Anda di halaman 1dari 4

SJK(T) LADANG MENTAKAB,28400 MENTAKB ,PAHANG DARUL MAKMUR.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 2014. BIL 2/2014


TARIKH : 16.04.2014(Rabu)
MASA : 2pm
TEMPAT : Pusat Sumber Sekolah
KEHADIRAN :
1. Pn A. Letchumma (Guru Besar)
2. Cik M. Mukunah (Ketua Panitia )
3. En L. Moses (Guru Pendidikan Seni Visual Tahun 1 dan 3)
4. Pn K. Malliga (Guru Pendidikan Seni Visual Tahun 2 & 6)
5. Cik A. Raja Lethchumi ((Guru Pendidikan Seni Visual Tahun 5)
6. Pn K. Geeta (Guru Pendidikan Seni Visual Tahun 4)
Minit :
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Guru Besar mengucapkan selamat sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan untuk
mesyuarat panitia kali kedua pada sesi persekolahan 2014.
1.2 Guru Besar mengutarkan visi dan misi sekolah seperti berikut :
VISI
SJKT Ladang Mentakab berprestasi tinggi menjelang 2015.
MISI
Membentuk pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia
melalui pendidikan yang menyeluruh dan hubungan luar yang erat berteraskan falsafah
pendidikan kebangsaan.
1.3 Guru Besar meminta ketua panitia memberi laporan minit mesyuarat yang kedua.


2. Perkara Yang Dibincangkan
2.1 Ketua panitia meminta guru-guru yang mengajar perlu mengggunakan alatan yang
menarikbersesuaian dengan PdP.
2.2 Penggunaan bahan-bahan bantu mengajar dalam PdP dapat memudahkan dan
menyeronokkan murid-murid untuk melukis dan mewarna.
2.3 Guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni boleh menggunakan bahan
bantu mengajar seperti berikut :
Kertas warna
Pensel warna
Kertas lukisan
Alat-alat buangan
2.4 Ketua panitia juga meminta guru-guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual
sentiasa menjaga keselamatan para murid semasa menggunkan alatan yang tajam
seperti pisau dan gunting.

3. Ulasan Guru Besar
3.1 Guru Besar meminta para guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual melaksanakan
segala tindakan yang telah dibincangkan dalam mesyuarat supaya dapat
memanfaatkan para murid.
3.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.


Disediakan Oleh, Disemak Oleh,


.. ..
(MUKUNAH A/P MUNISAMY) (LETCHUMMA A/P APPALASAMY)
Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual Guru Besar
SJK(T) Ladang Mentakab


SJK(T) LADANG MENTAKAB,28400 MENTAKB ,PAHANG DARUL MAKMUR.
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 2014. BIL 2 /2014
TARIKH : 16.04.2014(Rabu)
MASA : 3.30pm
TEMPAT : Pusat Sumber Sekolah
KEHADIRAN :
1. Pn A. Letchumma (Guru Besar)

2. Cik M. Mukunah (Ketua Panitia & Guru Pendidikan PJK Tahun 2)
3. Cik A. Raja Lethchumi (Guru Pendidikan PJK Tahun 1 )
4. En P. Subramaniam (Guru Pendidikan PJK Tahun 3)
5. En L. Moses (Guru Pendidikan PJK Tahun 5 dan 6)
6. Pn K. Geeta ( Guru Pendidikan PJK Tahun 4)
Minit :
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Guru Besar mengucapkan selamat sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan untuk
mesyuarat panitia kali kedua pada sesi persekolahan 2014.
1.2 Guru Besar mengutarkan visi dan misi sekolah seperti berikut :
VISI
SJKT Ladang Mentakab berprestasi tinggi menjelang 2015.
MISI
Membentuk pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia
melalui pendidikan yang menyeluruh dan hubungan luar yang erat berteraskan falsafah
pendidikan kebangsaan.
1.3 Guru Besar meminta ketua panitia memberi laporan minit mesyuarat yang kedua.

2. Perkara Yang Dibincangkan
2.1 Ketua panitia meminta para guru yang mengajar PJK harus menggunakan alatan
sukan semasa PdP dijalankan.
2.2 Penggunaan alatansukan dalam PdP dapat memudahkan dan menyeronokkan para
murid untuk bermain.
2.3 Guru yang mengajar PJK boleh menggunakan alatan seperti:
Pundi kacang
Bola
Kayu hoki
Raket badminton
Kon dan gelung kecil
Terompoh gergasi
2.4 Ketua panitia juga meminta guru-guru yang mengajar PJK sentiasa menjaga
keselamatan para murid semasa menggunkan alatan sukan
2.5 Beliau juga meminta para guru yang mengajar PJK menggunakan alatan sukan
dengan cermat dan berhati-hati.
3. Ulasan Guru Besar
3.1 Guru Besar memuji dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua
guru yang menjalankan tugas dengan baik semasa pertandingan diadakan.
3.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.


Disediakan Oleh, Disemak Oleh,


.. ..
(MUKUNAH A/P MUNISAMY) (LETCHUMMA A/P APPALASAMY)
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani Guru Besar
Dan Kesihatan SJK(T) Ladang Mentakab

Anda mungkin juga menyukai