Anda di halaman 1dari 7

Sat, Feb 9, 2013 at 1:19 AM

Sat, 1:19 AM
Message starred
Kenali Jin...
Show Details
From
Joy Runner
To
xtahap


> Apa itu Jin?
>
>
> BERIMAN KEPADA YANG GHAIB
> Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah
> Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki
> oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib
> beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara
> ini Ibn Mas'ud mengatakan:
> Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib
> dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu
> juga jin.
> Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak
> ayat-ayat Al- Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
>
>
> Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak
> ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia
> ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat
> melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang
> merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta
> tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap
> meyakini wujudnya.
>
>
> APAKAH ITU JIN?
> Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa
> arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang
> tersembunyi"
> atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat". Hal itulah yang
> memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam
> tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan
> makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan,
> berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah
> hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu
> : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan
> jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."
>
>
>
> AWAL PENCIPTAAN JIN
> Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih
> waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah
> S.W.T.
> berfirman ( maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
> manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang
> diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang
> sangat panas. ( Surah Al-
> Hijr: 26-27 ).
>
>
>
> BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN HIDUP
> Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh
> dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada
> suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan,
> lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara,
> kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama
> mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka,
> alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T.
> Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan
> penganut ajaran komunis.
>
> TEMPAT TINGGAL JIN
> Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi
> dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di
> tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka
> memakan makanan lebihan manusia.
> Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu
> Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin
> Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka
> mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."
>
>
> Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w.
> telah
> bersabda: "Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada
> didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka
> hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
> kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)
>
> Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam
> sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah kamu kencing
> dilubang."
> (HR. An-Nas'i)
>
>
> KERAJAAN IBLIS
> Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri,
> pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima
> di antaranya wajid diwaspadai :
> Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu
> mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik
> kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan
> bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya,
> melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh- kesah and caci-maki
> terhadap ketentuan Allah atas dirinya.
>
> Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha
> dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan,
> membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri,
> sehingga menjadi penceraian.
> Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat
> besar.
>
> Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh penghuni
> kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya
> perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum
> wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini,
> betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala
> persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan
> dengan pejabat besar mereka.
>
>
> Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-
> kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan
> anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam
> bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan
> oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya
> disebarkan pula oleh manusia.
>
> Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran
> di pasar- pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan
> pertengkaran, caci- maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama
> manusia.
>
> Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :
>
>
>
> Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya
> :
> Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta
> pengikut- pengikut dan anak-anaknya.
>
> Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin
> Mujahid yang mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima anak, yang
> masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi
> nama masing-masing anaknya :
> Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur."
>
>
>
>
> KUMPULAN-KUMPULAN JIN
> Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup
> berpuak- puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam
> berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin
> kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :- Kumpulan yang menunggu
> kubur Kumpulan yang menunggu gua Kumpulan yang menunggu mayat Kumpulan
> yang menunggu air mata air Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok,
> kuala, pulau dan sebagainya.
>
> PEMIMPIN-PEMINPIN JIN
> Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah
> :- Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar,
> Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
> Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan
> yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah
> seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
> Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail,
> Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.
> Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA
> LI.
> Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama
> Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.
>
> JENIS-JENIS JIN
> Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
> Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
> Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was ) Al-Afrit - Penipu-penipu
> Al-A'waan - Pelayan-pelayan Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
> Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam At-Tawaabi - Pengikut-pengikut (
> pengekor ) Al-Qurana - Pengawan-pengawan Al-Ummaar - Pemakmur.
>
> ANAK2 IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR Thubar - Merasuk
manusia
> yang ditimpa musibah dan bala.
> Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim,
> rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
> Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum
> arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
> Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.
> GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG MELAYU Jin menurut orang-orang
> Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakan dan rupa
> bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan
> hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan
> Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk
> yang berbeza daripada Jin. Antara Jin-Jin yang popular di kalangan
> masyarakat Melayu ialah :-
> (a.) - Hantu Raya
> (b.) - Hantu Toyol
> (c.) - Hantu Pelesit
> (d.) - Hantu Kubur
> (e.) - Hantu Jerangkung
> (f.) - Hantu Galah
> (g.) - Hantu bungkus
> (h.) - Hantu Bidai
> (i.) - Harimau Jadian
> (j.) - Hantu Pontianak
> (k.) - Hantu Langsuir
> (l.) - Hantu Air
> (m.) - Hantu Pari
> (n.) - Hantu Laut
> (o.) - Jin Tanah
> (p.) - Hantu Pochong
> (q.) - Hantu Pari-Pari
> (r.) - Jembalang Tanah
> (s.) - Hantu Polong
> (t.) - Harimau Penanggal
> (u.) - Hantu Bukit
> (v.) - Hantu Punjut
> (w.) - Hantu Bawah Tangga
> (x.) - Hantu Kum-Kum
> (y.) - Hantu Mati Dibunuh
> (z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
> (zz) - Hantu Tengelong
>
> MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN
> Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang
> haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan,
> maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin.
> Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu
> menderita penyakit.
> Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri
> kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang
> bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang
> akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats.
> Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.
>
> 9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA
> ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat
> cermat.
> Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang
> tidak perlu.
> WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka
> buruk terhadap Allah.
> A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
>
> Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
> tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
> HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada
> di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada
> minuman keras ) MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang
> sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
> keseronokan dan glamour etc.
> MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
> umpatan dan segalaapa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
> DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah
> kita.
> Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak
> agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami
> bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut
> cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
> WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
> berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
> LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan
> matahari.
>

__._,_.___

Anda mungkin juga menyukai