Anda di halaman 1dari 3

SUMBER SEJARAH: JENIS DAN PENGUNAANNYA

Dalarn membincangkan persoalan sumber, ia menarik kita kepada suatu persoalan


yang berkait rapat dengan tugas yang dikendalikan oleh sejarawan iaitu penyelidikan
sejarah. Kita sendiri telah sedia maklum bahawa ahli sejarah sememangnya tidak
menyaksikan dengan mata kepala sendiri rentetan peristiwa sejarah yang berlaku pada
sesuatu masa, mungkin disebabkan alili sejarall itu tidak wujud sezaman dengan
sejarah yang ingin dikajinya. Namun, mereka tetap memperolehi maklumat tentang
sejarah masa lalu melalui sumber sejarah yang masib ada ditiuggaikan.

Oleh hal yang demikian, melalui esei ini juga, beberapa persoalan seperti
bagaimanakah seseorang ahli sejarawan itu memperolehi sesuatu maklumat mengenai
sejarah? Dan bagairnana mereka dapat mengesahkan akan kebenaran sejarah yang
dihasilkannya akan terjawab. Sememangnya persoalan ini mempunyai kaitan dengan
keseluruhan kaedah serta tekuik penyelidikan sejarah. Kebenaran sejarah akan lahir
apabila kaedah dan penyelidikan sejarah itu dilakukan dengan sempuma dan baik.
Salah satu perkara pokok yang penting dalam pelaksanaan kaedah dan penyelidikan
sejarah ialah sumber yang boleh memberikan maklurnat sebenar mengenai sesuatu
sejarah yang telah berlaku.

KONSEP SUMBER
Sebelum kita membicarakan tentang jenis dan penggunaan sumber, saya berpendapat
elokiah sekiranya kita mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya yang
dimaksudkan dengan sumber. Istilah sumber dalarn sejarah sering ditafsirkan sebagai
punca, dokurnen, atau rekod. Menurut Oxford English Dictionary, sumber atau 'source'
bermaksud 'sesebuah karya, dan lain-lain, yang menyediakan maklumat atau bukti
(khusus yang bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau siri hal-
hal tersebut. Pada lazimnya, sumber-sumber sejarah diertikan sebagai bahan bertulis
atau bercetak. Mengikut definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan bererti 'keterangan
(bukti) yang bertulis atau bercetak, surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti
(seperti surat beranak, surat nikah, dan lain-lain)'.1[1]




Sumber juga sering diistilahkan sebagai punca pernikiran atau ilham. Hal ini dijelaskan
oleh Muhd. Yusof Ibrahim:

...Seperti suatu ilham, sumber ialah sesuatu penulisan yang boleh menjadi punca
kepada sesuatu lahiran pemikiran ataupun penulisan, tetapi sumber berbeza dengan
ilham kerana ia tidakiali abstrak. mahupun spontan, dan ia boleh kita rujuk kembali
apabila kita memerlukannya semula. Pada peringkat awalnya, sumber ialah
sekumpulan bahan-bahan yang tersimpan di tempat-tempat yang khusus, seperti arkib,
perpustakaan, muzium, pejabat menyimpan rekod, istana dan sebagainya, ataupun di
rumah-rumah orang perseorangan yang mempunyai minat menyimpannya.2[2]

Secara amnya, sumber juga boleh membawa pengertian sebagai kumpulan bahan
rujukan bagi kegunaan penyelidikan dalam mana-mana bidang keilmuan. Jadi, dalam
hal ini, bukanlah sejarawan sahaja yang memeriukan sumber untuk penyelidikannya,
malahan ilmu-ilmu lain juga memerlukannya.3[3] Namun begitu, bagi ahli-ahli sejarah,
sumber yang mereka perlukan merupakan sumber yang mempunyai kaitan dengan
bidang sejarahnya sahaja dan bukannya berkaitan dengan keilmuan lain.

Mengikut pengertian sumber secara umum dari segi sejarah, sumber itu kerap
dibahagikan kepada dua kategori; yang pertama iaiah sumber utama dan yang kedua
ialah sumber kedua. Suatu lagi kumpulannya ialah sumber lisan yang kadang-kala
boleh dikategorikan sebagai sumber utama, ataupun kedua, iaitu bergantung kepada
kepentingan dan ketulenan serta kejituannya berhubung dengan sesuatu peristiwa yang
sedang dikaji dan diselidiki.4[4]








Oleh itu, dapatlah saya simpulkan daripada beberapa pendapat ini bahawa; istilah
sumber itu merujuk kepada sesuatu maklumat atau fakta yang menceritakan tentang
kejadian sarna ada secara bertulis yang rnungkin tersirnpan di tempat-tempat yang
khusus seperti di muzium, arkib, perpustakaan, istana, pejabat menyimpan rekod,
rurnah-rumah perseorangan ataupun secara lisan yang sahih buktinya yang mana
boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi alili sejarawan untuk mendapatkan bukti
bagi penulisan persej arahannya.

Anda mungkin juga menyukai