Anda di halaman 1dari 5

Kertas Kerja

Projek Sivik dan Kewarganegaraan




TAJUK:
PORTFOLIO PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI MALAYSIA

TEMA: MALAYSIA NEGARAKU

SEKOLAH KEBANGSAAN NATAI TELIPOK
TAHAP 2

TEMPOH:
3 OGOS 2013 HINGGA 5 OGOS 2013




PORTFOLIO PERDANA MENTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Dalam sistem pendidikan sekolah rendah, guru berperanan dalam mengenal pasti
potensi dan bakat yang ada dalam diri setiap pelajar. Potensi tersebut
seharusnya dikembangkan dan digilap untuk menghasilkan murid yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosial.
Sempena Bulan Kemerdekaan Negara pada bulan ini, pihak sekolah telah
mengadakan pelbagai aktiviti untuk murid yang bertujuan memupuk semangat
cintakan tanah air, menghargai pemimpin-pemimpin negara dan tokoh-tokoh
kemerdekaan negara ke dalam diri murid. Selain itu, ia bertujuan untuk
mengeratkan silaturrahim antara guru dan murid disamping mengasah bakat
murid.
Antara projek atau aktiviti yang dirancang bagi membolehkan murid
mengetahui nama-nama pemimpin negara ialah Projek Portfolio Perdana Menteri-
Perdana Menteri Malaysia.
2.0 RASIONAL
Sebagai seorang warganegara Malaysia, setiap individu perlu tahu setiap nama
Perdana Menteri Malaysia yang pernah memimpin negara sebagai tanda
menghargai dan cintakan negara.
3.0MATLAMAT
<!--Mengeratkan silaturrahim antara murid-murid dengan guru-guru.
<!--Memupuk nilai kerjasama terhadap kumpulan bagi menghasilkan
sesuatu kerja.
<!--Dapat membina pengetahuan baru dan pengetahuan am dalam diri
murid tentang pemimpin negara khususnya Perdana Menteri
Malaysia.
<!--Untuk memeriahkan lagi hari kemerdekaan tahun ini.
<!--Dapat mengembangkan peranan dalam melakukan perkara dalam satu
pasukan.
4.0 OBJEKTIF
<!--Memberi pendedahan kepada murid dalam mencari idea-idea
kreativiti sendiri dalam membina pengetahuan tentang Perdana
Menteri Malaysia.
<!--Memberi ruang kepada murid bagi mempamerkan kreativiti
tersendiri.
<!--Memberi ruang untuk menunjukkan hasil ciptaan yang tersendiri

5.0 PELAKSANAAN
5.1 Tarikh : 2 Ogos 2013 hingga 3 Ogos 2013
5.2 Hari : Jumaat dan Sabtu
5.3 Masa Pendaftaran : 2 petang pada 2 Ogos 2013
5.4 Tempat : SK Natai Telipok
6.0 KUMPULAN SASARAN
Murid Tahap 2
7.0 AHLI JAWATANKUASA PROJEK
Penaung : PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
Guru Penasihat : Encik Ahmid Bin Wahap
Pengerusi : Encik Foo Nee Khen
Naib Pengerusi : Encik George Abun
Setiausaha : Encik Ahmad Akib
Bendahari : Puan Angolah Chong
Ahli Jawatankuasa : Encik Nazren M. Karim, Encik Chin Chee Chung, Puan
Monica Sandau, Puan Evelyn Dian
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL ITEM HARGA
1. Makan minum RM961
2. Fail RM19
3. Kertas A4 RM12
4. Bayaran Penceramah RM300
Total RM1292
Bayaran murid : RM20 x 19 murid = RM380
9.0 SUMBER KEWANGAN
Yuran penyertaan RM20 setiap murid. (19 x RM20 = RM380)
Duit Panitia sivik dan kewarganegaraan RM795
10.0 Penutup
Perlaksanaan program ini untuk melahirkan erti kemerdekaan antara semua
murid di sekolah ini. Murid juga dapat mengenal nama-nama Perdana Menteri
Malaysia bermula dari zaman kemerdekaan sehingga sekarang.
Adalah diharapkan agar program ini dapat dijalankan seperti yang
dirancang dan kerjasama yang optimum dan sebaiknya daripada semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan program
ini. Berharap agar usaha murni ini akan dapat memberikan faedah dan manfaat
terhadap murid .
BORANG PELAKSANAAN PROJEK
TAJUK PROJEK : PORTFOLIO PERDANA MENTERI-PERDANA MENTERI
MALAYSIA
BIL TARIKH MASA AKTIVITI
1.
2.
3.
4.
3.8.2011
(Selasa)
10.8.2011
(Selasa)
17.8.2011
(Selasa)
24.8.2011
(Selasa)
10.45 11.45
pagi
10.45 11.45
pagi
10.45 11.45
pagi
10.45 11.45
pagi
>Menerangkan projek yang akan
dijalankan.
2. Pembentukan AJK dan senarai tugas.
1 .Merancang bahan dan alatan
2. Pembelian bahan dan alatan
3. Menyediakan bahan untuk membuat
folio
4. Merancang tugasan dan jadual
tugasan
1.Mencari bahan portfolio dari pelbagai
sumber.
2.Setiap kumpulan membuat tugasan
yang
diberi.
1. Menyiapkan refleksi individu.
2. Melengkapkan folio
3. Menghantar refleksi dan folio
4. Penilaian

Anda mungkin juga menyukai