lokasi pertandingan Avatari kali ke 10 dijalankan. Di pusat itulah
pelbagai peristiwa melibatkan kumpulan Zamrud II dalam pertandingan sengit
menentang pihak lawan.
Selain itu, satu lagi latar tempat ialah Pangsapuri Pak Cik Ho. Tempat ini ialah
lokasi Anas dan Aina bersama-sama berbincang tentang penubuhan sebuah pasukan
remaja bijak komputer. Pasukan yang ditubuhkan di tempat ini menyahut cabaran
menyertai pertandingan avatar di peringkat antarabangsa.
Seterusnya, Pusat Permainan video Game Star juga melatari novel ini. Di sinilah
terletaknya bilik Avatari tempat ahli Zamrud selalu berkumpul dan menguji
kemahiran mereka untuk pertandingan Avatari. Malah, Anjali menang permainan
Robot War di pusat permainan video ini.





PBS 2- BM Novel-Wira Persona Avatari
Latar Masa

Terdapat beberapa latar masa yang dipaparkan dalam Novel Wira Persona
Avatari hasil karya Ahamad Zaki Abu Bakar.
Salah satu latar masa dalam novel ini ialah hari Ahad. Pada hari ini di pusat beli-
belah Anggun berlangsung pertandingan Avatari ousingan pertama hingga ke
peringkat akhir. Pada pukul 3 petang hari yang sama, pertandingan akhir Avatari ke
-10 bermula dengan lima pasukan bertanding , iaitu, Malaysia, Russia, USA , Jepun
dan Australia.
Selain itu, waktu malam juga menjadi latar novel ini. Pada waktu malam, di bilik
bacaan,Anas dan Aina melayari Internet untuk mengetahui tentang pertandingan
Avatari. Mereka mencari informasi sambil bersembang di kamar bicara dengan
avatar Shogun Tokogawa.
Seterusnya, pada waktu siang Aina dan Anas pulang dari sekolah untuk
memberitahu abangnya tentang pertandingan Avatari kebangsaan ke -10. Pada
setiap hari Sabtu dab Rabu, ahli-ahli Pasukan Zamrud II akan menjalani latihan
ketangkasan, stamina dan fizikal dengan pengawasan Cikgu Nisah.








BM - ting 2 Novel- Wira Persona Avatari
Pengajaran
1. Kita hendaklah berani berjuang untuk mencapai matlamat
Contoh: Anas membahayakan dirinya untuk memastikan Pasukan Zamrud II menjuarai
Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
2. Kita perlulah mengetepikan kepentingan diri sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam pasukan
Contoh: Cikgu Nisah menasihati Pauline supaya mengubah sikapnya yang cemburu terhadap Anjali.
3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai matlamat
Contoh: Ahli kumpulan Pasukan Zamrud II gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari
Kebangsaan Kali Kesepuluh.
4. Kita haruslah sanggup berjuang untuk mempertahankan agama
Contoh: Anas sanggup menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi
Muhammad semasa peringkat akhir pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dengan
dibantu oleh ahli Pasukan.
5. Kita tidak harus mengkhianati kepercayaan orang terhadap kita
Contoh: Anjali mensabotaj Pasukan Zamrud II sehingga pasukan itu hampir-hampir tewas dalam
pertandingan Avatari.
6. Kita mesti bekerjasama dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menjamin kejayaan
sesuatu pasukan dalam pertandingan
Contoh: Semua ahli Pasukan Zamrud II mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sehingga
berjaya menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

Anda mungkin juga menyukai