Anda di halaman 1dari 4

Adab-Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah

Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin

Adab-adab berhubung dengan ibadat mestilah merujuk kepada apa yang ditunjuk ajarkan oleh Allah
S.W.T dan Rasulullah s.a.w iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Ada sebahagian pihak yang cenderung untuk mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua
sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi kerap, atau mandi pada
hampir waktu berbuka kerana itu boleh mengurangkan keletihan dan sekaligus menghilang
kelebihan puasa.
Sedang di dalam hadith yang sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam Malik di dalam al-Mawata’,
Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
‫ص ُّب ا ْل َ ا َا َ لَى َر ْأسِ ِ ِ َ ا ْل َ َ ِ أَ ْو ِ َ ا ْل َح ِّرر‬
ُ ٌَ ِ ‫سلَّ َ ِا ْل َ ْر‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ‫َّللا َ لَ ٌْ ِ َو‬ ِ َّ َ ‫سول‬
َ ‫َّللا‬ ُ ‫َقال َ الَّذِي َح َّد َثنًِ لَ َقدْ َرأَ ٌْتُ َر‬
“Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj
(nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan
dahaga atau panas”. Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan: “Tidak
mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau
dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di
al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan
dahaga atau panas”.(Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).
Apa yang penting di dalam bulan Ramadhan ini adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa
mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang iaitu al-Quran atau al-Sunnah. Antara adab-adab
berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadith:

Pertama: Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar.
Ini berdasarkan hadith-hadith yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`d;
Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
‫اا ِ َ ٌْ ٍرر َ ا َ َّ لُوا ا ْل ِ ْ َر‬
ُ ‫َ ٌَ َ ال ُ ال َّن‬
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puas” (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim).
Hadith ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunnah Nabi s.a.w. baginda
menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan
berbuka menambah pahala. Kata al-Tibi (meninggal 743H): “Barangkali sebab Allah menyukai
mereka yang bersegera membuka puasa ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum
solat membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ianya menyanggahi ahli
bid`ah yang berpendapat wajib melewatkannya. (al-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan
Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

Kedua: Berbuka Puasa dengan rutab, atau tamar atau air.


Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis.
Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di
negara kita rutab sudah mula dikenali. Ianya kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan
mengecut. Apabila ianya mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadith daripada Anas katanya:
ْ ِ ‫ت‬ ‫س َوا ٍر‬ َ ‫ت َ ِ ْ لَ ْ َ ُك ْ ُر َ َ اتٌت َ ُ َ ٌْ َراتٌت َ ِ ْ لَ ْ َ ُك ْ ُ َ ٌْ َراتٌت َح‬
َ ‫سا َح‬ َ ٌُ ْ َ‫سلَّ َ ٌُ ْ ِ ُر َق ْ ل َ أ‬
‫صلِّر ًَ َ لَى ُر َ َ ا ٍر‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ‫َّللا َ لَ ٌْ ِ َو‬ َ ً‫َكا َ ال َّن ِ ُّب‬
‫َااٍر‬
Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab,
sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda
minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahamd dan al-Tirmizi, katanya hadith ini hasan) Al-Diya
al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadith ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411
cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).
Inilah tertib yang dilakukan oleh baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada tamar dan jika tiada
air. Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadith ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa
dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air…Adapun
pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau
mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak.
Ini kerana ianya menyanggahi sunnah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada
tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat
kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan
Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).
Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang
dalil daripada sunnah Nabi s.a.w.

Ketiga: Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air; sekiranya
makanan belum dihidangkan.
Hadith yang kita nyatakan di atas menunjukkan baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau
tamar atau air sebelum bersolat maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut
iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya
makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata maka
dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan
dalam hadith-hadith baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah
s.a.w. telah bersabda:
ْ ‫ص َ َ ا ْل َ ْ ِر ِ َو َ َ ْ َ لُوا َ ْ َ َ ااِ ُك‬ َ ‫صلُّبوا‬َ ُ ْ َ‫سلَّ َ َقال َ إِ َذا قُ ِّرد َ ا ْل َ َ ا ُا َا ْ َد ُاوا ِ ِ َق ْ ل َ أ‬
َ ‫صلَّى اللَّه َ لَ ٌْ ِ َو‬ ِ َّ َ ‫سول‬
َ ‫َّللا‬ ُ ‫أَ َّ َر‬
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ianya sebelum kamu menunaikan solat
maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu. (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim).
Dalam hadith yang lain daripada `Abd Allah bin `Umar, baginda s.a.w. bersabda: \
ُ ‫ص َ ُ َا ْ َد ُاوا ِا ْل َ َ ااِ َو َ ٌَ ْ َ لْ َح َّ ى ٌَ ْ ُر َ ِ ْن‬ َّ ‫ت ال‬ ِ َ ٌِ‫إِ َذا ُو ِ َ َ َ ا ُا أَ َح ِد ُك ْ َوأُق‬
“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan,
maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Riwayat di atas juga menambah:
ْ
ِ ‫ص َ ُ َ َ ٌَ ٌِ َها َح َّ ى ٌَ ْ ُر َ َوإِ َّن ُ لَ ٌَ ْس َ ُ ق َِرا َا َ ْااِ َ ا‬ َّ ‫َو َكا َ ا ْ ُ ُ َ َر ٌُو َ ُ لَ ُ ال َّ َ ا ُ َو ُ َقا ُ ال‬
“Bahawa Ibn `Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan manakala solat pula sedang
didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan sedang beliau
mendengar bacaan imam”.
Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau
dalam perasaan lapar boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat disebabkan ingatan terhadap
makanan tersebut. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan
terhidang di hadapan mata. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadith-hadith tersebut
dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh
mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim,
4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).
Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan
makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunnah ini meliputi semua solat dan waktu makan
kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-
Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut: “Hadith tersebut menyatakan hendaklah didahulukan
makan malam sebelum solat maghrib. Namun ianya juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain.
Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk. (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295,
cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).
Malangnya ada di kalangan yang kurang faham lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah
berkumandang hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jamaah.
Inilah kedangkalan meneliti hadith-hadith Nabi s.a.w., lalu mengandaikan agama dengan emosi
sendiri.
Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada,
maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan
makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan
kesempurnaan solat. Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi
(meninggal 597H): “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah
bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah
menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya
makanan mereka (para sahabah) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti
solat jamaah. (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

Keempat: Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka.


Ini bertepat dengan firman Allah S.W.T.
(maksudnya) “Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebih. Sesungguhnya Dia tidak
sukakan orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-`Araf:31).
Di dalam hadith baginda s.a.w. menyebut:
‫َم ا َم َم َما َمآ ِم ٌّي ا ِم َم اًءا َم ًءًّر ا ِم ْن ا َم ْن ٍن ا ِم َم ْن ِما ْن ِم ا َمآ َماا ُأ ُأ َم ٌت ا ُأ ِم ْن َم ا ُأ ْن َم ُأا َم ِم ْن ا َم َم ا َم ا َم َم اَم َم ا َم ُأ ُأ ٌتاااِم َم َم ِم ِما َم ُأ ُأ ٌت ااِم َم َم ِم ِما َم ُأ ُأ ٌت ااِم َم َم ِم ِماا‬
“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi
anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan
kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman
dan satu pertga untuk pernafasan. (Riwayat al-Tirmizi, katanya: hadith ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn
Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadith ini hasan).
Hadith ini telah salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w menyuruh
umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu
pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadith ini bukan demikian, pembahagian
tersebut ialah had maksima. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu baginda menyebut jika tidak
dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang
dapat memberi tenaga.

Kelima: Berdo`a ketika berbuka.


Ini berdasarkan hadith Nabi s.a.w.:
‫ِم َّن ااِم َّن اِم ِم ا ِم ْن َمآا ِم ْن ِم ِمااَم َمآ ْن َم ًءا َم ا ُأ َم ُّداآا‬
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, do`a yang tidak ditolak ketika dia berbuka.
(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani
dithiqahkan oleh Abu Zur‘ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).
Maka kita boleh berdo`a dengan apa sahaja do`a yang kita hajati. Do`a orang berpuasa makbul
disebabkan jiwa yang telah dibersihkan dari kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi
menyebut: Hadith di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggunjawab puasa dengan
menjaga lidah, hati dan anggota” (Faidh al-Qadir, 2/500).
Di sana ada do`a yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:
‫ال َم ُأا َم ْن َم َّن ِما ْنا ُأ ُأ ُأوا َم َم َم َماا ْناَم ْن ُأا ِم ْن ا َم اَما َّنا ُأا‬ ‫َم َم ا َم ُأ وُأا َّنِماا َم َّنىا َّن ا َم َم ْن ِما َم َم َّن َم ا ِم َمذ ا َم ْن َم َم ا َم وَما َمذ َم َم ا َّن‬
“Adalah RasululLah s.a.w apabila berbuka, baginda bersabda: “Telah hilanglah dahaga, telah
basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insyaAllah”. (Riwayat Abu Daud,
sanadnya hasan)
Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya hendaklah merebut peluang do`a
yang makbul ketika dia berbuka.
Keenam: Berdo`a kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:
‫وا ا َّن ِم ُّد ا َم َّنىا َّن ا َم َم ْن ِما َم َم َّن َم ا َم َمْنا َم ا ِم ْن َمآ ُأ ُأاا‬
‫َم َّن ا ا َّن ِم َّن ا َم َّنىا َّن ا َم َم ْن ِما َم َم َّن َم ا َم اَما ِماَمىا َم ْن ِماآا ْن ِم ا ُأ َم َمآ َما َم َم اَما ِم ُأ ْن ٍن ا َم َم ْن ٍنا َم َم َم وَما ُأ َّن ا َم َما‬
‫ا َّن اِم ُأ َم ا َم َم َم وَما َم َم َم ُأ ُأا ْناَم ْن َم ُأا َم َم َّن ْن ا َم َم ْن ُأ ُأاا ْنا َم َم اِم َم ااُأ‬
“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Sa`ad bin `Ubadah. Dia menghidangkan roti dan
minyak. Baginda pun makan dan bersabda: “Telah berbuka puasa disisi kamu mereka yang
berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para
malaikat”.(Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ianya
sahih 5/158).
Maka berdo`alah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.
Demikian saya senaraikan antara adab-adab yang terkandung di dalam sunnah Nabi s.a.w. ketika
berpuasa. Semuga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.
drmaza.com

Anda mungkin juga menyukai