Anda di halaman 1dari 3

Antara Kehendak Kerohanian Dan Tarekat

Sunday, 19 April 2009

Apabila masyarakat manusia menjadi berselerak, kelam kabut, porak peranda, kekontangan
jiwa, keruntuhan nilai akhlak dan budi, sedangkan penyelesaian yang memuaskan tidak
dapat ditemui, ketika seperti itu kita akan melihat bagaimana sebahagian manusia akan
mula mencari agama sebagai jalan keluar. Jika pun tidak untuk merongkaikan masalah itu
secara keseluruhan, sekurang-kurangnya untuk menyelesaikan keresahan atau keserabutan
yang ada dalam jiwa seseorang.

Tidak mustahil di peringkat yang seperti ini, ajaran-ajaran kerohanian yang menawarkan
‘kempen-kempen ajaib’ akan mendapat perhatian sesetengah golongan. Tarekat-tarekat
yang mempunyai cerita-cerita ajaib dan pelik akan mula diminati oleh sesetengah pihak
sebagai satu penyelesaian ‘ekstrim’ yang kononnya dapat membuka kehidupan baru penuh
cerita-cerita sakti.

Kita akan melihat banyak pihak akan mengambil kesempatan atas ‘kehausan rohani’
masyarakat. Ada yang bertujuan menyebarkan ajaran sesatnya, ada juga pula yang
bertujuan untuk mengumpulkan kekayaan atau kuasa. Hal seperti ini sering berlaku ketika
kemelut sosial melanda masyarakat Islam termasuk semasa zaman ‘Abbasiah. Ia juga akan
berlaku dalam negara kita. Saya ingin menyentuh tajuk ini kerana banyak pihak mula
bertanya tentang banyak cerita-cerita tarekat yang mula muncul dalam masyarakat kita.

Saya ingin mengingatkan pembaca tentang satu hakikat yang penting bahawa Islam itu
ditegakkan atas prinsip-prinsip akidah yang jelas. Paksi akidah Islam terkandung dalam al-
Quran dan al-Sunnah. Apa-apa pengalaman kerohanian yang tidak berasas akidah Islam
adalah tertolak. Siapa pun syeikh, besar mana pun serbannya, sepetah mana pun dia, apa
pun tafsirannya tentang kerohanian, namun jika ia bercanggah dengan nas-nas al-Quran dan
al-Sunnah, maka ia tertolak.

Agama-agama lain juga ada pengalaman kerohanian mereka, namun itu semua tidak
dijadikan sukatan dalam ajaran Islam untuk menentukan ketepatan ajaran. Pengalaman
kerohanian itu diterima jika tidak bercanggah dengan wahyu yang diturunkan. Rasulullah
s.a.w ialah guru kerohanian yang agung dan utama, mengatasi segala tokoh dan syeikh
tarekat. Jika ajaran kerohanian itu tidak sama dengan ajaran Rasulullah s.a.w maka itu
bukan jalan hidayah yang diimani oleh seorang muslim.

Ya, kita akur persoalan kerohanian dan penyucian jiwa adalah perkara yang penting dan ada
dalam ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Usaha untuk
membersihkan diri itu mestilah dengan panduan kedua sumber tersebut secara tepat.
Tanpa tarekat tertentu, apa yang ada dalam al-Kitab dan al-Sunnah sudah memadai bagi
setiap muslim. Bukanlah bererti bahawa seseorang jika tidak menyertai terekat bererti dia
tidak akan dapat membersihkan diri.
Sebaliknya, sekiranya seseorang berpegang dengan ajaran Nabi s.a.w dia akan menemui
semua penawar untuk jiwa. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah begitu banyak berhubung
dengan tazkiah al-Nafs (penyucian jiwa). Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang bahawa jalan
untuk membersih telah pun ditunjukkan dengan jelas oleh baginda s.a.w. Itulah tonggak
kerohanian. Bahkan mana-mana jalan (tarekat) kerohanian yang bercanggah dengan jalan
Rasul s.a.w adalah ditolak, seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Seorang tokoh ilmuwan Islam terkenal Dr. `Abd al-Karim Zaidan dalam buku yang masyhur
Usul al-Da’wah menyebut:

“Amalan soleh adalah apa yang sahih dan ikhlas kepada Allah. Apa yang sahih itu adalah
yang menepati syarak, maka membuat bid`ah dalam agama dengan menambah atau
mengurangkannya adalah sesuatu yang tidak dibolehkan dan tiada pahala bagi
pengamalnya sekalipun dengan niat beribadah kepada Allah. Bid`ah itu lebih buruk daripada
maksiat. Ini kerana bid`ah itu mengubah agama serta menghukum dan mentohmah syarak
sebagai cacat, berhajatkan kepada penyempurnaan, pengurangan dan mengubahan. Ini
adalah perkara yang sangat besar yang tidak boleh kita beriktikad atau beramal dengannya.
Untuk itu al-Rasul S.A.W memberi amaran mengenai bid`ah, sabdanya:“Jauhilah kamu
perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama, kerana setiap yang diada-adakan itu
bid`ah, dan setiap yang bid`ah di dalam neraka” (sahih: riwayat Abu Daud). Maka segala
kebaikan apa yang bawa oleh syarak dan berpada dengannya. (m.s. 41, Beirut : Muassasah
al-Risalah)

Perkara kedua yang patut kita sedar, bahawa sebahagian ajaran tasawwuf dan tarikat
dipengaruhi oleh anasir-anasir luar daripada Islam, seperti unsur-unsur ajaran Kristian,
Hindu, Parsi, Yunan dan lain-lain. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi:

“Para pengkaji tidak boleh membantah bahawa tasawwuf telah terpengaruh –pada tahap
tertentu- unsur-unsur asing, samada anasir Kristian, Hindu, Parsi atau Yunan, juga unsur-
unsur Islam. Dalam tempoh masa sekian lama, telah masuk ke dalam tasawwuf pemikiran
yang pelik daripada sumber-sumber yang disebutkan tadi atau selainnya. Sehinggakan
sebahagian tasawwuf sampai ke peringkat percaya kepada al-hulul, atau al-ittihad, atau
wahdatul wujud. Sebahagian mereka pula bercakap mengenai qidam nur Muhammad atau
yang mereka namakan al-hakikat al-Muhammadiyyah (hakikat Muhammad). Juga mereka
bercakap mengenai kewalian, para wali, kasyaf, mawajid, zauq dan berhukum dengan
perkara-perkara tersebut dalam nas-nas agama. Mereka memisahkan hakikat dan syariat,
berpegang bahawa dalam mendidik murid tasawwuf hendaklah dia di hadapan gurunya
bagaikan mayat di hadapan orang yang memandikannya. Mereka melampaui batas dalam
zuhud dan apa yang berkaitan dengannya sehingga ke peringkat terkeluar dari
kesederhanaan Islam kepada kerahiban Kristian”. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-
Da`iyah, m.s. 94-95, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Saya menimbulkan hal ini, bukan bertujuan mematahkan semangat mereka yang ingin
membersihkan diri. Saya menimbulkannya untuk kita berhati-hati. Jangan sampai ada pihak
yang tersangkut dengan ajaran yang memisahkan antara hakikat dan syariat, atau dalam erti
kata lain menganggap kerohanian yang mereka pelajari tidak lagi bergantung kepada al-
Quran dan al-Sunnah.
Dalam kehendak ingin mendekati Allah, janganlah kita tersasul sehingga terjun ke lembah
falsafah kerohanian yang mengeluarkan pemikiran dan cerita-cerita yang pelik, yang
akhirnya bukan membawa insan mendekatkan diri kepada al-Quran dan al-Sunnah,
sebaliknya ‘seronok sendiri’ dengan bahasa dan istilah yang dia anggap orang lain tidak
tahu. Bak kata tokoh ilmuwan besar al-Syeikh Munna’ al-Qattan ketika memperkatakan
tentang tafsir golongan sufi:

“Tasawwuf telah bertukar menjadi falsafah andaian semata-mata, yang tiada lagi hubungan
dengan warak, taqwa dan kezuhudan. Falsafah ini mengandungi pemikiran-pemikiran yang
bercanggah dengan Islam dan akidahnya”.( Manna’ al-Qattan, Mabahith Fi `Ulum al-Quran,
m.s. 356, Riyadh: Maktabah al-Ma`arif).

Dalam dunia umat Islam berbagai ajaran kerohanian atau tarekat wujud. Hingga ada yang
salah faham, sehingga menganggap tarekat sufi yang memakai ‘skirt’ berpusing berjam-jam
tanpa henti dalam keadaan khayal seperti di Turki, itulah kerohanian Islam. Sama sekali
tidak. Kita berpegang apa yang al-Imam al-Syatibi (w. 790H) kata:

“Golongan sufi juga sama seperti orang lain yang tidak maksum (terpelihara dariapada
dosa). Adalah mungkin untuk mereka silap, lupa dan bermaksiat samada dosa kecil atau
besar. Justeru itu para ulama menyatakan: setiap percakapan boleh diambil atau
ditinggalkan, kecuali percakapan Nabi s.a.w…sepertimana kemungkinan untuk selain
golongan sufi melakukan maksiat dan bid`ah, demikian mereka (ahli sufi). Maka wajib bagi
kita untuk mengikut orang yang terhalang dari silap (maksudnya RasululuLah s.a.w) dan
berhenti daripada mengikut sesiapa yang tidak terhalang daripada silap apabila melihat
pada ikutan tersebut kekeliruan. Bahkan kita bentangkan apa yang datang daripada para
imam kepada al-Kitab dan al-Sunnah. Apa yang keduanya (al-Quran dan al-Sunnah) terima,
maka kita terima, dan apa yang kedua tidak terima kita tinggalkannya. Kita hanya diwajibkan
mengikut syarak dan kita tidak pula diwajibkan mengikut perkataan dan perbuatan
golongan sufi, melainkan setelah dibentangkannya” (kepada al-Quran dan al-Sunnah).( Al-
Syatibi, Al-`Itisam m.s 165, Beirut Dar al-Kitab al-`Arabi, Beirut)

Anda mungkin juga menyukai