Anda di halaman 1dari 5

Bahan Bantu Mengajar

LAGU SIMPULAN BAHASA



Ambil berat , ambil tahu
Ambil tahu tentang sesuatu

Campur tangan , masuk campur
Masuk campur sesuatu urusan

Hidung tinggi bersikap sombong
Keras hati sangat degil

Ringan mulut suka bercakap
Muka tembok tak tahu malu

Cari jalan cari cara selesaikan masalah
Buah tangan sebagai hadiah
Ada bakat berkebolehan

Ambil hati berasa kecewa
Terhadap kata seseorang

Ada hati ada kemahuan
Murah hati suka beri bantuan

Tanda hati hadiah kenangan
Besar hati berasa bangga terhadap pertolongan










Kasih Seorang Bapa

Cerpen Rezeki di Laut yang saya baca dalam Majalah Dewan Perdana
itu menceritakan kegigihan Pak Seman membesarkan anak-anaknya dengan titik
peluhnya sendiri. steri Pak Seman, Mak Maimun meninggal dunia selepas
beberapa bulan melahirkan anak mereka yang kelima.

Pak Seman seorang yang buta huruf. Dia tidak boleh membaca kerana dia
tidak bersekolah. Dia banyak bergantung pada laut untuk mencari rezeki.
Meskipun terpaksa bergelut dengan pukulan ombak dan terik mentari, dia tetap
tabah menjalani liku-liku hidup. Hasil tangkapan yang diperoleh pada setiap hari
tidak seberapa. Adakalanya cuma cukup makan.

Pak Seman berasa susah hati kerana terpaksa meninggalkan anak-anaknya
di rumah tanpa pengawasan orang dewasa. Dalam masa yang sama, dia perlu
turun ke laut untuk mencari sesuap nasi. Mujurlah anaknya yang sulung, iaitu
Ainon sudah boleh diharapkan untuk menjaga adik-adiknya. Jiran Pak Seman,
iaitu Puan Zaleha pula sering menjenguk anak-anaknya semasa ketiadaan Pak
Seman.


Pak Seman amat mengambil berat akan pelajaran anak-anaknya. Hanya
dengan pelajaran,nasib anak-anaknya akan berubah. Dia tidak mahu anak-
anaknya mengikut jejak langkahnya sebagai nelayan kelak. Dia mahu mereka
berjaya dalam hidup masing-masing.

Pak Seman berasa bertuah kerana anak-anaknya faham akan kesusahan
yang dihadapi olehnya. Mereka jarang meminta sesuatu yang di luar kemampuan
Pak Seman.

Cerpen yang saya baca itu berakhir dengan kejayaan anak-anak Pak Seman
melanjutkan pelajaran ke menara gading.Kejayaan mereka adalah hasil daripada
dorongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh Pak Seman.






















Kad Gambar Simpulan Bahasa



buruk siku



mata duitan




lidah bercabang





kaki ayam




ulat buku

Anda mungkin juga menyukai