Anda di halaman 1dari 1

Pakar

PC
Pakar
PC
Perisian Avira Free Antivirus ialah salah satu
perisian antivirus yang menawarkan perlindungan
secara real-time sewaktu anda melayari Internet
dan laman sosial media dengan percuma. Perisian
Avira juga tidak mengganggu prestasi komputer anda
kerana menggunakan keupayaan pemprosesan yang
amat minimum.
Megat Zainurul
Anuar Megat Johari
Menyambung
PhDdalambidang
Pengurusan Maklumat
PERISIAN
PERCUMA
ISU 29 GEN-Q
75 74
GEN-Q ISU 29
Terdapat banyak perisian
antivirus yang menawarkan
perlindungan daripada virus
dan juga malware sewaktu anda
melayari Internet. Perisian
Avira Free Antivirus ialah salah
satu perisian antivirus yang
menawarkan perlindungan secara
real-time sewaktu anda melayari
Internet dan laman sosial media
dengan percuma.
Perisian Avira juga tidak
menggangguprestasi komputer anda
kerana menggunakan keupayaan
pemprosesan yang amat minimum.
Rujukan: http://www.avira.
com/en/avira-free-antivirus
3
MELABEL DAN
MENANDA NOTA
SERTA MEMBUAT
TANGKAPAN SKRIN BAGI
TUJUAN RUJUKAN

Skitch ialah aplikasi percuma
yang memberikan kemudahan
5
PERISIAN
PERCUMA
YANG
MEMUDAHKAN
ANDA UNTUK...
1
MENCARI DAN
MEMBUKA
APLIKASI
PROGRAM DENGAN
PANTAS
Bagi pengguna Windows,
anda mungkin sudah biasa dengan
menekan butang Start kemudian
mengklik butang All Program dan
seterusnya memilih aplikasi yang
hendak anda gunakan.
Kali ini saya akan kongsikan
teknik yang lebih pantas bagi
carian dan membuka aplikasi.
Caranya adalah dengan
menggunakan perisian Launchy.
Launchy ialah aplikasi carian
pintar yang akan memberikan
hasil carian yang pantas dan
mengaktifkan program dengan
hanya menekan kekunci [Enter].
Launchy boleh diaktifkan dengan
menekan kekunci [Alt] dan [Space]
secara serentak. Anda boleh
memuat turun perisian Launchy di
www.launchy.net.
2
MEMBERIKAN
PERLINDUNGAN
SEWAKTU MELAYARI
INTERNET DAN LAMAN
SOSIAL
menanda dan melabel perkara
yang anda inginkan dengan
lakaran dan lukisan. Skitch amat
berguna apabila anda hendak
merujuk sesuatu yang penting
atau menunjukkan fokus terhadap
sesuatu perkara atau imej.
Dengan menggunakan
aplikasi ini, anda boleh
menyampaikan idea dalam masa
hanya beberapa saat dengan
menandakan foto dan tangkapan
skrin dengan anak panah, bentuk
dan teks mudah.
Rujukan: http:evernote.com/
skitch
4
MENGURUSKAN
CLIPBOARD
BAGI TUJUAN
MENGGUNAKANNYA
SEMULA

Apabila anda menggunakan
arahan menyalin (copy) atau
memotong (cut), aplikasi Windows
akan menggunakan ingatan
sementara bagi mengingati
arahan tersebut sebelum anda
mengarahkan Windows untuk
menampal (paste) ke lokasi yang
anda ingini.
Proses mengingat sementara
sebelum kandungan yang dipotong
dan disalin kemudian ditampalkan
semula dinamakan clipboard.
Malangnya sistem Windows
membenarkan sekali sahaja
penggunaan clipboard pada setiap
arahan.
Sekiranya anda menggunakan
arahan menyalin dan memotong
untuk kali yang kedua, ingatan
sementara pada clipboard
sebelumnya akan dipadam. Jika
anda masih ingin menyimpan
arahan-arahan pada clipboard
yang terdahulu, maka aplikasi
Shapeshifter ialah jawapannya.
Rujukan: http://flamefusion.
net/Downloads/Software/
Shapeshifter/Setup.exe
5
MENDAPATKAN
SEMULA DATA YANG
TELAH TERHAPUS

Recuva atau yang disebut
sebagai recover ialah aplikasi
percuma yang menawarkan
perkhidmatan bagi mendapatkan
semula data yang telah dilupuskan
secara sengaja ataupun tidak
sengaja. Data itu termasuklah fail
yang telah dilupuskan daripada
Recycle Bin.
Aplikasi Recuva juga boleh
mendapatkan semula fail dan
data yang telah terhapus
disebabkan oleh virus dan akibat
daripada sistem yang rosak
(crash). Walau bagaimanapun
sebagai panduan, untuk
mendapatkan peratus pemulihan
yang tinggi, anda harus melakukan
proses recover secepat mungkin
kerana data yang telah lama
terpadam agak sukar untuk dicapai
semula.
Rujukan: http://www.
piriform.com/recuva

Anda mungkin juga menyukai