Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI - RITA TANG TECK XIN

Pertamanya saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan


tugasan ini dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi
terima kasih kepada Encik Ong Hooi Peng atas segala tunjuk ajar dan
bimbingan sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bimbingan
dan tunjuk ajar daripada beliau, tidak mungkin saya dapat menyiapkan kerja
kursus ini dengan sebaiknya.
Tugasan WAJ 3105 Literasi Nombor adalah berkaitan dengan geometri
2D dan 3D. Tugasan 2D ialah kita dikehendaki menghasilkan teselasi 2D.
Mula-mula kita mula memilih gambar-gambar yang berkaitan dengan teselasi.
Banyak gambar teselasi telah kami cari dan akhirnya pilih salah satu gambar
teselasi. Selepas itu, saya dan ahli kumpulan saya mula berkolaborasi
dengan pensyarah tentang gambar teselasi yang telah kami pilih. Sebelum
cuti, kami telah bahagi tugasan dan setiap orang mempunyai bahagian sendiri
yang hendaklah siap dalam masa cuti.
Kita memilih membina satu taman bunga sebagai model 3D. Tetapi,
disebabkan kami mengalami kesukaran semasa dalam proses membuat
seperti kami tidak melipat pelbagai jenis bunga untuk membina sebuah taman
bunga. Oleh itu, kami berkeputusan menukar model 3D kepada sebuah
bandar. Setelah siap berbincang, kami pun mula membeli bahan-bahan yang
diperlukan untuk membina sebuah bandar untuk model 3D. Saya dan ahli-ahli
kumpulan saya membina bandar mengikut gambar yang ditentukan.
Untuk bahagian 2D, saya bertanggungjawab membuat teselasi 2D.
Mula-mula saya ingin menggunakan cara melukis, gunting dan gam. Saya
mengalami masalah semasa dalam proses menghasilkan teselasi ini.
Contohnya, saya mengalami masalah melukis kuda pada kertas kerana saiz
kuda itu terlalu kecil. Saya mendapati cara ini amat susah untuk membuat
teselasi. Hal ini kerana terdapat ruang antara dua objek yang hendak
dilekatkan. Oleh itu, saya pun menggunakan cara melukis dan mewarna
kerana cara ini lebih berkesan untuk melukis teselasi. Walaupun saya tidak
pandai melukis, tetapi saya berusaha melukis yang terbaik.
Melalui tugasan ini, kerjasama antara ahli kumpulan dapat diterapkan
serta mengeratkan tali silatulrahim yang telah lama terjalin antara kumpulan.
Komunikasi juga amat penting dalam satu kumpulan supaya kita dapat
meluahkan idea-idea. Yang paling penting ialah saya perlu menguruskan
masa saya dengan sebaik mungkin agar tugasan ini dapat disiapkan pada
waktu yang tepat walaupun terdapat banyak halangan dan rintangan dalam
proses menyiapkan tugasan ini.
Saya juga mendapati pelbagai jenis bentuk teselasi di persekitaran
rumah saya. Contoh-contoh dalam kehidupan sebenar seperti kulit ular,
sarang lebah, bumbung, struktur sel tumbuh-tumbuhan dan bunga matahari.
Tidak lupa saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya yang
selalu memberi sokongan moral dan dorongan semasa saya menghadapi
cabaran. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada ahli-ahli
kumpulan saya yang banyak membantu dalam proses menyiapkan kerja
kursus ini.
Akhirnya sekali, proses terakhir adalah menyemak semula semua hasil
yang disiapkan dengan teliti sebelum membukukan kerja kursus ini. saya
berpuas hati dengan hasil ini kerana menyiapkan dengan lengkap dan tepat
pada masanya. saya amat berterima kasih kepada sesiapa yang membantu
saya secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan kerja
kursus ini.

Anda mungkin juga menyukai