Anda di halaman 1dari 3

Perjalanan jemaah Haji Malaysia merupakan perjalanan yang panjang.

Tempoh pergi dan


balik biasanya di antara 40 hari sehingga 45 hari mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh
pihak Tabung Haji. Perjalanan Haji lebih mudah dijelaskan mengikut beberapa Fasa. Fasa
Pertama ialah Fasa keberangkatan jemaah ke tanah suci. Fasa Kedua pula sewaktu di
Madinah. Fasa Ketiga semasa berada di Makkah. Fasa Keempat ketika waktu Wukuf di
Arafah dan Hari Tasyrik dan Fasa Kelima adalah keberangkatan pulang jemaah ke tanah air.
Dan bagi setiap fasa-fasa yang dilalui oleh jemaah, pasti akan menempuh beberapa kesukaran
dan kepayahan yang menuntut jemaah sentiasa bersabar dan beristiqomah dalam ibadah.
Apabila seseorang berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah Haji atau umrah, dia
dianggap sebagai Tetamu Allah. Sebagai Tetamu Allah sewajarnya dia berakhlak mulia dan
mendisplinkan dirinya dengan peraturan yang sudah ditetapkan oleh Agama dan Pemerintah.
Ibadah Haji ialah ibadah paling agung dan merupakan manifestasi puncak ketaatan seorang
hamba kepada Tuhannya. Untuk melaksanakan ibadah Haji bukanlah sesuatu yang mudah. Ia
menuntut perbelanjaan yang banyak, perjalanan yang jauh, menggunakan tenaga yang banyak
dan masa yang panjang. Dengan kata lain, seseorang yang menunaikan Haji pasti akan
menanggung beberapa kesulitan dan kesusahan yang tidak melampaui upayanya.

walaupun saya sendiri masih tidak menunaikan Haji atau umrah, tiada niat dihati saya untuk
menakutkan Umat Islam lain atau diri saya sendiri. Saya hanya mahu jemaah mengetahui
perkara-perkara yang biasa terjadi dalam musim Haji dan bersedia menghadapi sebarang
kemungkinan. Seorang jemaah Haji perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk
menempuh segala macam kesulitan dan kesukaran semasa di tanah suci. Saya selalu berpesan
kepada jemaah sebelum berangkat telan pil sabar banyak-banyak. Sungguhpun secara
bergurau tetapi hakikatnya seseorang jemaah mesti bersedia untuk set dalam minda supaya
banyak bersabar dalam menempuh segala kepayahan. Satu hakikat yang perlu jemaah sedar,
menunaikan ibadah haji, tiada yang mudah . Walaupun ia jemaah VVIP sekalipun akan tetap
juga menanggung kesulitan dan kepayahan.

Kesulitan semasa tiba di Airport Madinah atau Jeddah
Menunggu di Terminal Haji
Sebaik sahaja turun dari kapalterbang, jemaah akan berbaris lama dan panjang di Kaunter
Imigresen. Jika mendarat di Madinah mungkin keadaannya tidak seteruk di Jeddah. Tempoh
untuk melepasi Kaunter Imigresen dan dapat keluar dari bangunan Terminal biasanya lebih
dari 2 hingga 3 jam. Malah biasa berlaku di Terminal Haji di Jeddah, jemaah hanya dapat
keluar selepas 8 jam turun dari flight. Bayangkan betapa letih dan laparnya jemaah. Kenapa
berlaku sedemikian ? Bayangkan pada musim haji, setiap hari sentiasa ada sahaja pesawat
dari mana-mana negara di dunia ini yang mendarat di airport Jeddah atau Madinah membawa
rombongan Jemaah Haji negara masing-masing.
Untuk pengetahuan dalam bangunan Terminal sebelum melepasi Imigresen, tiada kedai
makan. Kedai makan hanya ada di luar. Sebaiknya jemaah bersedia membawa bekalan
makanan seperti roti dalam beg hand carry sebagai persediaan menghadapi kemungkinan
terlalu lama di bangunan Terminal.
Perjalanan bas yang terlalu lama
Bagi yang mengambil Penerbangan Awal, sebaik keluar dari bangunan Terminal Haji di
Jeddah, jemaah akan dibawa menuju ke Madinah. Kebiasaannya dalam musim Umrah
perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa 6 jam, tetapi semasa musim haji pasti
lebih dari 6 jam. Pernah juga berlaku lebih dari 12 jam. Di dalam perjalanan, jemaah akan
menempuh beberapa check point sebelum sampai di Madinah. Perjalanan yang terlalu lama
pasti memenatkan dan menyukarkan jemaah. Tambah lagi jika jemaah yang selalu asyik
membuang air kecil atau besar.
Ini belum ditambah lagi dengan kerenah sesetengah Pemandu Bas yang sengaja menimbulkan
masalah. Sengaja bas dipandu perlahan dan ada yang dioffkan aircond. Apabila diberi
baxis (hadiah wang tunai) selepas diminta oleh Pemandu Bas, barulah bas berjalan lancar.
Kepada jemaah haji, sekiranya mengalami masalah Pemandu Bas yang asyik meminta
baxis, perkara ini boleh diadukan kepada Pegawai Tabung Haji yang menyambut ketibaan
jemaah di Madinah atau Makkah dan ianya akan serta merta dikenakan tindakan tata tertib
oleh pihak Kementerian Haji Arab Saudi. Untuk makluman, pihak Kementerian Haji Arab
Saudi sentiasa perihatin dengan kebajikan jemaah haji.
Kesulitan di Hotel Penginapan Madinah
Sebaik tiba di Madinah, biasanya jemaah haji Muasasah akan ditempatkan di bangunan Hotel
Haram atau Madinah Movenpick. Dianggarkan seramai 3000 hingga 5000 jemaah
ditempatkan dalam bangunan hotel berkenaan dalam suatu masa. Masalah bersesak-sesak dan
berebut-rebut untuk menaiki lif tidak boleh dielakkan. Jemaah perlu banyakkan bersabar dan
bertolak ansur terutama kepada jemaah yang tua dan uzur. Bagi jemaah yang sihat dan
menginap di tingkat yang agak bawah seperti Tingkat 1, 2 dan 3 boleh bertolak ansur dengan
menaiki atau menuruni tangga bagi memberi peluang kepada jemaah yang menginap di
tingkat yang lebih tinggi. Ingatlah, apabila jemaah berniat untuk memudahkan orang lain,
pasti Allah akan memberi kemudahan semasa beribadah nanti. Yakin dan percayalah.
Jemaah Haji harus peka dengan keadaan sekeliling. Jika ada jemaah yang berusia dan uzur
bantulah mereka untuk sama-sama beribadah ke Masjid. Biasanya jemaah yang tua ini kurang
arif dengan selok belok jalan ulangalik ke masjid. Biasa berlaku jemaah tua yang sesat dan
tidak pulang ke bilik hotel melebihi 24 jam. Kesian jika ianya berlaku kepada ayah atau ibu
kita. Membantu jemaah yang uzur untuk beribadah ke masjid amat besar pahalanya. Tetapi
ada jemaah yang merungut dengan mengatakan kepada rakan jemaah yang lain Leceh betul
la! aku datang sini untuk beribadah tapi ditakdirkan terpaksa menjaga jemaah sebilik yang tua
dan uzur. Hakikatnya Allah ingin memberi ia pahala percuma, sayang dia tidak ketahui.

Fasa 3 Makkah al-Mukarramah
Suasana di bandar Makkah amat jauh berbeza dari bandar Madinah. Bagi yang pertama kali
boleh jadi kejutan kepada mereka. Suasana di bandar Madinah amat tenang dan
mendamaikan. Pada setiap kali waktu solat jemaah berjalan kaki ulang alik ke Masjid dengan
begitu santai dan relax. Keluar sahaja dari lobi hotel terus berjalan menyusuri beberapa hotel
berhampiran sehingga melalui dataran Masjid tanpa bertemu dengan kesesakan jalan raya
yang membingitkan dan memeningkan kepala. Kebiasaannya hotel penginapan jemaah Haji
Malaysia terletak di sebelah belakang Masjid Nabawi. Memudahkan jemaah wanita untuk
masuk ke Raudhah.

Tawaf dalam musim Haji, penuh sesak dengan jemaah
Pertama kali sampai di Makkah, kita akan merasa takjub dan kagum demi melihat Masjidil
Haram. Tak sabar rasanya nak memulakan tawaf. Tetapi suasana di Makkah tidak sama
seperti Madinah. Jemaah Haji terpaksa berjalan kaki dari hotel penginapan ke Masjidil Haram
dianggarkan sejauh 800 meter dan menempoh beberapa batang jalan raya yang sentiasa sesak
dengan kenderaan dengan bunyi hon yang bising dan asap kenderaan yang menyesakkan.
Dinasihatkan jemaah memakai topeng (mask) semasa ke Masjidil Haram kerana keadaan
jalan raya di Makkah sekarang ini penuh dengan debu-debu berterbangan akibat dari kerja
Pembangunan Semula Makkah.
Oleh kerana jarak yang jauh, kelazimannya jemaah tidak kerap ulang alik ke Haram. Jika dah
ke Haram untuk solat Asar biasanya sehingga Isyak baru balik ke hotel. Tidak seperti di
Madinah yang jemaah pulang ke hotel sebaik selesai solat fardhu dan pergi semula apabila
masuk waktu solat seterusnya.Ulang alik 5 kali sehari. Jika di Makkah dapat ulang alik 5 kali
sehari setiap hari, jemaah ini benar-benar sihat dan cergas. Tetapi jika merasakan diri tidak
mampu, sebaiknya jangan dipaksa untuk berbuat demikian. Dibimbangi boleh menjejaskan
kesihatan sehingga tidak cergas sepenuhnya apabila tiba Hari Wukuf.
Masjidil Haram di Musim Haji
Jarak yang begitu jauh untuk ke Masjid memang menyulitkan jemaah. Tambah lagi kepada
jemaah yang tua dan uzur pula. Kerana itu Tabung Haji setiap tahun membawa Petugas Imam
yang tugasnya ialah untuk mengimami solat berjemaah di Musolla dalam bangunan Hotel
Tabung Haji. Ini bagi memberi kemudahan kepada jemaah Haji yang tidak mampu untuk
selalu berulang alik ke Masjidil Haram. Memang ada yang mengatakan terasa rugi kerana
tidak mendapat ganjaran pahala 100 ribu kali solat. Tetapi ada qaul yang menyatakan solat
berjemaah di mana-mana Tanah Haram Makkah, ganjaran pahalanya tetap 100 ribu.
Jemaah Haji boleh melihat sendiri kesan-kesan runtuhan bangunan dan kerja-kerja pembinaan
hotel-hotel baru, jalan raya yang sentiasa penuh dengan kenderaan sehingga menyebabkan
udara di kawasan bandar Makkah menjadi tidak sihat. Yang ajaibnya bagi saya ialah setiap
tahun dalam musim Haji, Allah akan menurunkan hujan di bandar Makkah. Sehinggakan
pernah berlaku banjir di beberapa kawasan Makkah dan Jeddah akibat dari hujan lebat dalam
tempoh beberapa jam sahaja. Selepas hujan turun, barulah keesokkan harinya jemaah dapat
menghirup udara segar Makkah.

Anda mungkin juga menyukai