Anda di halaman 1dari 11

STRATEGI ,PENDEKATAN, KAEDAH DAN

TEKNIK PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAHASA

Apakah kaedah pengajaran ?.

Setiap orang guru mesti tahu apakah kaedah hendak digunakan semasa mengajar dalam bilik
darjah. Kaedah merupakan prosedur-prosedur mengajar yang terbentuk melalui pendekatan
pengajaran yang tertentu .

Teknik pula merupakan cara-cara mengajar yang khusus dalam sesuatu kaedah pengajaran.

Mengajar bahasa merupakan satu amali .Sebagai tugas amali pengajaran

i ) Dengan cara mengikut prosedur yang lengkap tentang tatacara untuk

melaksanakannya .

ii) Dengan cara menggunakan satu set prinsip umum bagi

melaksanakan tugas tersebut.

Oleh itu, Corder ( 1975 ) berpendapat bahawa seseorang guru bahasa yang baik tidak
melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan peraturan atau resipi.

Guru tersebut mempunyai satu set prinsip yang dijadikan panduan bagi melaksanakan tugasnya
berasaskan peraturan-peraturan..

Dengan perkataan lain, guru tersebut mempunyai pegangan umum tentang apa yang terjadi
apabila seseorang pelajar belajar bahasa ataupun guru tersebut mempunyai satu teori tidak
formal tentang cara mengajar bahasa .

Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran iaitu :

Pendekatan Deduktif

Pendekatan Induktif

Pendekatan Elektif

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Deduktif

Pendekatan pengajaran ini mengutamakan penguasaan undang-undang ataupun peraturan
bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru guru yang menggunakan pendekatan ini
biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka dengan huraian undang-undang
bahasa yang hendak diajar sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya.

Contohnya ,apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru akan memberi takrif ayat
tersebut sebelum menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya .

Pendekatan Induktif

Pendekatan ini pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau
peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur
bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut.

Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya
dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian berpandukan contoh-contoh yang
dibuat , guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.

Pendekatan Eklektif

Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk menghasilkkan satu
strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh
yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar, ini ditambah dengan contoh-contoh
murid-murid. Murid-murid dipandu untuk sampai kepada undang-undang bahasa. Murid-murid
kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama .

Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang
yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-contoh.Contoh-
contoh lain didapati oleh murid untuk menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu
digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa
mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan system tatabahasa serta
kecekapan berkomunikasi,kecekapan yang pertama membolehkan seseorang
murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya .
Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai
dengan khalayak yang dihadapinya.

Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat dan sesuai
dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru .

Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid-murid akan
melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka
menggunakan struktur ayat yang dilatih.Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid
daripada guru.

Soalan :
Cuba banding dan bezakan pendekatan deduktif, induktif,eklektif dan
komunikatif.
Beri contoh-contoh tatabahasa dengan menggunakan pendekatan tersebut.

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA

Pendekatan pengajaran bahasa di atas menghasilkan beberapa jenis kaedah pengajaran . Di
antaranya ialah

kaedah Nahu Terjemahan/ traditional

kaedah membaca

kaedah Terus

kaedah fonetik/linguistic

Kaedah Eklektif

Kaedah Audio-Lingual

Kaedah Nahu Terjemahan

Tujuan kaedah Nahu Terjemahan :

1 ) Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar
menulis menggunakan bahasa yang betul.

2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya.

3 ) Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam
penulisan.

4) Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca
ke bahasa ibuanda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca.

Teknik Mengajar

1 ) Pelajar pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu dahulu.Guru memberi
penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi misalan.
Undang-undang nahu ini perlu dihafalkan.

2 ) Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal.Dalam pembelajaran
bahasa kedua senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa
kedua.Pelajar pelajar kemudianya disuruh membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai
perbendaharaan kata itu berdasarrkan undang-undang yang dipelajari.

Dalam pembelajaran bahasa kedua asing pelajar-pelajar juga dikehendaki membuat terjemahan
ayat-ayat daripada bahasa asing/kedua ke bahasa ibuanda atau sebaliknya.
Sifat-sifatnya

1 ) Kaedah ini bersifat deduktif

2 ) Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan.


Kaedah Bacaan

Kaedah bacaan ini merupakan satu short cut untuk penguasaan bahasa.

Tujuan

1 ) Untuk memperkembangkan kebolehan mereka membaca.

2 ) Membolehkan pelajar mempelajari bahasa kedua/ asing tanpa terjemahan.

Teknik Mengajar

1 ) Guru cuba menggunakan cara yang paling berkesan supaya di akhir kursus itu pelajar dapat
membaca bersendirian. Pelajar-pelajar dilatih menyebut sebutan-sebutan dengan betul dan
menggunakan pola-pola pertuturan yang simple.



3 ) Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk mereka memahami teks yang dibaca.

4 Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang membolehkan pelajar-pelajar
mengingatkan struktur-struktur dan pembendaharaan kata yang penting pada fahaman teks.

5 Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan pada bacaan supaya membolehkan pelajar-pelajar
mengenali beberapa bentuk katakerja, katanama dan lain-lain.Penghasilan struktur-struktur ayat
secara aktif tidak diutamakan.

6 Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan, pelajar-pelajar
diperkenalkan dengan system bunyi bahasa yang dipelajari dengan cara mendengar dan
bertutur dengan menggunakan rangkaikata simple . Bila ini sudah tercapai pelajar-pelajar
membaca buku teks, ini diikuti dengan latihan lisan dan menjawab soalan.

Kelemahan

1 ) Menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam bacaan tetapi akan mendatangkan
kesusahan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesulitan membaca.

2 ) Hasil kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk kualiti.Pelajar-
pelajar mungkin habis membaca sebuah buku tetapi tidak dapat memahami apa yang dibaca .

3 ) Kaedah ini juga menimbulkan pelajar-pelajar yang dapat membaca buku teks tetapi
tidak dapat membaca serta memahami bahan bacaan lain.ataupun menghasilkan pelajar-
pelajar yang boleh membaca tetapi dapat memahami dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari.

Kaedah Terus

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana kaedah ini mula digunakan untuk melatih
pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu.

Tujuan

1 ) Membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa,contohnya
mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis.

2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat
yang berkenaan.

Teknik Mengajar

1 ) Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar it uterus dengan bahasa
yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan system bunyi bahasa itu.
Sebutan penutur natif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar ..Terjemahan
tidak digunakan langsung.

2) Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara huraian, lukisan, aksi,
perkataan seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain.



3) Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat yang hendak diajar dilatihtubi
dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya. Undang-undang tatabahasa hanya diajar
selepas penguasaan struktur ayat .

4 ) Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengann
latihan lisan yang dibuat.

Sifat-sifat

1 Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah
ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama/ibuanda/natif kanak-kanak belajar
secara mendengar dan bertutur.

2 Pellajar-pelajar dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar.Terjemahan tidak digunakan
langsung.

3 Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah
ini merupakan gabungan linguistic dengan pengajaran bahasa.

Kelemahan-kelemahan

1 ) Oleh kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan ,pelajar-pelajar tidak dapat menulis
dengan betul. Hasil tulisan mereka merupakan struktur-struktur natif yang disalut dengan
perbendaharaan kata asing. Ini adalah kerana murid-murid telah mempunyai kebiasaan
pertuturan bahasa ibuanda yang kukuh sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing

2 ) Oleh kerana masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini terlalu lama, ia mungkin
dapat dipraktikkan di sekolah, keraana di sekolah mata pelajaran lain juga perlu diajar.

3 )Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan bahan-bahan yang boleh
dihafalkan, ataupun bahan perrbualan yang telah ditetapkan ,maka ini mungkin tidak sesuai
untuk perkembangan kebiasaan pertuturan yang sistematik.

Kaedah Kod Kognitif


J. B . Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian
terhadap kaedah nahu terjemahan.

Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sitem rumus-rumus bahasa yang
ternyata melalui bentuk linguistic.Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan
bersifat sejadi dan sejagat.Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan keceekapan semula jadi
rumus-rumus bahasa ibuandanya dalam jangka masa yang singkat.



Pada umumnya Diller ( 1971 ) berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai andaian berikut
terhadap bahasa :



1 ) Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan-peraturan.

2 Boleh digunakan untuk berfikir.

3 Peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi.

4 Manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa.

Di samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian berikut terhadap pembelajaran bahasa (
khusus bahasa kedua )



Merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasa
kedua secara sedar.

Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti pembelajaran ilmu
pengetahuan .

Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada kebolehan mereka
menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna.

Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada taraf kognitif yang tertentu, maka
kebolehan untuk menggunakan bahasa akan berkembang secara automatic.

Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi murid murid
memahami rumus-rumus tatabahasa.Ayat ayat pecahan digunakan dan huraian unsure-unsur
tatabahasa pula dibuat secara deduktif.

Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsure-unsur
tatabahasa sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan
untuk memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar . Contohnya
membandingkan struktur-struktur ayat yang mengandungi imbuhan akhiran kan dan -
i bagi membolehkan murid-murid memahami imbuhan transitif dan transitif lokatif.
Setelah murid-murid memahami huraian unsure-unsur tatabahasa yang diajar baharulah
mereka diberi latihan peneguhan.

Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar , bertutur ,membaca
dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan penerangan guru tentang konsep-konsep
yang diajar.

Hakikat yang dinyatakan di atas memberi gambaran bahawa kaedah ini mengutamakan
pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa. Ciri ini
adalah sama dengan cirri pengajaran bahasa melalui kaedah nahu terjemahan. Pengajaran
unsur-unsur bahasa pula adalah secara deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan
ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam kontkes penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih
mengutamakan kecekapan bahasa daripada kecekapan berbahasa.

Kaedah Oral Aural ( Dengar tutur
Kaedah oral-aural atau kaedah dengar tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan
diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan.Dialog dianggap realistic dan ia
dilatih tubi secara berulang kali.Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistic dengan memberi
perhatian kepada intonasinya yang betul.Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah
sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya ,lebih lebih
lagi jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu.

Alat pandang dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam
situasi yang realistic, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut
dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah sisusun rapi.Sistem tatabahasa yang diberi
kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur.
Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam
konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu aalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi
tetapi juga kepada gunanya.

Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-
mula latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari , dan hanya selepas itu
baharulah latihan menulis bebas dibenarkan.

Tujuan Kaedah Oral-aural ( Dengar-Tutur )

Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar
memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa , iaiitu : mendengar , bertutur,membaca
dan menulis. Tetapi dalam hal ini , mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-
kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini
juga membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

Kaedah Komunikatif

1) Kaedah ini berasaskan teori interaksi .Penganjur kaedah ini
berpegang kepada beberapa prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa
mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak.Oleh sebab proses pemerolehan
bahasa kanak kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa,maka pengajaran
bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa ( tatabahasa ) serta kecekapan komunikatif (
ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan )



2) Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara yang lebih berkesan sekiranya
mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian ini juga berasaskan proses pemerolehan
bahasa kanak-kanak,kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah
mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.Oleh itu
pengajaran bahasa pelajar mestilah menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan,
dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan
struktur bahasa yang diajar.

3) Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian unsure-unsur bahasa dalam teks
dan wacana .

4) Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu semata-mata kepada aktiviti latih amal atau latih tubi
unsure-unsur bahasa tetapi pengajaran perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsure-
unsur tatabahasa yang dilatih tubi.

5) Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa, dalam proses pemerolehan bahasa
kanak-kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang lumrah. Keadaan ini berlaku dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar
untuk cubamenggunakan bahasa dalam situasi-situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini bukan
sahaja bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan bahasa , tetapi kaedah ini
juga bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan menggunakan unsure-unsur
yang dipelajari dalam berbagai konteks.

6) Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah ini, dalam aktiviti ini ,pelajar diberi peluang untuk
melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan tugas yang dirancangkan oleh guru.Tiap-tiap
tugas yang dirancangkan ini memerlukan pellajar-pelajar memilih dan menggunakan unsure-
unsur bahasa yang telah dilatih dalam praaktiviti untuk berinteraksi dalam kontkes social yang
diberi.

7) Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang pelajar-pelajar dapat
menguasai struktur tersebut dan konteks pewujudannya.Teknik-teknik soal jawab dan latih tubi
digunakan bagi melatih pelajar-pelajar menguasai unsure-unsur bahasa dalam praakktiviti.

8) Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan kelemahan bagi Bahasa Melayu di
sekolah menengah. Antara kejayaannya ialah bahasa ( tatabahasa) tidak dipelajari secara
abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi.Guru dapat menggabungjalinkan pelbagai kemahiran
bahasa dalam satu aktiviti pengajaran.Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid daripada
guru.Murid yang diajar mellalui kaedah ini berminat untuk belajar.Walau bagaimanapun , guru
yang menggunakan kaedah ini berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung semata-mata
kepada buku teks sebagai bahan pengajaran.




Soalan :
Berdasarkan kaedah komunikatif bincangkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang dapat dipraktikkan berpandukan kaedah
ini.
Jelaskan kekuatan kaedah ini berbandingankan dengan kaedah dengar-tutur.





TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN

Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik darjah.
Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Biasanya, ia bertujuan utuk membolehkan sesuatu
objektif pengajaran itu dicapai dengan segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa,
pelbagai teknik boleh digunakan.Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat
memahamkan perenan mereka serta merancangkan isi, memilih aktiviti , memilih bahan dan
mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan.



Berikut ini diperlihatkan beberapa teknik mengajar yang boleh dipilih dan digunakan oleh
guru-guru dalam pengajaran mereka.


1 ) TEKNIK BERSOAL JAWAB

Teknik bersoal jawab ialah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular dan
paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah.Guru- guru memilih teknik ini bukan kerana ia paling
mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang paling berupaya mewujudkan interaksi yang
berkesan di dalam bilik darjah. Disamping itu , ia menjadi alat yang efekktif untuk mengesan
pemahaman, mmenggerakkan minda untuk pecernaan idea, konsep falsafah dan sebagainya.
Selain itu ,ia juga menggalakkan kesangupan melahirkan peerasaan dan fikiran, penglibatan dan
percaya diri di kalangan pelajar.



Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukkan soalan-soalan dan pelajar
memberi tindak balas sewajarnya. Biasanya , soalan-soalan yang digunakan adalah terdiri
daripada jenis-jenis yang diperlukan untuk memerah dan mencunggkil fikiran. Ia bukan hanya
bertujuan menguji atau menilai apa yang diajar, tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal
pelajar supaya mereka sedar atau nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari.
Kejayaan menggunakan teknik ini biasanya bergantung kepada kebolehan guru merancang
soalan-soalan dan mencetuskan secara spontan soalan-soalan baru ekoran daripada jawapan
yang diberi oleh pelajar.



Soalan:
Cuba beri contoh soalan yang boleh dikemukan kepada pelajar menggunakan
teknik bersoal jawab dalam bilik darjah .




2 ) TEKNIK MAIN PERANAN



Main peranan ialah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembeelajaran bahasa.Melalui teknik ini pelajar dapat gambaran atau contoh pengalaman
secara spontan. Biasanya , main peranan melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap
sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip.
Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ambil peranan atau sosiodrama yang
mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan.



Main peranan boleh dikehendalikan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar .
Proses main peranan ini biasanya bermula dengan pemilihan masalah yang sesuai. Masalah itu
dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui
fillem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.selepas itu , pelajar diminta
melakonkannya.






Aktiviti :
Cuba fikir beberapa contoh aktiviti main peranan yang boleh dilaksanakan
dalam bilik darjah oleh para pelajar .




3 ) TEKNIK MENGHAFAZ DAN LATIH TUBI



Teknik menghafaz dan latih tubi ialah satu teknik pengajaran yang telah lama digunakan
sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk
mengajar agama dan perkara-perkara yang bersabit dengan Tuhan mereka . Pada masa itu
teknik ini dapat digunakan secara yang amat berkesan sekali.



Teknik menghafaz biasanya memerlukan empat langkah berikut :



( a ) Memikirkan bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar diminta

Menumpukan perhatian kepada isi kandungan yang harus diingat.







( b ) Mengulang bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar dilatih

berulang kali sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan

pelajar tidak teragak-agak untuk menyebutnya.





( c ) Mengucapkan bahan di hadapan guru : Ini bermaksud supaya

orang lain dapat menyemak atau membentulkan kesalahan

yang mungkin berlaku.



( d ) Mengingtkan bahan yang dipelajari: Ini merupakan peringkat

terakhir dalam proses menghafaz . Pelajar diminta mengingatkan

secara bersendirian bahan yang telah dipelajari itu supaya ia

menjadi lebih kekal.







Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah
untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut, dan di samping itu menjamin
kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua, dan
ia juga boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran, misalnya kemahiran melukis,
menyebut perkataan, membina ayat-ayat atau meningat fakta-fakta yang penting.



Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini juga mempunyai
kelemahan-kelemahannya.Antaranya ialah ia mengehadkan kebebasab berfikir dan
menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu, pengajaran yang isi kandunganya memerlukan
ikutan dan ulangan, teknik ini amat sesuai sekali digunakan. Guru harus ingat bahawa teknik
yang hendak digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran yang
hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan membosankan.





Soalan :
i) Bandingkan dan bezakan teknik menghafaz dengan teknik latih tubi
ii ) Beri contoh contoh aktiviti-aktiiviti latih tubi dalam bilik darjah.












4 ) TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH



Teknik penyelesaian masalah ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan bawah
penyeliaan guru. Melalui teknik ini seseorang itu harus mengatasi rintangan atau halangan
untuk mencapai tujuannya. Dewey ( 1933 ) telah mencadangkan lima langkah bagi
melaksanakan teknik ini , iaitu :



( a ) Kenal masalah



Biasanya teknik ini memerlukan pelajar mengenal dan mengesan masalah

dan selepas itu perlu pula menyelesaikan masalah tersebut. Dalam

situasi kelas pelajar boleh mengesan atau mengenal masalah melalui

perbincangan atau melihat filem. Kemukakan soalan-soalan yang dapat

dikaji sebagai masalah. Sewaktu proses mengenal masalah ini

dijalankan, guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang

bebas tanpa banyak sekatan .

Anda mungkin juga menyukai