Anda di halaman 1dari 9

ISU GENGSTERISME DAN BULI DI SEKOLAH DI MALAYSIA

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), salah satu terasnya adalah untuk
membangunkan modal insan. Walaubagaimanapun, organisasi pendidikan sering menghadapi
masalah berkaitan disiplin seperti gengsterisme dan buli. Dunia pendidikan dikejutkan dengan
isu seperti ini pada masa lalu,sebagai contohnya kes Mohd. Farid Ibrahim dari Sekolah
Menengah Agama Datuk Kelana Petra Maamor, Negeri Sembilan yang meninggal dunia akibat
dibelasah oleh pelajar-pelajar senior sekolah tersebut (Siang, 2005). Terbaru, antara yang
menjadi kontrovesi adalah kes buli dan pukul budak berumur 13 tahun, Mohd. Afiq Qusyairi,
pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Agama Padang Tengku di Kuala Lipis, Pahang. Isu
pendidikan ini bukan saja menjadi masalah di Malaysia, malah telah menjadi isu yang perlu
ditangani secara global.
Mengikut kajian, hampir 30 peratus remaja di Amerika Syarikat (5.7 milion) dianggarkan
terlibat dalam buli di sekolah. Pelbagai cara untuk mengatasi masalah gengsterisme dan buli ini
telah dibuat, namun banyak yang tidak memberi kesan. Antara teori-teori yang berpotensi dalam
mengekang masalah ini adalah seperti teori behaviorisme.

2.0 DEFINISI
2.1 BULI
Menurut Kamus Dewan (DBP, 2002, hlm 186) buli ditakrifkan sebagai perbuatan mendera,
mempermainkan seseorang, supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru dan
mempermain-mainkan orang, biasanya orang lemah, dengan tujuan untuk menggertak atau
menakutkan orang berkenaan.
A person who is habitually cruel or overbearing, especially to smaller or weaker people
mengikut definisi yang diberikan oleh The American Heritage @ Dictionary.
Prof Madya Dr Mastura Badzis, Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak
Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris memberi pandangan bahawa dari perspektif psikologi

tingkah laku, memeras ugut rakan, adalah antara contoh buli yang berlaku di kalangan kanakkanak.

Perlakuan itu adalah bentuk tingkah laku antisosial dan bila berlaku di kalangan kanakkanak berusia tujuh atau lapan tahun berkemungkinan ia berpunca daripada tingkah laku agresif
yang tidak dibendung dan ditangani dengan baik ketika kanak-kanak itu berada di peringkat pra
sekolah lagi. Buli adalah satu bentuk conduct disorder yang dikaitkan dengan masalah tingkah
laku dan gangguan emosi. Buli boleh didefinisikan sebagai suatu tingkah laku negatif dan
berterusan yang dilakukan dengan niat sengaja untuk mengganggu mangsa, manakala mangsa
selalunya dalam keadaan terganggu dan tertekan.
Buli biasanya membabitkan tiga pihak, kanak-kanak atau kumpulan kanak-kanak yang
membuli, kanak-kanak atau kumpulan kanak-kanak yang menjadi mangsa buli dan kanak-kanak
lain yang kadangkala menyaksikan proses buli itu berlaku. Tingkah laku negatif ini selalunya
ditonjolkan dalam bentuk fizikal seperti memukul, menendang dan sebagainya; atau dalam
bentuk verbal (kata-kata) seperti memeras ugut, mengejek, mengutuk dan menjatuhkan maruah
sehingga menyebabkan mangsa buli hilang rasa harga diri.
Beliau berkata, buli juga boleh berlaku dalam bentuk manipulasi sosial seperti
mempengaruhi kawan lain supaya seseorang kanak-kanak itu merasakan dirinya dipinggirkan
atau tidak diterima dalam sesuatu kelompok rakan sebaya. Keadaan itu berkemungkinan berlaku
khasnya jika di rumah kanak-kanak menjadi mangsa keganasan dan mereka terpaksa
berkelakuan baik serta memendam apa yang terbuku di dada kerana takut pada keadaan.
Sebaliknya bila di sekolah mereka mungkin akan melepaskan geram tersebut dengan
mengganas dan mencari mangsa untuk melepaskan dendam mereka. Kanak-kanak seperti itu
lazimnya dididik agar takutkan sesuatu bayangan atau seseorang sedangkan jiwa mereka
memberontak dan bila orang yang ditakuti tiada, mereka seperti bebas melakukan apa saja
untuk mencapai kepuasan diri bagi menggantikan apa yang tidak dapat mereka kecapi di rumah,
katanya.
Menerusi Buku Developmental Psychology Childhood and Adolescence (1996)buku,
Pattterson (1982; Patterson et al 1989) menerangkan bahawa anak-anak yang bermasalah

selalunya tinggal di dalam keluarga yang dianggapkan sebagai breeding grounds kepada tingkah
laku anti-sosial dan hostile. Keluarga ini selalunya beratmosferakan coercive home environment
di mana anak-anak berinteraksi dengan ibu bapa dan sesama sendiri dengan menggunakan
kekerasan ataupun dengan teknik-teknik anti-sosial yang lain.

Tekanan yang berterusan ini akan mengakibatkan anak-anak ini, secara tidak langsung,
terpaksa mempelajari teknik-teknik tersebut untuk terus selamat di dalam keluarga mereka.
Anak-anak akan mulai berani menentang ibubapa dan keluarga sendiri untuk mengurangkan
tekanan yang dirasai oleh mereka. Lama-kelamaan perangai dan tingkah laku akan sebati dengan
jiwa mereka. Patterson (1982; Patterson et. al 1989) mengatakan bahawa sikap anak-anak dan
persekitaran keluarga yang destruktif ini tidak mungkin boleh dipulihkan jika mereka tidak
mendapat bantuan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Prof Datin Dr Noran Fauziah Yaakub, Presiden Persatuan Psikologi Malaysia yang juga
bekas Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,Universiti Pendidikan Sultan
Idris pula pernah menjalankan kajian berkaitan dengan buli. Beliau mendapati ada beberapa
faktor yang menyebabkan kes buli ini terjadi. Faktor utama ialah kerana si pembuli merasa puas
apabila dia berjaya menyakiti mangsa secara lisan dan juga fizikal.
Dengan kata lain pembuli membuli orang lain sekadar untuk "berseronok". Kajian Dr.
Noran juga mendapati kebanyakan mereka yang terlibat dengan buli ini tidak mempunyai
hubungan kekeluargaan yang kukuh dengan ibu bapa dan kebanyakan mereka datang daripada
keluarga yang tidak mengambil berat pendidikan agama.

2.2 GENGSTERISME
Menurut Kamus Dewan gengster diklasifikasikan kepada kategori jenis salah laku jenayah
seperti berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas, vandalisme, memeras ugut, buli,
pelacuran, meliwat, menyalahgunakan dadah, membawa senjata merbahaya, mencabul
kehormatan, mengutip dan membayar yuran keahlian dan membunuh ( Kamus Dewan, 1994).

Gengsterism ataupun kongsi gelap pula didefinisikan sebagai perkumpulan sulit dalam
sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah. Menurut Spergel (1985) gengsterisme
bermaksud sekumpulan kanak-kanak dewasa atau remaja bersama-sama dalam kumpulan
melakukan kesalahan salah laku dan anti sosial seperti keganasan, dadah, membawa senjata
tajam, membawa senjata api dan mengganggu ketenteraman awam khususnya di kawasan atau
daerah kumpulan tersebut wujud.
Thrasher (1961) juga mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciriciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama,perjumpaan secara bersemuka,gerakan secara
berunit,konflik dan mempunyai perancangan.Trasher (1963) menyatakan bahawa kewujudan
gangster adalah hasil daripada perkembangan sesuatu kumpulan rakan sepermainan juvenile
yang bertukar kepada pelakuan deviant.Secara evolusi kumpulan ini menjadi satu kumpulan
gangster yang seringkali melakukan tindakan-tindakan ganas yang bercorak anti social.Ikatan
yang pada mulanya tidak sehaluan bertukar menjadi lebih erat ditambah semangat setia kawan
atau kukuh serta serta mengamalkan tradisi kumpulan.

3.0 FAKTOR-FAKTOR
3.1 BULI
Punca pertama gejala buli semakin berleluasa di negara kita adalah kurangnya didikan
agama. Negara yang pesat membangun menuntut rakyatnya bekerja keras untuk memenuhi
keperluan hidup. Dalam mengejar hal dunia, ibu bapa terlalu sibuk sehinnga tiada masa untuk
mendidik anak-anak. Bagi keluarga yang berpendapatan tinggi, hal penjagaan anak diserahkan
kepada pembantu rumah yang sudah pasti berasal dari negara asing. Ibu bapa seharusnya sedar
penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak lebih berkesan jika dididik dari awal. Ibu bapa
yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing tidak mempunyai masa terluang untuk
berkomunikasi

dan

memahami

anak-anak

mereka.Kelemahan

institusi

kekeluargaan

menyebabkan anak-anak dibiarkan bebas dan kurang permantauan daripada ibu bapa. Kesannya,
ibu bapa gagal memberikan didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anakanak mereka. Ada antara pelaku-pelaku kegiatan buli ini menganggap perbuatan mereka sekadar
hobi semata-mata. Ini menujukkan bahawa masyarakat yang semakin maju dan berpendidikan
tinggi tidak melahirkan insan yang berfikiran waras.
Majoriti pelaku jenayah buli mempunyai latar belakang masalah emosi yang melampaulampau. Masalah yang timbul dalam keluarga ataupun kerja menyebabkan tekanan yang
membebankan seseorang individu. Akibat tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan
kekurangan pengetahuan dalam menangani tekanan telah menyebabkan mereka hilang kawalan
ke atas emosi mereka. Seterusnya mereka akan bertindak membuli orang lain sebagai salah satu
cara bagi melepaskan tekanan. Sesetengah pembuli turut mengaku bahawa mereka berasa
gembira dan puas hati selepas berbuat demikian.
Gejala buli juga boleh terjadi disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Lazimnya,
golongan pembuli berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik buruknya sesuatu
tindakan. Sebaliknya, mereka sentiasa terikut-ikut akan perangai dan tindakan rakan sebaya.

Apabila individu itu tersalah memilih rakan, mereka kemungkinan besar akan terjebak dengan
gejala buli ini. Di samping itu, keadaan akan bertambah buruk dengan sifat ego mereka yang
tidak mahu kalah setelah dicabar rakan sebaya. Rakan-rakan pula akan memprovokasi individu
tersebut sehingga tindakan pembuli di luar kewarasan otaknya.
Punca seterusnya boleh dilihat melalui pengaruh media massa. Media massa kini juga
telah menjadi pemangkin kepada budaya negatif ini. Pelbagai genre filem dan drama bersiri luar
negara yang disiarkan di televisyen sentiasa memaparkan budaya asing yang sememangnya
kontras dengan budaya tempatan. Program-program yang diimport dari negara-negara barat
berunsurkan aksi-aksi ganas. Terdorong dengan perasaan ingin mencuba aksi-aksi yang
dipaparkan pelaku buli akan bertindak ke atas mangsanya tanpa memikirkan padah yang bakal
mereka perolehi.

3.2 GENGSTERISME
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya gejala social ini di kalangan
pelajar sekolah.Punca utama adalah di atas faktor terpengaruh dengan rakan sebaya.Ini kerana di
peringkat remaja ini,remaja lebih banyakl meluangkan masa dengan rakan-rakan sebaya dan ini
pengaruh rakan sebaya memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka.Sikap ingin
mencuba dalam diri remaja ditambah pula dengan ajakan rakan-rakan lain mengguatkan lagi
godaan terhadap gejala-gejala negatif.Sikap ini yang menyebabkan mereka mudah meniru dan
terpengaruh dengan rakan sebaya,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah
keluarga.
Faktor diri sendiri ini wujud apabila ada golongan remaja yang ingin merasakan diri
hebat.Ini adalah kerana remaja pada peringkat umur tersebut berasakan diri mereka sudah
dewasa dan ingin melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan.Selain itu,ada juga sebilangan kecil
mereka yang inginkan penghormatan dan kuasa di kalangan mereka.Oleh sebab itu,secara tidak
langsung remaja tersebut mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik
pelajar lain yang lemah.
Dalam mengejar wang dan kebendaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.Memang
tidak dinafikan ramai ibu bapa yang tidak berpeluang menghabiskan masa yang berharga semasa

proses pembesaran anak-anak mereka demi memperoleh kehidupan yang lebih berkualiti. Anakanak yang terasa diri terabai atau kurang perhatian dan kasih ini akan mula mencari tempat untuk
memperoleh perhatian daripada masyarakat.Instituisi keluarga yang tidak kukuh dan porak
peranda seperti ibu-bapa suka bertengkar,sentiasa pulang dalam keadaan mabuk,kaki
perempuan,suka berleter dan mengongkong anak-anak juga boleh menyumbang kearah gejala
ini.Selain itu,jika ibu kurang memberi didikan agama maka mereka tidak dapat menerapkan
nilai-nilai murni dan nilai-nilai agama dalam jiwa anak-anak.Anak-anak ini akan selalu berasa
tidak selesa berada di rumah dan akan selalu mengalami tekanan perasaan lalu jiwa mereka yang
muda itu akan memberontak,melawan,terlibat dengan aktiviti tidak sihat sebagai salah satu cara
mereka melepaskan segala tekanan yang mereka hadapi.
Faktor persekitaran juga turut menjadi punca,yang harus dibanteras kerana bila remaja
terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat mereka akan membuat persepsi bahawa perbuatan
tersebut boleh dilakukan dan tidak memberi impak kepada mereka.Ini jelas dikawasan perumah
setinggan atau flat-flat kos rendah ,remaja akan sentiasa menghabiskan masa di luar rumah
kerana tempat tinggal mereka tidak selesa dengan bilangan ahli keluarga yang ramai di rumah
yang kecil dan sempit.
Media massa juga turut menjadi faktor dalam mempengaruhi remaja sekarang.Sebagai
contoh perkembangan filem sekarang banyak menjurus kepada masalah sosial seperti
gangsterisme.Ini akan menjadi ikutan mereka kerana remaja akan meniru aksi,pertuturan dan
tingkahlaku yang ditayangkan .Ini boleh merosakkan mereka kerana remaja ini akan terpengaruh
dengan seolah-olah apa yang mereka lihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.

4.0 TEORI KEPIMPINAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGATASI MASALAH


GENGSTERISME DAN BULI
Pelbagai langkah dan strategi telah diambil pihak bertanggungjawab untuk masalah ini, namun
masalah ini belum dapat diatasi sepenuhnya hingga membimbangkan kerajaan, pihak sekolah ibu
bapa dan masyarakat. Kebanyakan masalah khususnya gengsterisme dan buli di kalangan remaja
ini adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Oleh
itu pendekatan psikologi haruslah digunakan untuk mengatasi masalah ini. Pelbagai kaedah,
teknik, model pembelajaranan teori-teori berkaitan haruslah digunakan bagi menangani masalah
yang semakin meruncing di kalangan remaja zaman sekarang.Berikut adalah langkah langkah
yang disokong oleh beberapa teori untuk mengatasi masalah gengsterisme dan buli :

(a) Teori Tingkah Laku (Behaviorisme)


Teori ini bersandarkan kepada perubahan tingkahlaku (learning leads to a change in behavior),
iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu berulangulang maka tingkahlaku itu akan dikuasai secara automatic. Pavlov (1849 1936) yang
menjalankan eksperimen ke atas anjing menggunakan makanan dan loceng membuktikan
bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana
makanan akan disajikan.
Thorndike (1874 1949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus Response Theory
(teori pelaziman operan) yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim.
Misalnya, kucing yang lapar belajar membuak sangkarnya (respons terlazim) untuk
mendapatkan makanan yang dihidangkan di luar sangkar (stimulus terlazim). Thorndike percaya
bahawa hubungan neutral terbentuk antara stimulus dengan respons apabila respons adalah
positif, dan pembelajaran berlaku apabila hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang
dikehendaki. Dengan kata lain teori behaviorisme yang dikaitkan dengan tingkah laku membuli
atau kelakuan jenayah ialah melalui pembelajaran yang berkesan dapat mencegah kegiatan tidak

bermoral tersebut. Guru ataupun ibubapa akan sentiasa mengulangi kata-katanya bahawa
membuli adalah salah di sisi undang-undang dan sesiapa yang melakukannya akan didenda. Oleh
itu, apabila perlakuan ini berulang kembali, pelajar akan sentiasa ingat bahawa buli dan
gengsterisme ini adalah salah dan mereka akan dihukum jika melakukannya.
Akhirnya, pelajar tersebut tidak akan melakukan kesalahan begitu lagi.

Anda mungkin juga menyukai